..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Sunday, July 31, 2011

..Entri penutup Julai : Ampuni Khilafku..


Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN..


DIA sedang menunggumu,
DIA sedia menyambutmu,
Tunjukkan pada-NYA hatimu yang terluka,
Adukan pada-NYA betapa kau kecewa,
Kisahkan pada-Nya betapa kau hiba,
Pasti kau takkan kecewa kerana DIA sungguh kasih kepadamu,
Walaupun hari-hari yang lalu kau pernah dan seringkali melupakan-NYA.




Niat puasa jangan lupa =)



Saturday, July 30, 2011

..Bukan Nak Menunjuk *Kalau dah AMATUR tu amatur gak la..


Tolong abaikan title entri ini...hehe O_o
Tak de apa yang perlu dikecohkan pun..
Just kisah ika untuk hari ini..

Siang tadi luangkan masa dengan iezzan n ain..
*gagal gak nak kumpul sama2 dengan arny, harap sangat dia ada tadi..
Moga dia kuat hadapi ujian DIA waktu nak dekat bulan puasa ni..
Ada hikmah di sebalik setiap ujianNYA..

Dapat luangkan masa seketika sebelum tiba Ramadhan..
Sarapan sama2, kongsi cerita sama2..
Dan sejenak kami habiskan masa kat Tasik Machap petang tadi..
Lama dah ika tak jejak kat situ..
Hampir 5 tahun gak la padahal selalu je lalu laluan masuk ke Tasik Machap tu..
Cumanya tak de tujuan nak ke situ..

Bila tanya mana nak gi pas ni??
Masing2 pun tak tau nak ke mana..
Tiba2 kuar pasal Tasik Machap..
Last2 jejak gak kaki kat situ..

Tempat tu cantik tapi sayang agak tak terjaga sekarang ni..
Jeti yang ika pernah naik dulu pun dah tak berapa nak kukuh..
Sampai kat situ nampak la ada yang tekun dengan aktiviti memancing..
Aktiviti kami kat situ??
Malas nak cite panjang dah..hihi













ni la hasilnya bila yang amatur pegang camera..hihi
nak tunjuk 1 lagi yang last..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





AKU tetap AKU..~

wajib kene ad posing sorang2...hehe


nota kaki :: tak ad picture yg nampak view Tasik Machap tu sebab kami tersangat la pemalu nak posing depan pakcik2 yang tengah tekun memancing kat situ..huhuhu 

Friday, July 29, 2011

..Untuk Kamu..


Doa dari jauh..



Tahniah untuk hari bersejarah kamu..~

Thursday, July 28, 2011

..Jika Terakhir Buatku..

Oh Tuhan..
HambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu..

Oh Tuhan..
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara..

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi
PadaMu oh Tuhan..

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Hanya padaMu Tuhan..

Oh Tuhan..
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
 
Taubat nasuha setulus untukMu..
Oh tuhan..
Hanya kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba..




..Beralih Arah *GIGIH!!..

Fulltime Housewife a.k.a. Babysitter a.k.a Bibik Berjaya..
Yang kat atas tu 3 jawatan penting yang ika sandang hampir sebulan balik cuti kat kampung..
Pulun habis tenaga *tipu je ni..ahaha 
Tapi part jadi babysitter dan juga bibik tu cerita tak tipu..huhu

Bila tak ada depan mata tercari2..
Bila dah ada tak terlayan karenah2 5 jantung pisang ika yang tengah nak membesar sekarang ni..
Bila 5 tentera bersatu memang riuh habis la umah nenek..
Kalau bertambah nanti tak tau la..
Tapi akak2 dah cakap nak tutup kilang dulu..
Selamat la buat masa ni..huhu

Berbalik pada kisah beralih arah..
Tak de nak bikin cite panas pun time2 nak dekat Ramadhan ni..
Jaga lidah, jaga hati =)

Kalau tahun2 sudah keje penting ika bila Ramadhan kunjung tiba dan bila Syawal pun nak menjelma ad satu je..
Jadi tailor jahit langsir mak..ngeh2..
Tapi tahun ni mak dah cakap tak tukar langsir *tarik nafas lega..ahaha

Tapi ada gak sikit pembaharuan..
Oleh kerana akak2 ika sedang dalam usaha nak mengimprove kepakaran masing2, ika pun terkena tempias gak..
Akak2 duk pulun jahit baju raya, ika pun nak gak..
Ni ha cinta baru ika..
Dapat semangat nak belajar menjahit la sekarang ni..huhu
Pulun sampai 3pagi semalam duk belajar menjahit dengan akak2..ngeh3

Cakap pasal baju raya ni tahun ni rezeki ika agak murah gak la..
Kain pasang yang terkumpul ada 5 untuk tahun ni..
Alhamdulillah..
Tapi tak yah la sibuk nak kasi siap semua..
3 pasang buat raya tahun ni pun dah cukup..* 3 pun banyak tu cik ika oi..hoho

Tema?? tahun ni HITAM tapi baju ika ad mix HIJAU PUCUK PISANG..
Cantik tak kaler tu??heeee
Tapi gi ikut akak cari kain pasang hari tu kepala jadi pusing2 gak la tengok trend kain sekarang ni..
Kain abstract..
Ika tak berapa minat yang betulnya..
Kain abstract ni susah nak menarik minat ika..huhuhu

Semangat sungguh budak ni.. =P

Baju raya in progress..
Kita tunggu hasilnya cam ne rupa ye...hikhikhik
GOOD LUCK IKA!!!!

Tuesday, July 26, 2011

..Antara KESEMPATAN dan PILIHAN..

Bila bertemu seseorang yang membuat kita tertarik..
Itu bukan pilihan, itu KESEMPATAN.. 
Bila kita memutuskan untuk mencintai dia dengan segala kekurangannya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..

Perasaan cinta, simpati, atau tertarik..
Datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dipilih, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan sesama manusia..
Itu adalah PILIHAN...
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama dengan pasangan jiwa kita..
Adalah PILIHAN yang harus kita pikul tanggungjawabnya..

Jangan mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai..
Tetapi untuk belajar mencintai orang yang Belum Sempurna..
Dengan cara yang Sempurna..
Bersama impian mencapai Kesempurnaan redhaNYA..

..Hilangku Tiada Yang Peduli..

"Teman di kala suka akan ada di mana jua, tapi teman untuk menangis terkadang tiada siapa di sisi kita,,"


Pepatah yang biasa kita dengar.bukan menunding ke arah sesiapa mahupun diri sendiri..tapi mungkin itu hakikat yang memang kita sering alami.tapi sesungguhnya kita manusia yang lemah, sering kali leka dan lupa..kita takkan pernah sendiri.ini yang ika pasti.yakin ada DIA dalam setiap langkah suka dan duka kita.mengadulah padaNYA..




Segalanya baik pada ika.cumanya masa agak membataskan kesempatan nak meluangkan masa untuk diri sendiri..*rindu nak mengupdate blog..

Hilang untuk seketika.bukan lari je hujung dunia tapi cukup tenang bersama mereka2 yang punya tempat paling istimewa dalam hati ika.berada di mahligai usang yang mengikat hati ika, dihiburkan gelagat dan gelak tawa mereka yang setia di sisi ika..

"Everybody have their house but not every house can be a home..
Rumahku Syurgaku.."


Masa yang harus dimanfaatkan sebaiknya.peluang mengorek dalam isi hati sendiri, bersama ruang dan waktu untuk berfikir dengan tenang.everything about life.life is the best teacher.ruang untuk memperbaiki diri, membentuk peribadi.tanggungjawab seorang hamba, seorang anak dan apa jua peranan yang terpikul..


Hargai setiap pengalaman yang pernah kita ada.setiap kenangan yang tercipta akan selamanya milik kita selagi ada semalam bersama kita.kerinduan pada memori2 semalam takkan ada yang dapat faham melainkan mereka yang tahu menghargai apa jua kenangan dan pengalaman yang mereka ada.. 



Dalam setiap kegelapan, masih ada sisi terangnya..
Forgive yourself..


Aku akan pergi tapi pergiku bersama pesan..~


Thursday, July 21, 2011

..Hanya DIA..

Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upayamu..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu berduka..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa terus berlalu meninggalkanmu..
ALLAH setia di sisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya..
Kekalkan tujuanmu..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..




Kadangkala..
Jawapan DIA..
Tidak pada apa yang kamu mahukan..
Tapi..
Ya pada apa yang kamu perlukan..
Tunggu..
Dia akan berikan yang lebih baik dan itu yang terbaik!!


Bila tidak ada yang bererti buatmu..
Keliru..
Kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

ika suka dengar lagu ni..~


Thanks for reading =)

..Burung Wak-wak yang lazat mengalahkan ayam goreng KFC..

kenal tak burung apa ni?
pernah jumpa tak??
pernah makan tak??

ika pernah..hehe
ini burung wak-wak..
comel tak nama burung ni??hoho

dulu2 punye cite time ika kecik tak berapa kecik,
 zaman sek dulu la ayah rajin gi mendekut burung ni..
diulangi mendekut* bukan kedekut ok..
*istilah tatabahasa baru untuk hari ini ye..haha

tertimbul cite pasal burung wak-wak ni sebab
petang semalam time merempit keliling kampung 
ika nampak la burung wak-wak ni terkedek-kedek melintas jalan..
time tu la terimbas banyak kenangan silam..hoho

lama dah ika tak makan dia ni..
masak rendang sodap..
goreng berempah pun sodap..
goreng je pun sodap..
kompem lagi sodap dari ayam goreng KFC..huhu

dulu2 ayah rajin gi dekut sendiri..
kat kebun belakang rumah je..
kat luar tak tau ada jual ke tak..
puyuh banyak la kan..
wak-wak tak pernah jumpa lak dalam buku menu..huhu

..Review : Ini Blog Jiwa-Jiwa..

time tak berapa nak banyak keje ni meh kite cari keje =P tak pernah2 join kontest ad yang terjoin..ni tak pernah2 nak review ad lak tunjuk rajin nak men'view'kan blog..bukan calang2 blog lagi tu..huhu meh kita same2 review blog Jiwa-Jiwa en.anGah ni..

1.Dari mana dapat tau pasal blog anGah yang Jiwa-Jiwa ni??
Yang betulnya tak berapa nak ingat sangat lorr en.anGah..hoho rasanya masa mood ika rajin nak blogrunning dulu2 ada terstop kat blog Jiwa-Jiwa ni, tapi sekali stop terus jatuh cintan ika cakap, kalau boleh nak duk lepak situ je..haha (dun wolli anGah, tau dah empunya blog dah berpunya, dah jadi daddy pun.ngeh2 TAHNIAH anGah!!!!)

2.Serba ringkas pasal blog..
Dah nama pun blog Jiwa-Jiwa, kompem2 la isi kandungan blog anGah ni makanan buat kenyang jiwa..huhu tak pernah kering dengan karya2 yang memang meruntum jiwa ika..dan kadang2 tu jeles ok sebab anGah punye idea memang power!!ngeh2

3.Apa yang suka, apa yang tak suka??
Suka datang blog Jiwa-Jiwa ni.suka sangat!!!!(ayat kipas baik punye ni..hihi) dulu2 jadi silent reader je mampu, sekarang ni suka nak nyibuk lak..haha tak suka??tak ada kot, sume suka..haha tak jumpa lagi lorr, jumpa kang ika tulis dalam review akan datang..huhu

4.Cadangan untuk anGah..
rasanya otak ika tak mampu nak tandingi ke'kretip'an anGah, tak tercapai akalku nak bagi cadangan buat masa terdekat ni..hihi few words utk anGah..teruskan karya2 anda yang geliga ini sebab ika akan akan terus membacanya...hehehe


tak leh nak copy header sebab anGah disable right klik..yang ni kot tak suka..haha gurau je anGah..

ni header pak cik google bagi.. =P


agak2 kalau minta anGah review blog ika ni boleh tak?? O_o

..Movie Sekali Lagi : Daebakk!!..


Layan movie Sekali Lagi malam ni..
Tahan air mata tak nak jatuh tapi empangan pecah gak..ahaha

Abg Sam memang terbaik la!!!

dan yang paling penting sebab
ada budak comel ni.. =)


movie ni best sangat!!!
tu je nak cakap.. =)


Wednesday, July 20, 2011

..Hati Ais..

Berurusan dengan hati perlukan kesabaran yang tinggi..

Diam..

Tak perlu kata apa-apa..

Senyum..



.. Contest : Crazy Picture by IlaVanilla..

lama ika tak join contest..
time tak berapa nak ada keje ni cari keje sikit..hehe
meh kita join contest jom..


klik kat gambar kalau nak tau lagi detail k..

syarat2 nak join contest ni pun senang je..
tak yah story panjang2, tepek je la gambar giler korang..

duk korek2 folder cari gambar ika time giler macam tak de je..
almaklumlah cek ni pemalu nak buat aksi2 giler ni..ahaha
nampak benor nipunye..huhu

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

banyak plak la dot dot ni...haha






taraaaaaa!!!!!


tak tau la layak ke idak nak masuk kategori giler gambo ni..huhu

tarikh tutup 31 julai 2011..
meh pakat ramai2 join!!

WW#3 - Yakin PadaNYA


Monday, July 18, 2011

..Aku BUdak Kampung.Nama aku Nora..

aku lahir dekat daerah kampung mak aku..
aku dibesarkan kat kampung..
aku start sekolah pun kat kampung..
sebab tu aku jadi budak kampung..
aku bangga jadi budak kampung..

dari kecik keluarga aku panggil aku NORA..
tak lari jauh pun dengan nama aku kat surat beranak..
sedare-mare, sepupu-papat sume panggil aku NORA..
kat kampung pun jiran2 panggil aku NORA..
kawan2 sekamcing yang sama2 main petang2 hari pun panggil aku NORA..


kat kampung aku ramai geng..
permainan yang selalu ktorang main macam2 ada..
rounders, galah panjang, baling selipar, guli, layang-layang, batu seremban, karem, konda-kondi, zero point, getah..
ada lgi, tak tercapai lak akal aku time ni..
bila main tu ada gaduh2 tu adat la..
kalah menang tu dah memang pasti dalam permainan..
bila gaduh hari ni pun, sok hari ok balik kumpul balik main sama2 gak..
yang pasti ktorg tak kenal ps2 ps3, tak tau nak main angry bird, tak tau channel astro ceria..
ada aku kisah semua tu..
aku bangga jadi budak kampung..

bila dah besar sikit, aku masuk sekolah asrama..
kat asrama kawan2 aku tak kenal NORA..
yang ada atika je..
bila aku balik kampung baru aku dengar nama NORA..
bila dah hbs sekolah aku dapat masuk unibersiti..
syukur alhamdulillah..
bila dah bsr sikit ni nama aku dah jadi ika..
ayu sikit la nama tu..

balik kampung mak aku hari tu..
ada kenduri kesyukuran nak sambut Ramadhan..
cam biasa la menyibukkan diri kat dapur..
dah settle majlis aku duk borak2 dengan member aku..
aku bawak member unibersiti aku balik kampung..
budak sungai buloh tengah practical kat JB..
tengah duk saje2 tu tiba2 dia tanya..
"ika, diorang panggil ko NORA ke??"
tanpa dirancang ketawa je yang kuar dari mulut aku..

dalam banyak2 nora kat dunia ni..
nora danish, nora penyanyi lagu sandiwara tu, yang lagi latest yang dah tak berapa latest nora elena..
aku tak pernah nak kisah..
sebab aku kisah kat dia je..
dia NORA si budak kampung..
walau aku dah dewasa..
walau tak ramai yang kenal NORA..
tapi aku tetap sayang NORA..~

rindu giler zaman kanak2..
rindu giler nak main rounders petang2 hari..
rindu giler kat NORA..!!

..Liat Nak Bangun Sahur..

Ramadhan dah makin dekat..
jadinya rutin harian akan bertukar..
bangun dah lain time..
makan pun time hari gelap je..

nak cakap pasal sahur..
setelah agak lama tak bangun awal pagi..
pagi tadi mak kejut bangun sahur..
tapi ika liat nak bangun..haha
kantoi lak la O_o

seyes lama dah tak bangun sahur..
selalu kalau puasa sunat tak kisah nak sahur pun..
niat sebelum tido, bangun subuh tu kira tengah puasa la kan..huhu

pagi tadi sahur sama2 dengan mak n kak ngah...
rasa macam dah bulan puasa je..
masuk dapur tengok je mak masak..haha 
mamai dah tak berapa nak mamai sangat pun time tu..
duk makan sambil borak2 dgn mak n k.ngah sampai la dengar sayup2 sunyi bilal kat masjid mengaji..
syahdu sangat rasa..

teruja nak sambut Ramadhan!! 
absolutely la..
tahun ni puasa ika lain banyak sebab dapat puasa sepanjang Ramadhan kat kampung..
tak sangka gak sebenarnya..
di sebalik sikit rasa kuciwa semester baru start lambat, tetap ada rasa bersyukur dapat sambut Ramadhan kat kampung..
yang akan dirindu pastinya suasana dan kenangan puasa kat Gombak T_T



Selamat Berpuasa Kawan2 =)