..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, November 30, 2011

WW#9: Proud


Always!!!!! ^_^

Tuesday, November 29, 2011

..Pedoman - Nora feat VOU..


Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa
Ku hiba terasa
KebesaranMU
Lantas ku tadah berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang KAU redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMU
Menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh
Ku sebut NamaMU
Yang Maha Esa
Maha Pengasih Penyayang
KurnianMU
Lantas ku sujud bersyukur

OOoo
Biar pedoman ini
Berkekalan di hati
Selamanya
Pengubat jiwa
Penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba



Jatuh cinta dengar lagu ni..
Tenang..~

Sunday, November 27, 2011

..Learn Something From Your [ L.I.F.E ] ..

"Is better to know it even though we don't need it, rather than we don't know it when it is in need.."
what is life??
soalan yg senang kan tapi nak menjawab tu buat ika fikir panjang..
apa jawapannya??
life is a test, the struggle between false and truth..
ayat yang simple tapi mendalam maksudnya..
ask urself..
where are we??
are we moving in the right way or we are cheating ourself??
setiap ujian yang datang selalu kita lihat sebagai sesuatu yang perit dan pahit..
tapi yang betulnya yang pahit itulah ubat..
ibaratkan kalau orang jawa cakap, 
"bitterness is medicine.."
kesilapan yg paling besar selalu kita buat bila datang ujian adalah mengeluh..
mengeluh, mengeluh dan mengeluh tanpa kita sedar setiap keluhan yang keluar tu secara tak langsung..
Mereject qada' dan qadar Allah S.W.T..
Astaghfirullahala'zim..



something to share..
ika ada sorang kawan..boleh ika cakap sekarang ni dia tengah berhadapan dengan satu dugaan yang sangat besar..umur 24 tahun, dah kahwin bulan 6 hari tu and suami dia kawan ika gak..kami ber3 satu kelas masa F6 dulu..


dari awal kenal masa satu kelas, semua maklum si suami memang tak sihat, kedua2 buah pinggang dah tak berfungsi. bermacam dugaan datang tapi diorang sangat tabah dan ketabahan tu gak yang buat jodoh diorang kekal sampai bergelar suami isteri..memang ika salute diorang ni..


sekarang ni even dah habis sekolah, masing2 dah ikut jalan sendiri tapi kami still rapat. dan ika sangat terharu sebenarnya bila ika yang dia pilih untuk jadi tempat nak share segala masalah..


baru2 ni ika dapat tahu si suami kene tahan masuk wad.alat yang digunakan untuk buat dialysis dah tak berfungsi. dalam mesej yang sampai tu gak ika boleh nampak segala apa yang terpendam. Risau, takut, sedih..tapi macam mane kita cuba faham, kita takkan mampu nak rasa berat mana beban sebenar yang dipikul kan??..ika cuba naikkan semangat si isteri walau ika tak yakin ika mampu..


something yang ika belajar dari kehidupan - 
Segalanya dah tertulis, yakin takdir hanya milik DIA tapi bukan hak kita untuk pasrah dengan segala ketentuanNYA.kita masih berhak meminta dan tempat meminta pertolongan hanya dari DIA.ini sebab kenapa DIA datangkan ujian pada hambaNYA.bila senang jangan lupa DIA, bila susah minta pada DIA..tapi DIA takkan uji kita melebihi tahap kemampuan kita..~


esok si suami akan dioperate, minta doakan untuk kawan ika ye..




Sedikit ilmu untuk dikongsi..


KENAPA AKU DIUJI???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.." (Al-Ankabut: 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." (Al-Baqarah: 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya."(Al-Baqarah: 286)
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.." (Al-Imran: 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.." (Al-Baqarah: 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah: 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung.."(At-Taubah: 129)
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat.." (Al-Hijr: 56)








..DATING, OUTING n' JALAN2 Bukan Lagi Option Utama di Hari Cuti..


BreakLunch hari ni..
Jemput makan semua..hihi

Dapur kembali berasap..
SUKE!!SUKE!! =P

Teringin nak gi lagi!!!



Saturday, November 26, 2011

Friday, November 25, 2011

..Jumaat Terakhir..

Hati takkan berdusta selagi hati tak MATI..

Hidupkan hati dengan cinta kepadaNYA..


Simpan saja kata2 yang ada..
Cukuplah hanya DIA yang tahu..


Tahun baru..
Azam baru..
Harapan baru..
Moga DIA permudahkan segalanya..

Jumaat terakhir 1432..
YA TUHAN..
Beri aku kesempatan dan peluang untuk menemui JumaatMU yang akan datang..

Wednesday, November 23, 2011

WW#8: One More Taken!

19Nov2011

Nuraain Daut + Alias A Rahman

Sayang mereka ketat2!!

ada gaye tak??haha
sesape nak rosakkan majlis boleh dapatkan khidmat ika..hikhikhik


Tuesday, November 22, 2011

..Daulat Tuanku..

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al Haj

ALLAH selamatkan Baginda
ALLAH selamatkan Baginda
ALLAH selamatkan Baginda Sultan Johor
ALLAH selamatkan Baginda

Selamat panjang umur buat Baginda Sultan Johor sempena hari keputeraan Baginda yang ke-53 hari ni, 22 Nov 2011..
Moga Tuanku kekal sihat dan sejahtera di bawah rahmat dan kasih sayangNYA untuk terus mentadbir rakyat jelata dan seluruh tanah jajahan Johor tercinta..

Johor dapat public holiday hari ni..
ada kat KL ni mmpi je la nak cuti gak..huhu
walau apa pun..
yang penting..


hihi =)

Saturday, November 12, 2011

..Permintaan Hati..

Kadang kala langkah kakiku BENGKOK, terpesong dari TUJUAN yang asal. aku HARAP di kala itu, kamu dapat MENARIK aku kembali ke jalan yang LURUS. saat aku TERLEKA nanti berilah PERINGATAN kepadaku. aku harap saat itu nanti kamu juga dapat memandang aku dengan penuh KASIH SAYANG, dengan penuh rasa BERHARAP untuk MELANGKAH ke syurga bersama-sama denganku. tolong jangan TINGGALKAN aku terumbang-ambing saat itu, tolong BETULKAN aku, tolong PIMPIN aku..~


Thursday, November 3, 2011

..O.K.!!..

Orang lain dah settle 3 4 mid term, 
aku baru lepas 1 dengan senang hati..
Orang lain duk pulun habis minggu ni, 
aku boleh relax lagi goyag kaki..
Orang lain stress mendadak minggu ni, 
aku cool je get ready nak balik cuti Raya Haji..
Orang lain seronok beraya nanti, 
naik cuti segala macam mid term, presentation and assignment menanti..
Itu maknanya NO HOLIDAY la yang pasti!!
Abaikan je la apa ntah duk merapu malam ni..

 Bila tengok bulan Nov punye planner..
Nak pengsan jap..
Oigooo...


Smile Ika..
Be Positive!!! huhu

Sok nak balik Johor..
Jumaat pagi nak teman mak gi belanja apa nak masak pagi raya nanti..
Salam AidilAdha ye..
Kita jumpa naik cuti nanti =)