..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Thursday, May 31, 2012

Welcome June!



 [ R.E.B.O.R.N. ]



Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah
dan sebarkanlah
BAHAGIA..~




[Kopipasta]

Monday, May 28, 2012

Kini



Yup! I loved, and I lost. So I learned to love what is never lost. ^_^


I am The Mummy's Daughter.

Sunday, May 27, 2012

Mata Hati

[Kekurangan orang lain itu, mungkin menjadi ladang pahala untuk kita. Supaya kita dapat bersabar dengannya, berbuat paik padanya, memaafkan dia dan menutup aibnya. Bila hati kita bersih, tiada orang yang terlihat tidak baik.]



Belum cukup kebaikan yang kita lakukan bila kita masih punya masa mencari kekurangan dan keburukan orang lain...~

You Know My Name, Not My Story


*1988
Lahir dalam sebuah keluarga yang sederhana, tapi bahagia. Satu anugerah yang paling berharga yang tiada nilai taranya. Membesar dengan sihat, agak nakal di antara yang lima tapi alhamdulillah boleh tahan bijak. =P Tragedi demi tragedi masa zaman kanak-kanak, dari kisah jatuh tingkap hinggalah ke tragedi terodok kaca kat leher yang masih berbekas parut lukanya. Untuk nyawa yang masih bernafas hingga saat ini, Terima kasih TUHAN..!

*1994-1999
Ceritera zaman kanak-kanak akan sentiasa jadi yang paling best. Kenakalan masa sekolah rendah join kengkawan letupkan meriam buluh, panjat pokok, petang hari main rondes main layang-layang, ada sekali gi mancing ikan n berkubang kat paya sampai kena belasah dengan ayah. Ayah jarang marah tapi sekali marah amik kau. Mak pun dah penat bebel hari-hari kat ika kot.huhu Bila time cuti sekolah selalu ikut ayah masuk kebun gi kutip biji buah kelapa sawit. Time tu la mula jadi kawan pacat. 

Aktif kat rumah aktif gak kat sekolah. Alhamdulillah setiap tahun dapat gak naik pentas masa hari anugerah cemerlang. Sukan pun bantai sama, lompat2 wakil sekolah main bola jaring sampai daerah. Masa sukan sekolah, lari merentas desa dapat gak pingat walau bukan emas. Bukan senang nak merentas desa ni kan.ewah2..haha

*2000
Masuk sekolah menengah, tak lari jauh dari mak walau duk hostel, 20KM je dari rumah. Tahun 1st duk hostel gembeng lebih, konon tak pernah jauh dengan mak. Bila dah besar sikit, dah boleh cool je. =D Memori terindah dan terpahit pun boleh tahan banyak gak sepanjang jadi budak hostel. Masa jadi ketua Dorm Kiambang, tak tau la cam ne boleh naik dapat anugerah Dorm terbaik, mesti sebab ketua dia terbaik kan..huhu time tu memang agak cemerlang, gemilang dan terbilang gak la,  sport pun sapu yang champion. hihi 

*2004
Tahun last jadi senior up sikit jadi exco asrama. time ni banyak gak la pahitnya. naluri nak jadi jahat tak de time ni, bila jadi baik pun tak semua orang suke..kan?huhu tu kisah dulu kala, sekarang ni kalau buat reunion masing2 gelak je ingat kenangan zaman tak cukup matang lagi waktu tu. ^_^


[Setiap kita lahir ke dunia bak kain putih yang suci dan bersih. Dan kemudian menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak dan mendidik si anak.]
*Mak dan ayah dah jalankan tanggungjawab dengan sempurna dan sangat baik untuk setiap didikan yang ika perlukan.


*2006
[Next step of life - The real journey began this time, big things happened and many things changed.]

-Part 1-

Thursday, May 24, 2012

Sepasang Kurung Biru


Hati hidup dengan K.E.N.A.N.G.A.N..~

Monday, May 21, 2012

Jika Terakhir Buatku



JANNAH is very expensive, no free ticket to get into IT..~


oh TUHAN
hambamu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMU

oh TUHAN
hidayahMU pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini kubimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas dan sujud mengabdi padaMU
ooo TUHAN

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMU
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku

ooo TUHAN
berikan daku petunjukMU
untuk ku meniti ke jalan redhaMU
izinkan daku mengulangi
janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMU..

-Saujana-

Sunday, May 20, 2012

Cinta itu Nyawa - Siti Sarah feat Shuib

First time dengar lagu ni dalam MHI terus jatuh cinta. bila tengok cute couple ni nyanyi, sweet je dengan baju oren. Try gak minta bantuan Uncle G tolong carikan lirik tapi tak jumpa, sudahnya ika  guna telinga sendiri try jejak lirik, ada lak la yang MIA..huhu

Suara Sarah dah memang best, tambah suara Shuib yang boleh tahan mantap gak. memang suwit sangat diorang ni. jeles!!nak cam ni gak..hihi




Masihkah aku yang bertamu
Ke sudut rindu di hatimu
Telahkah lesu ******
Bila di mata jauh


Bagaimanaku mampu tenang
Sedang kau kubiarkan pergi
Walau hati tak pernah rela
Bibirku tak berpuja


Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa


Ku benar punyai segalanya
Kau pernah ada di sisiku
Sepantas petir kuajari
Kau tak lagi kupunya


Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa


Betapa pun ku cuba melawan perasaan
Kau tak pernah sepi dari hatiku ini
Dalam laman angan 
Sering aku lawatimu
Ku meminta ku memujuk 
Kau pulang kembali ke sisi


Ada detik-detik dalam hayatku sesali
Inginku ulangi waktu ubah masa lalu
Ku sedari cinta perlu ketabahan dan keberanian
Kerana cinta itu nyawa..



~ Dalam setiap perhubungan akan pasti ada hadirnya dugaan dan halangan. dan dari dugaan tu juga kita akan dapat petunjuk sama ada akan datang noktah atau muncul penunjuk arah untuk kita melangkah ke arah jalan yang seterusnya. Jangan pernah putus asa pada kasih sayangNYA..~




Nak bercinta kena tabah dan berani tau.. =D

Friday, May 18, 2012

R.E.D.H.A


Dalam kehidupan ini, kita tidak pernah jemu merancang.Tetapi tidak semua yang kita rancangkan menjadi kenyataan. Hati insan akan dibaluti kesedihan sebab kita penuh kelemahan. Ingatlah bahawa ALLAH juga telah merencanakan kehidupan insan, DIA memiliki perancangan yang terbaik untuk setiap kehidupan. Sebab DIA pemilik segala yang ada di darat dan lautan, di hati dan perasaan, pada kehidupan dan jua kematian..~ 
[Kopi pasta]
Sumber : Aku Islam


Lama ika tak berceloteh.. Rindu!! 
Terima kasih atas sokongan kalian.. T_T

Monday, May 14, 2012

Sunday, May 13, 2012

Number One For Me



Tak perlu sambutan hari istimewa untuk menghargai.
Hanya mereka RATU & RAJA yang bertakhta di hati.
Setiap saat selamanya HINGGA HUJUNG NYAWA nanti...~



Monday, May 7, 2012

Masih Sama

Teluk Batik 2012

Langkah masih kukuh...~