..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Monday, February 27, 2012

Dalam Mihrab Cinta

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati


Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga


Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNYA


Kerna cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadaNYA
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati




*Mood nak menulis ke laut..
Next song please..~ uhuk2 O_o

Sunday, February 26, 2012

Wordless Sunday Ika



Tak perlu kata apa-apa..~

Wednesday, February 22, 2012

WW#13 : Malaysia VS Japan

Kita ada Boboiboy, tak yah risau.. =D

GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!


*Teringin gak nak tengok live kat stadium, tapi bila la nak dapat..huhu


Tak Semua Orang Suka Apa Yang Kita Tulis


Mood semasa kita akan mempengaruhi apa yang kita hasilkan. Setuju tak? Mood semasa ika ok je, sweet2 payau..haha kadang tu duk ikut suka je menulis kan sampai lupa nak fikir pasal orang sekeliling. Bila ada yang menegur baru kita tersedar, baru la fikir ~ OVER KE AKU NI??toink3


Nak kata ika ni suka menulis tak juga, kalau kat FB tu ika suka klik "like" klik "share". Sekali kena tegur ''bab kawen memanjang statusnya, tak de cite lain ke ika oi. penuh wall wei..'' 


Tak de nak terasa or kecik hati pun, jauh lagi nak meng"kondem" sesiapa. Tau la orang ni baru lepas kena "ikat", walaupun mood keawang2an tu masih ada, tapi bila check balik kat wall sendiri tak de la plak semua benda pasal kawen, masih balance lagi..huhu bukan ke ada option "UNSUBSCRIBE", klik je situ kosong la wall nanti.. =P 


Bagi ika as long apa yang ika tulis and share to bukan benda "lagha", as long masih ada yang "like" tu kira still acceptable la kan..kan..kan..




Status terbaru setakat ni..ada yang nak "Like" lagi tak??huhu

Bride To Be Mode : First Draft CHECKLIST

Langkah pertama dalam merancang perlu ada senarai periksa. Tanpa "checklist" pasti akan ada kecacatan nanti..hihi Tarikh pasti masih dalam perbincangan dan insyaAllah sebelum 2013 menjelma, tunggu dah dekat nanti baru ika publish.. =)




PERJALANAN MAJLIS
-----------------------------------------------
Simpang Renggam, Johor

Majlis Kesyukuran
Hari : Khamis
Tarikh : -
Masa : Lepas Isyak
~Dah jadi satu kebiasaan kalau nak buat kenduri kawen kat kampung ika akan ada kenduri kesyukuran dulu. Cuma majlis sederhana dengan bacaan yassin dan doa selamat. Jemputan pun hanya jiran tetangga dan jemaah masjid.
#CHECKLIST
*Makanan tetamu
*Jemputan
*


Majlis Pernikahan
Hari : Sabtu
Tarikh : -
Masa : (kalau ikut ika pas zuhur..huhu)
~Niat ika nak nikah hari Jumaat tapi bila bincang dengan incik tunang mungkin susah. Jadinya tak nak susahkan sesiapa majlis nikah insyaAllah buat hari Sabtu. Lagi satu nikah kat masjid, tak mau buat kat umah. sebab musabab utamanya tak mau ramai orang tengok babak air mata yang confirm akan jadi..haha
#CHECKLIST
*Borang :
*HIV Test :
*Kursus Kahwin : DONE
*Tempat : 
*Kain pasang baju nikah : DONE
*Tema : Off White
*Tailor : 
*Hantaran :

Majlis Berzanji & Malam Berinai
Hari : Sabtu
Tarikh :
Masa : 9.00pm
#CHECKLIST
*Kena master rawi Al-jan - mak dah bising..huhu
*Baju
*Kompang
*
Majlis Khatam Quran
Hari : Ahad
Tarikh :
Masa : (pagi)
#CHECKLIST
*Juzu' Amma
*Baju : Recycle baju tunang
*MUA : sdn. bhd.
*
~Kalau masa kakak2 ika sebelum ni majlis Khatam Quran & Berzanji buat serentak malam yang sama. Time K.Long tak buat malam berinai, bila tengok masa time K.Ngah bila tambah malam berinai habisnya agak lewat dan agak sikit kelam kabut. Jadinya atas perbincangan tertutup dengan mak dan akak2, asingkan majlis Khatam Quran. =)


Majlis Resepsi
Hari : Ahad
Tarikh :
Ketibaan Pengantin : (tengahari)
#CHECKLIST
*Baju Sanding :
*Tema :
*
---------------------------------------------------------
Lumut, Perak


Majlis Bertandang
Hari :
Tarikh :
Masa :
#CHECKLIST
*Pelamin
*MUA
*Baju Sanding
*Tema
*


Tak de rupa checklist pun, banyak lagi yang rongak pun..huhu ni just ika punya first draft, nanti akan diupdate dari masa ke semasa dan entri2 akan datang besar kemungkinannya mesti pasal ika punya preparation..kikiki malu lak la..toink3

Tuesday, February 21, 2012

Ustaz Don Yang Comel : Syarat Tudung

Part 1

Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Syarat yang first pun kadang ika kantoi.. T_T

Monday, February 20, 2012

..Cerita Pasal Makanan Orang JOHOR..

Mee Bandung Muar
The pemes amous makanan johor, tp Mee Bandung kt KL tak best. Homemade gak yang power!! 

Laksa Johor
Lain sebab pakai Spaghetti, kuah pekat lagi menyengat ..
Laksa Johor memang best!!

Nasi Briyani Gam
Tak makan sangat Nasi Briyani tp kalau nak dapat yang power gi Batu Pahat..Seyes tak tipu..

Nasi Ambang
Antara menu utama bila ada majlis kenduri kesyukuran or doa selamat..Biasanya kat kampung..Makan dalam dulang, muhibbah tau =)

Sup Gearbox
See the straw??haha ika tak makan sangat yang gearbox ni tp isi rumah yang lain memang feberet la yang satu ni..kalau ada sembelih lembu kat kampung, ada korban ke lagi2 nak raya haji ni kan jarang mak amik daging, kalau boleh minta yang part tulang2..tak de tulang tak de la gearbox!!huhu

Lontong
Makanan feberet time bekfes tp lontong kat KL tak best..Ampun la duk ngutuk KL je tp seyes la susah nak jumpa makanan Johor yang sedap kat KL ni, feel tak sampai..huhu

Lontong Kering
Ada lontong basah, ada gak lontong kering..

Roti Jala @ Kirai
Makan dengan kari ayam memang syok!!

Soto Ayam + Begedil
sebut bebetul BEGEDIL tu..huhu waa, tetibe nak makan soto ni tapi nak soto kat Johor!!!

Pecal Jawa
Sayur ulam + tempe n tauhu goreng makan dengan sambal kacang.dapat sambal kacang tak best memang tak best la rasanye..feberet ika ni sebab sambal kacang mak always yang THE BEST!!hihi

Kacang Pool
Femes kat JB, ika tak pernah try lagi sebab ika bukan orang JB..heeee

Sambal kicap + Tempe Goreng / Pisang Goreng 
Ada sambal kicap kompem sos tolak tepi.kat KL ni orang makan pisang goreng dengan sos, hilang nikmatnye..try la makan pisang goreng dangan sambal kicap..Mabeles Oooo..huhu

Cerita pasal makan memang suka. pas tu padan muka sendiri duk mengidam nak itu nak ini.huhu...nak jumpa makanan johor kene la balik johor..waaaaaa

Sunday, February 19, 2012

Aku Masih Mampu Berdiri

Dear Diary..
Hari ni hari ahad. Hari ni 19 Feb 2012. Hari ni aku duk umah je. Hari ni aku tolong mak aku masak, menunya ikan masak singgang dengan sayur goreng. Masakan mak aku paling The Best dalam dunia ni!!..


Bila last tulis diari? 15 tahun sudah kot. Zaman hingusan dulu2 ada la meluah perasaan kat dalam diari, zaman sekarang semua benda luah kat FB. ye tak?


Hari ni rasa macam nak privatekan blog tukar jadi diari peribadi. ada yang bangkang tak? kompem tak de punye. siapa peduli blog picisan ni..=P rasa macam dah banyak sangat yang tepu dalam kepala otak ika yang amat2 perlu dicairkan. perlukan "someone" untuk berkongsi tapi siapa atau apakah si someone itu? bila tak jumpa kata2 yang tepat nak meluahkan, bila jari jemari terus kaku.
*start entri ni dari pas maghrib tadi. plus main dengan anak buah, plus bancuh milo, plus tengok tv then plus termenung macam mimpi je nak dapat publish entri ni.. O_o


tapi apa yang buat ika masih boleh tenang, masih mampu tersenyum, masih ada gelak tawa bila ika sedar kita sebenarnya punya tempat paling istimewa untuk mengadu. tanpa perlu susunan kata2 puitis, cukup dengan "bahasa istimewa tanpa penjelasan" bahawasanya DIA tahu segalanya.


Ketika ALLAH SWT mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah di hati mereka. Kerana di situ ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka. Kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Seolah hati kita berbisik ~ "Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, apabila aku membenci segala kejahatanku."


"Ada impian dan ada harapan yang tidak perlu dikhabarkan kepada orang lain. Cukuplah hanya DIA yang tahu."


Tanggungjawab sebagai hamba.
Tanggungjawab sebagai anak.
Tanggungjawab sebagai adik dan kakak.
Tanggungjawab sebagai sahabat.
Tanggungjawab sebagai tunangan orang.


Istilah "darah manis" yang agak menakutkan, dan benar sememangnya benar segala perkhabaran yang ika dapat sebelum ni. tengah darah manis ni kena jaga diri elok2, dugaan kuat.


tak mampu dinafikan bila diri sendiri melaluinya. yang paling hebat sebenarnya dugaan berperang dengan emosi sendiri. mungkin hal yang timbul kecik je, tapi effect dan impaknya di luar dugaan.


"Bersyukurlah andai memiliki hati yang dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai."


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari KESENANGAN
Belajar MENANGIS dari sebuah KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


Aku masih mampu berdiri..~

Friday, February 17, 2012

Silent Tears

People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway. If you are kind, people may accuse you of ulterior motives. Be kind anyway. If you are honest, people may cheat you. Be honest anyway. If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway. The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway. Give the world the best you have and it may never be enough. Give your best anyway. For you see, in the end it is BETWEEN YOU AND GOD, it never was between you and them anyway..~

Sumber FB

Bila kita mudah sakit hati dengan orang, semak balik hati kita. sebab hati kita yang sakit sebenarnya.. =)

Wednesday, February 15, 2012

WW#12 : Sila Patuhi Peraturan Jalan Raya


NAK SIGN!!

Comel motorbasikal kecik tu..
Siap ada tayar back up lagi..kekeke

Special Homemade Kek Batik for Besday Girl

HAPPY SWEET 15TH BIRTHDAY NUR FATIN AQILA MOHD AZALI




Resipi Utama
Campuran sebati DOA, KASIH SAYANG & HARAPAN.

Moga jadi anak solehah yang dapat berbakti untuk kedua mak dan ayah tercinta..
Good Luck PMR 2012 Moksu!!!!

Prepared dengan penuh dedikasi oleh Cik Ika & Pn Aisyah. =)
Ada yang nak tempah ke?? Meh la roger2..kekeke

Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

Cuci Mata, Cuci Hati


Happy Hari Sunday ye.. =)

Saturday, February 11, 2012

Born in June : The Fineness

JUNE : FINENESS

Fun to be with. Love to try the new things. Very popular. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quite unless excited or tensed. Takes-rep pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Moody and easily hurt. Witty and sparkly. Not revengeful. Forgiving but never forgets. Dislike nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be alone. Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.

Ika jumpa ni kat wall FB. bahan bacaan ringan untuk hari cuti ni. benda ni pun mungkin dah biasa tapi baru hari ni terpikat.boleh cenggitu??haha kita lebih kenal diri kita sendiri kan?apa yang tertulis tu lebih kepada karakter dan personaliti yang ada pada diri kita. bukan ramalan zodiak yang selalu ada tu. Ustaz ika pernah bagitau haram percaya pada ramalan zodiak tu tau. tapi dari apa yang ada tu mungkin tak semua ngam dengan diri kita. korang lahir bulan apa? ika tengok yang bulan Jun je.hihi klik sini and explore sendiri k..

ada apa dengan bulan JUN?
2 Jun 1988
23 Jun 1983

kami berkongsi bulan kelahiran yang sama. macam dah jodoh je kan..huhu tak boleh fikir cenggitu. Jodoh tu rahsia Tuhan. betul tak?? tapi petunjuk DIA ada kat sekeliling kita. Bila DIA permudahkan segalanya, tu pun satu tanda dia jodoh kita. 

satu kelebihan bila kami kongsi banyak karakter yang sama. senang nak dapat chemistry di situ..hihi dia cool ika pun cool, dia penyayang sebab tu dia sayang ika..haha bengong lagi gedik statement itu. perkenalan kami agak singkat sebelum amik keputusan nak ikat ni. tapi dalam masa yang singkat ni la chemistry kami ummpph!!huhu tapi terlalu banyak persamaan pun tak best gak kan. karakter kami banyak sama tapi minat kami banyak beza. banyak benda baru ika belajar, benda yang ika tak pernah terfikir nak buat ika buat. tak de la boring je kan..wink2 

berbalik pada tarikh lahir kami. kalau sebelum ni soklan pemes selalu kene tanye dah berpunye ke belum? bila dah diikat ni, soklan pemes dah bertukar lagi direct, bila nak langsungnye ni? tarikh yang pasti masih dalam perbincangan lagi. bila ika check bulan jun 2012, macam nampak tarikh best je.. =P

2 Jun 2012 - Sabtu
23 Jun 2012 - Sabtu

cantik tak? macam best je kalau dapat hadiah "incik suami" cukup umur tahun ni.hoho angan2 mat jenin betul. ika senyap2 je tak cakap kat sesape, tapi tak disangka incik tunang sendiri yang bersuara pasal bulan Jun. Kami memang sehati sejiwa kan..huhu apa pun nak merancang kena dapatkan persetujuan semua gak. yang nak kawen memang la kami berdua tapi biarlah perancangan yang ada tak menyusahkan sape2. Doakan perancangan kami lancar ye. ^_^

dalam banyak2 karakter yang ada kat atas tu, yang besau2 tu la yang ika rasa paling ngam dengan ika. Being a secretive person, indeed it's true. member2 sekeliling pun sokong yang 1 ni. kadang tu bukan nak terlalu berahsia, cuma ika lebih berhati2. ramai yang terkejut dengan berita ika tunang ni, senyap2 tau2 dah kene booking.huhu 

dan kalau boleh ika nak sorok gak pasal pertunangan ika ni tapi atas permintaan buat ika jadi lebih terbuka. ada gak yang menegur, 'apa2 pun nak state pasal tunang, biar la bersederhana'. ika setuju dan tak de salahnye nasihat tu. baru tunang kan. bila dah biasa berahsia, nak mem'publish' tu buat ika fikir panjang gak. ok ke tak nak buat cam tu. cume mungkin ini cara nak menjawab segala persoalan yang ada selama ni. bila dah terang2 status ika "engaged" tu semua boleh faham dah =) then, bila ramai yang dah tau ni, ramai yang tolong doakan kita kan..

tapi ika terharu sangat dengan feetback yang diterima. tak pernah2 dapat komen kat photo cecah sampai 100..huhu

Wednesday, February 8, 2012

Rahsia DIA Sangat Hebat


[ Redha itu ikhlas ]

Selamat malam bintang-bintang..~

DIA Lebih Tahu


Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Allah beri apa yang kita perlukan. Kadang kita sedih, kecewa, terluka dan berburuk sangka. Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangka yang terbaik dalam kehidupan kita. Belajarlah untuk selalu ikhlas dan redha..~

Mini Giveaway 2012 by Shagcomot Dot Com

Salam semua..
Moh ika nak ajak kome semua join giveaway yang lalim ika ni buat..


Klik sini pas tu join tau..
Ibarat kata shag "Sape bace wajib join"..hihi
Kamu yang membaca tu jangan buat2 tak tau ye.. =P

Tarikh tutup : 2300 / 11:00pm, 14 Februari 2012

Bukan Cinta Biasa



Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang ingin ku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawapnya

Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapan

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir
Tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan



Tuesday, February 7, 2012

[The Booking Moment] : One Step Forward

Salam semua..Masih dalam mood bercuti lagi kan hari ni. Dan ika masih lagi dalam mood keawang-awangan. =P Alhamdulillah, selesai dah majlis pertunangan ika. Syukur semuanya lancar je. Moga DIA akan terus permudahkan jalan kami untuk perancangan yang akan datang nanti..

Majlis yang serba sederhana tapi cukup untuk jadi satu memori indah pada ika. Perkhabaran tarikh pihak lelaki nak datang rumah ika dapat awal januari tapi masa tu ika masih kat bumi Gombak lagi, tak selesai lagi dengan final exam untuk final semester ika. Fokus lari sikit time tu.hoho 

Selesaikan semua urusan yang perlu, ika selamat balik Johor 21hb, 22hb attend kenduri kawen cousin ika dulu. 23hb baru dapat duduk dengan tenang kat rumah mulakan persiapan, 2minggu je tinggal. Selamat ada kakak2 yang dah berpengalaman yang banyak membantu.huhu

7 dulang dari pihak lelaki, balasan 9 dulang dari ika. Dengan masa yang tak banyak, sempat gak kuar dengan bakal incik tunang gi Jalan TAR beli kain pasang untuk baju nikah. Baju nak pakai masa majlis kalau boleh ika nak jahit sendiri tapi memandangkan masa macam cukup2 makan je, atas nasihat K.Long n K.Ngah gak, ika beli baju siap je. yang selebihnya balik Johor baru ika sediakan.

Tema kuning jadi pilihan. nak kata minat kuning jauh benor.hoho duk cari2 tema apa nak pakai terpandang bunga kuning kat header atas tu. tetibe memberi inspirasi.ngeh3 

Sepanjang 2 minggu yang ada tu ika boleh cool lagi, tapi bila sampai masa tiba hari kejadiannya baru datang feeling nebes, gelabah dah segala yang seangkatan dengannya..huhu dari saat dapat call rombongan pihak sana dah bergerak ke rumah, kadar degupan jantung terus naik mendadak. bila dah sampai depan rumah lagi rasa macam nak meletup.haha ok, baru tau cam ne rasanya..hihi member2 yang ada teman dalam bilik pun tergelak, 1st time tengok ika gelabah. selalu ika la paling cool.hoho sampai saat dipanggil keluar, bila selak langsir tunjuk muka kat luar time tu terus tak rasa apa2. jadi macam robot je ikut mana disuruh duduk.hoho

saje nak propa, ika cool je la..haha =)    

Maintain cute depan Bakal Ibu Mertuaku @ Umi..hihi

Kena kredit pada si 'Pengapit Kecik Mokde' yang setia ada sebelah ika jadi pari2 kecik. Sayang kakak!!

My Beloved Emak + Future Mother-in-Law..wink2


Percaturan DIA yang terbaik =)

Alhamdulillah bila majlis selesai dan lancar. Ada peluang seminit dua sendirian dalam bilik, menitis gak air mata. huhu macam tak percaye dah bergelar tunangan orang. banyak yang ika lalui untuk sampai ke saat itu. dan apa yang DIA dah tentukan untuk ika kini, ika terima dengan hati yang tenang. Redha itu ikhlas ^_^

sesudah lambaian terakhir hantar rombongan incik tunang pulang, ika salam dengan semua yang ada. terharu dan bersyukur dengan iringan doa dan restu daripada semua. paling sayu dengan ayat kakak ika bila dia peluk, "Macam tak caye Mokde dah nak kena amik orang".huhu 


Terharu sangat!!

Terima kasih untuk doa dan nasihat yang diberi. Bekalan paling berharga untuk melalui fasa baru dalam hidup ika kini. Tanggungjawab yang lebih besar, dan dugaan yang datang mungkin lagi hebat. Moga takdir DIA menjadi milik kami, InsyaALLAH..~

Sunday, February 5, 2012

[ Officially Booked ]


Alhamdulillah.. ^_^

Today is The Day : My E-Day

12 Rabiulawal 1433H
5 Februari 2012M

[ Salam Maulidurrasul ]

Majlis Pertunangan MokDe & Pak Anjang


Semoga hari yang penuh barakah ini membawa keberkatan kepada niat suci kami. 


Rombongan dari Manjung dah selamat sampai Simpang Renggam..
Doakan urusan kami hari ini lancar ye.. ^_^

Friday, February 3, 2012

The FSP Review : Dan Lebah itu adalah AKU

Hari ni nak share sikit pengalaman ika join FSP sebelum ika tinggalkan "Taman Ilmu dan Budi" secara rasminya bulan lepas. program 4 hari yang cukup bermakna. Mungkin kita boleh kata kita lebih kenal atau mungkin cukup kenal diri kita sendiri, tapi kita takkan tahu kebolehan dan kemampuan sebenar kita melainkan kita berani mencabar diri kita sendiri.


Berbalik pada kisah si lebah. untuk slot pertama dalam kumpulan yang biasanya kita panggil 'ice breaking', setiap peserta diarah untuk pilih satu mainan yang menggambarkan diri sendiri. bila tengok pada deretan segala macam "toys" yang ada, tak tau la kenapa ika terus terpegun tengok si lebah..hoho bila tengok mainan lain, ada smiley ball, hello kitty, ular, lelabah n macam2 lagi la.tapi still memandang pada si lebah je. bila kaitkan pada diri sendiri, macam ada chemistry gitu..huhu


Si Lebah

Berbekalkan sekeping kertas lukisan, kami kena melukis berdasarkan mainan yang kami pilih. ika paling lemah bab melukis, tangan memang tak de seni..haha time tu ice dah mula cair. yang duk kat meja tu umur masing2 dah tak berapa muda, duk gelak je la bila main lukis. recall balik bila kali terakhir dapat kertas lukis. 10 tahun sudah kot..hoho Nak tengok lukisan ika tak??

Hasil tangan tak berseni, nampak plain je..haha


Apa kaitan si lebah dengan ika? fisrt, sarang lebah dengan lebah yang ada kat sekeliling tu, bagi ika yang jenis happy go lucky ni agak mustahil nak hidup sendirian. hidup dalam komuniti sangat penting, jangan terlalu pentingkan diri sendiri. keduanya, lebah sangat rajin, tapi ika tak cakap diri sendiri rajin..huhu cuma suka dengan semangat sang lebah =P ketiga, tengok pada bunga 2 kuntum tu. si lebah sangat sinonim dengan bunga dan pada ika, ika sangat suka pada aktiviti luar yang dekat dengan alam sekitar, ika lebih suka masuk hutan kalau nak dapatkan ketenangan. cukup dah, tak yah celoteh panjang2..hihi kalau korang apa yang menggambarkan diri korang??cecite sikit ^_^


*Berusaha dengan gigih nak siapkan entri ni..aigOoo..

Mood nak mengarang dan menulis terbang ke laut seminggu ni. dah start intro, padam balik. bila start balik pas tu tergantung cam tu je. Adoyai la.. hari ni dah 3hb, 5hb dah tak jauh rupanya..huhu 

Wednesday, February 1, 2012

Percaturan DIA yang Terbaik


Bersangka baik dengan setiap kesulitan yang hadir..~

Photography & Wedding Planner : Kenyit Kenyit Kreatif (3K)

IKLAN TAK BERBAYAR UNTUK 1 MINGGU.. =P

Lari bidang jap tukar jadi promoter. =P Tahun 2012 ni tahun orang kawen kan..kan..kan.. Betulkan sikit statement tu. Tiap2 tahun orang kawen, cuma tahun ni sampai turn kawan2 sebaya ika kawen. yang ni baru betul. tettttttttt....huhu Kalender 2012 dah mula penuh dengan jemputan kawen, kalau ika tak gi majlis kawan2 ika, diorang banned tak majlis ika nanti??hoho

[PERINGATAN : ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN KISAH IKA]

Udah2 le, tak mau celoteh panjang malam ni. Kepada kamu2 yang masih dalam perancangan nak mendirikan masjid dan masih tercari2 lagi Wedding Planner & Photographer, meh ika nak suggest 1 team ni..



 Nama yang unik seunik hasil kerja mereka.. =)





Paling suka gambar yang ni..
tak tau kenapa..
Sebab kaler merah tu kot..huhu

Tak dapat nak tepek banyak, explore sendiri nilai sendiri k..=)

Contact person:

Ika tutup entri dengan 1 quote best ni..
"Heart is like a bottle of perfume. If you never open it, nobody will knows the fragrance inside. And if it kept open always, you will loose its fragrance. So, open it wisely for somebody who is deserving..~"

Kalau contact diorang cuba bagitau korang kawan ika, mana tau kot2 dapat diskaun banyak sikit....kekekeke larikkkkkk!!!!!! =P