..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Friday, May 28, 2010

..K.A.M.I..


ika + iezan + arny + ain = K.A.M.I
cam cite K.I.T.A. kat astro tu ..haha
agak lama tak kumpul, dapat gak jumpa geng2 aku walaupun tak lengkap korum..
yg ada cuma ika, iezan and arny je..
last mnt ain tak dapat turun..

honestly aku rindu sangat saat nak kumpul sama2..
rindu saat gi mandi air terjun sampai sesat jalan..
rindu saat tengok wayang time tiket rm5 je..
rindu saat study sama2 tengah2 malam kat rumah renggam.. 
pas habis sekolah masing2 ada haluan masing2..
tapi ikatan persahabatan yang ada pasti akan tetap ada...

something yang unik bagi aku dalam persahabatan ni..
dengan iezan bahasa interaksi yang wujud [aku n kau]..
dengan arny [orang, arny n tika]..
dengan ain [tika n kak ain]..
 aku memang unik...haha
  

Friday, May 21, 2010

..lupa dan ingat..

sesuatu yang sering kita lupa tapi perlu kita ingat..

Thursday, May 20, 2010

..ku hadir padaMU..

Tuhanku..
daku hadir..
daku pasrah..
mengenangkan diri ini..
yang penuh dosa..

Tuhan..
kusedari..
namun kealpaan menyelubungi..
lantasku sujud..
menyerah padaMU..
agar disirami cahaya kasihMU..

DIKAUlah harapanku..
DIKAUlah kekasihku..
DIKAUlah segalanya..
tempat ku mengadu..
ku hadir padaMU..

Tuhanku..
KAU pengasih..
KAU pemurah..
mengurniakan daku rahmat dan kasihMU..
sungguh aku tak layak..
untuk syurgaMU..
namun tak pula sanggup untuk kenerakaMU..
kerna itu ku sujud..
menyerah padaMU..
agar disirami cahaya kasih..

Tuhan..
selangkah ku rapat kepadaMU..
seribu langkah Kau padaku..
ku tahu pengampunanMU melangit tinggi...


by : Mirwana

Today's Quote #3


 “Our thoughts create our reality --> where we put our focus
is the direction we tend to go..” [Peter McWilliams]

Tuesday, May 18, 2010

.. the reality [my OWN world]..

coming back to the reality...
itu yang aku lalui sekarang...
untuk seketika aku dapat lupakan kekeruhan yang ada dalam hidup aku bila dapat balik kampung...
sedikit ketenangan dan kekuatan aku dapat bila ada kat rumah...
jauh dari hidup sendiri bila aku ada mereka di sekeliling...
ada yang menceriakan hidup aku... 
tapi semua tu tak kekal lama...
aku ada hidup aku sendiri...
hidup yang tak berapa nak hidup...
bila sendiri aku lemah...
bila sendiri aku hidup di sebalik bayang-bayang keceriaan yang aku cipta... 
tapi aku masih mampu bernafas...
masih mampu berdiri...
masih mampu teruskan hidup aku...
ika itu aku...
aku aku dan aku...

Friday, May 14, 2010

..rumahku syurgaku..

si sang perantau, bila dapat kembali ke rumah pastinya satu perasaan yang cukup indah...tak merancang nak balik minggu ni tapi tiba-tiba rasa nak balik.kerinduan yang teramat sangat pada emak dan kebetulan ada sebab nak balik dan membolehkan aku balik tanpa perlu bersusah-payah.thanks to kak ngah..
selamat tiba kat halaman rumah pukul 4.30 pagi, aku kejutkan mak yang agak terkejut dengan kepulangan kami..bila menatap wajah mak yang menyambut kami, wujud satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan...Ya Allah, terima kasih kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.kau panjangkanlah usia kedua ibubapaku...
jam 4.30 pagi bagaikan dah pukul 10 pagi..riuh suasana kat rumah dengan gelagat anak-anak saudara aku yang turut celik waktu tu...walaupun mata agak mengantuk tapi aku tak terasa nak masuk tidur langsung, terasa cam tak nak lepaskan peluang yang ada..waktu berganjak hingga subuh menjelma.aku cuba tunaikan kewajipanku dengan rasa keinsafan.hati kecilku merintih lagi..
ika,kau gagal lagi...
mata yang mengantuk masih nak terus celik.masa yang ada terus dimanfaatkan bila dapat sarapan bersama.aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini.sebuah family yang cukup sempurna bagi aku walau ada kekurangannya...
tapi masih ada yang hati aku cari dan hingga saat ni aku masih gagal... 

Wednesday, May 12, 2010

..aku rindu..

rindu..
rindu yang terlalu subjektif maksudnya...
bukan rindu pada insan yang aku sayangi walau memang terselit perasaan tu..
tapi pada hakikatnya aku terlalu rindu pada ketenangan dan kedamaian di hati kecilku...
perasaan yang aku rasakan terlalu jauh dan sukar nak didekati...
namun,
untuk seketika hari ni, aku rasa tenang bila aku lupakan seketika hal duniawiku...
untuk seketika aku rehatkan diri dari segala kekeliruan dan kekacauan yang hadir dalam hidup aku..
terima kasih TUHAN...
ungkapan yang teramat kecil untuk hadiah yang terlalu bernilai...