..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Friday, December 30, 2011

Nak ending macam "Tentang Dhia"

Bila buka FB status berderet2 pasal Tentang Dhia, kuar la segala macam page ke gambar pasal Tentang Dhia..kat blog pun sama je, berderet entri pasal Tentang Dhia..kiki

Yang betulnya ika tak tengok sangat pun cite ni..sebab musabab utamanya --> Tak jumpa TB..haha ada la tengok episod awal2 dulu..pas tu dah balik gombak buka sem baru mimpi je la nak ngadap tv.. oleh sebab tengah bersenang-lenang kat umah sekarang ni, terkebetulan lak dapat tengok episod akhirnya.. cantik la tu tengok awal n akhir je..huhu

tak mau kritik apa2 pun pasal cite Tentang Dhia..cuma ika tersentuh part ending cite ni..nak gak cam tu..boleh tak??

Layan Semanis Kurma gak malam tadi.." Bercinta setahun, berkahwin sehari. " Best topik ni..Duk fokus dengar segala bicara, terpikat kat satu madah ni..

"Makan roti sampai sekati, cinta hakiki takkan khianati."


Cinta hakiki yang teragung dah pasti la cinta DIA untuk kita hambaNYA..
Jangan pernah khianati cintaNYA..~



Tapi fitrah kita sebagai manusia ni, saling memerlukan dan melengkapi..Andai sampai masa jodoh ika tiba nanti, harapan dah pasti biarlah jodoh tu kekal sampai syurga nanti..bila ada incik suami nanti ika harap dia boleh jaga ika sampai akhir hayat ika..biar ika yang pergi dulu..tak mau incik suami yang tinggalkan ika dulu.. tetibe je la duk cite pasal impian ni..huhu

sehari dua ni up down sikit..balik kampung nak tenangkan fikiran tapi sebaliknya yang jadi..kepala duk fikir benda yang tak berapa nak penting dari yang lebih penting..macam2 datang dalam lubuk fikiran..haish set up balik fokus..

jangan terlalu mengharap kalau tak bersedia nak rasa kecewa..~ ^_^

duk dekat2 dengan mak tadi..mak tanya.. "panas ni, demam ke??" pegang dahi sendiri.. sengeh2 sendiri.. nak bermanja2 dengan mak la hari ni.. nak mak suap makan, nak mak picitkan kepala.. ika ngengade??baru tau ke..haha nak bermanja dengan mak sendiri, jeles la tu kan..kikiki

Jantung Pisang Mokde



Friday, December 23, 2011

Sayonara 2011, Welcome 2012


2012 just around the corner..
Tak banyak dah baki hari untuk tahun 2011 yang tinggal..
Yang ni pun mungkin entri penutup 2011 ika..

Tahun 2011 yang memberi 1001 kenangan dan pengalaman berharga..
Segala suka dan duka..
Ketawa dan air mata..
Semuanya berharga..~



Hari ini takkan mampu mengubah apa yang sudah berlaku semalam, tapi hari ini mungkin dapat menentukan apa yang akan berlaku esok..~

Moga tahun 2012 hadir bersama limpahan kasih sayang dan rahmat dariNYA..



Esok nak balik kampung..
Perlu dapatkan rawatan dari satu2nya doktor peribadi yang ika ada..hihi
"Mother's hug is the best medicine in the world."
Habiskan masa seminggu kat kampung..
Pas tu sambung balik perjuangan terakhir yang belum selesai..

5hb Jan ika start 1st paper final exam untuk final semester ika..
Doakan ika ek ^_^

Facebook Timeline

Duk godeh2 FB hari ni, tengok FB adik yang dah bertukar tu.. Mule2 memang pening gak tengok, ting-tong O_o Tapi bile duk fokus study FB, tengok cam comel je FB Timeline ni..hihi


Sebelum ika tukar setting jadi Timeline ni ada nampak notis, "You have 7 days preview...bla bla bla.. before 30 December..bla bla bla..." sebab sebelum masuk 2012, suke ke tak suke FB Timeline ni akan berleluasa gak.. So, tukar siap2 and study awal2 sebelum terkejut bila FB tetibe bertukar minggu depan..kikiki



Cover page tu sama tapi tak serupa dengan header blog..Comel tak??hehe 

Thursday, December 22, 2011

Back to Nature - Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang

A Moment to remember..~
18 Dis 2011

Lari seketika dari segala beban luaran dan dalaman yang ada, tapi lari bukan penyelesaiannya..ika lari jap je ni..hehe minggu2 last sem ni biase la kan.tahap tekanan memuncak, stress pun menggunung gak la..huhu

luangkan masa bersama mereka2 yang memang selalu menceriakan hari2 ika sepanjang sem ni..
SEMESTER TERAKHIR - macam2 rasa ada O_o

Planning last minit yang tak berapa nak last ni berjaya gak..hehe bertolak dari Gombak kul 9.30am, dengan kelajuan maximum 80km/j (menipu je ni) sampai kat pintu masuk Hutan Lipur Lentang kul 10.15..tak de la jauh mane kami merayap..tapi kan kalau la ika tau hutan lipur ni tak jauh, setiap sem ika boleh lari gi sini.dah last sem ni baru tau..huhu

Ikut Karak Highway (ni pun pengalaman 1st ika dapat drive kat Karak Highway, klu PLUS tu memang tak jakun dan..kikiki), depan sikit dari exit Bukit Tinggi kalau tak silap ika la, ada exit nak sampai Hutan Lipur Lentang ni..kat tepi higway je, memang tak susah pun nak jumpa, tapi agak lawak gak la kisah kami sebelum sampai pagi tu..tak yah la cite..hihi

Muka ceria sesudah tiba..

Mereka yang bernama SAHABAT...~
(nisa, ika, sha, ella n nani)

Jungle trekking sikit.. =P

Misi utama - main air lorr.. =P

Master chef of the day..
Dah planning last minit, mimpi je la nak dapat ayam BBQ ke sotong goreng tepung ke..
Menu special Maggi Kari Telur..
Cepat, mudah dan lazat..ahaha


Miss Fotogedik..kikiki

Suggestion awal mulanya kami nak gi PD, tp plan bertukar gi sini. tak rugi pun kan.lagi pun pantai sekarang tak berapa selamat.cuaca pun tak menentu..pagi tu pun redup je, tengahari sikit tengok awan makin gelap..kalau boleh memang nak lepak lama lagi kat situ..

oleh sebab siang masih panjang, tak terus balik Gombak pas tu. kami gi pusing kat Taman Layang-Layang, Kepong..sampai sana time ujan baru teduh, dapat gak la pusing2 jap..

mana2 gi wajib amik gambar.. =P

Macam dah bertahun tak makan aiskrim je..hihi


Banyak sangat gambar nak upload.. ^_^
yang pasti ika seronok sangat hari tu..
dapat rasa tenang dalam keserabutan yang ada..



hari-hari terakhir bergelar pelajar..
macam ni ek rasa nak habis belajar..

dah ready ke belum nak masuk fasa baru ni..
aigooo..~huhu

Tuesday, December 20, 2011

Untitled


A step to MOVE ON..~ 

Monday, December 19, 2011

Kau Buat Hati Kecilku Tersentuh

Ada ketikanya mulut sendiri tak mampu nak menyuarakan apa rasa hati..
Ada kalanya hanya senyuman yang mampu diberi bila tak jumpa kata-kata yang boleh diberi untuk difahami..
Ada masanya gelak tawa pilihan yang tinggal untuk menutup gelisah di hati..

Kau buat hati kecilku tersentuh..
Kau yang ada dekat setiap waktu senang dan susahku..
Kau yang ikhlas menerima ketidaksempurnaanku..
Kau yang menjadi tongkat ketika langkahku tempang..
Kau yang membawa gelak tawa dalam hari-hariku..
Kau yang memberi inspirasi..
Kau yang menjadi pelindung..
Kau anugerah terindah..
Kaulah insan yang bernama sahabat..

Kita selalu dengar "kawan makan kawan"..
Tapi tak pernah wujud sahabat makan sahabat..
Kita selalu dengar "kawan senang dan kawan ketawa sentiasa ada, tapi kawan menangis sukar kita jumpa"..
Sebab kawan tak mungkin boleh jadi sahabat..
Terima Kasih SAHABAT!!



Terbit rasa kesyukuran yang menggunung tinggi untuk setiap anugerah yang Dia berikan..
Di sebalik dugaan dan ujian yang datang, hadir bersama hikmah yang lebih indah..
Berusaha untuk tidak merungut, mengeluh dan merintih untuk setiap liku-liku kehidupan yang ada..
Tapi mencuba untuk terus menghargai dan mensyukuri segalanya..

Terima kasih TUHAN..
Terima kasih untuk kasih sayangMU..~

Friday, December 16, 2011

..Inspirational Friday..


Sweet je kan..
Suke tengok gambar ni.. ^_^

Wednesday, December 14, 2011

..Cincin Emas Di Jari Manisku..

"Cantik cincin.."
"Belah rotan tu.."
"Dah tunang ea??"
"Bila nak langsung ni??"


Bila?
Bila?
Bila ika??


Soklan cepu perak paling pemes untuk ika sekarang ni..
boleh kata hari2 ika dengar soklan2 tu..
adoyai la..huhu


salah ea pakai cincin??
tak leh ke??


tak de pun niat nak menimbulkan kontrobersi..
cume ika rase senang sarung cincin kat jari manis ika..
biar la orang faham2 sendiri..huhu
bukan hadiah dari "sesape" pun..
tapi cincin tu hak milik ibunda tercinta, hadiah turun temurun untuk anak gadis kesayangan die ni..hehe


diri ini masih hak mutlak En.Mohd Azali Ahmad & Pn.Ramlah Ali ye.. ^_^

ke memang dah nampak "aura" kat muke ika sekarang ni..huhu
apa pun terima kasih yang tak terhingga pada kawan2 yang sentiasa mendoakan ika..
moga Tuhan permudahkan segalanya..Ameenn..


Disember nak habis dah..
2012 nak muncul tak lame lagi..
Umur pun nak masuk 24 dah tak lame lagi..
agak2 tercapai tak target nak buang title "SINGLE" sebelum 25 tahun??=P




habis final exam nanti nak kene terus duk KL je, ade keje menanti..
walau hati berat suh balik Johor, nak duk dekat dengan mak n ayah..
tapi syukur alhamdulillah, mungkin memang rezeki ika kat KL ni.. =)

..Tak Sangka TERtengok Gak..


Jauh Ika merantau gi tengok Ombak Rindu..~

Tuesday, December 6, 2011

WW#10: Dalam VS Luar


[ "Don't judge a book by its cover" ]

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

  • Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
    • Ika cakap - Ika jenis tak banyak cakap, jadinya cukup dengan hanya jadi pendengar yang terbaik. Kekadang diorang tak minta kita tolong bagi pendapat nak selesaikan masalah diorang, cukup ada yang kongsi n tau apa masalah diorang.
  • Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan dan ciuman. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
    • Ika cakap - Mak n ayah tak harap hadiah beribu riban untuk amk hati diorang, cukup dengan pelukan dan ciuman serta ucapan sayang anak2..
  • Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
    • Ika cakap - Jeles bile K.Long & A.Long dapat nota rahsia dari anak2. nak gak!! 
  • Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
    • Ika cakap : Member2 ika label ika "Ika Suka Gelak"..Sesape perlukan kawan nak ketawa boleh geng dengan Ika..kuikuikui.
  • Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
    • Ika cakap : We need to learn to compliment others. Takkan nak harap orang puji kita je tapi kita berat nak puji orang lain. Kawan2 Ika selalu cakap Ika comel..ahaha 
  • Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
    • Ika cakap : Nak cari suami yang rajin, senang Ika nanti..huhu
  • Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
    • Ika cakap : Waktu sendiri ni kena manfaatkan sepenuhnya. Jangan terlalu menangisi yang lalu, tapi fikirkan apa hikmah di sebaliknya. Everything happened with reason..
  • Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
    • Ika cakap : Give your smile to everyone, it might be the only sunshine they see all day..[ SMILE : Special Magic in Loving Everyone ]
  • Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
    • Ika cakap - Tubuh badan yang sihat menjamin ke arah kehidupan yang ceria dan bahagia. Ini gak salah satu cara untuk kita bersyukur n menghargai kehidupan yang kita ada.
  • Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
    • Ika cakap - Doa untuk mak ayah jangan pernah tinggal. Jasa dan pengorbanan diorang besarkan kita takkan mampu kita balas..~ 

    Jantung Pisang Ika..~

Monday, December 5, 2011

..Terkilan..

Jadi anak tu jangan la berkira sangat dengan mak ayah..~


Peringatan untuk diri sendiri..
Jangan terlalu meminta kalau tak pernah nak memberi..!!



Noktah..


"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."

[Surah al-Baqarah : 216]


Masa penentu segalanya..
Cepat atau lambat..
Jawapannya tersedia..
Yakin dan percaya pada janjiNYA..
Always have faith in HIM..~




Pasti berat beban kecewa dilukai, tapi berat lagi rasa pada yang melukai..~


Wednesday, November 30, 2011

WW#9: Proud


Always!!!!! ^_^

Tuesday, November 29, 2011

..Pedoman - Nora feat VOU..


Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa
Ku hiba terasa
KebesaranMU
Lantas ku tadah berdoa

Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang KAU redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila ku menjauh
Kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatMU
Menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh
Ku sebut NamaMU
Yang Maha Esa
Maha Pengasih Penyayang
KurnianMU
Lantas ku sujud bersyukur

OOoo
Biar pedoman ini
Berkekalan di hati
Selamanya
Pengubat jiwa
Penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba



Jatuh cinta dengar lagu ni..
Tenang..~

Sunday, November 27, 2011

..Learn Something From Your [ L.I.F.E ] ..

"Is better to know it even though we don't need it, rather than we don't know it when it is in need.."
what is life??
soalan yg senang kan tapi nak menjawab tu buat ika fikir panjang..
apa jawapannya??
life is a test, the struggle between false and truth..
ayat yang simple tapi mendalam maksudnya..
ask urself..
where are we??
are we moving in the right way or we are cheating ourself??
setiap ujian yang datang selalu kita lihat sebagai sesuatu yang perit dan pahit..
tapi yang betulnya yang pahit itulah ubat..
ibaratkan kalau orang jawa cakap, 
"bitterness is medicine.."
kesilapan yg paling besar selalu kita buat bila datang ujian adalah mengeluh..
mengeluh, mengeluh dan mengeluh tanpa kita sedar setiap keluhan yang keluar tu secara tak langsung..
Mereject qada' dan qadar Allah S.W.T..
Astaghfirullahala'zim..



something to share..
ika ada sorang kawan..boleh ika cakap sekarang ni dia tengah berhadapan dengan satu dugaan yang sangat besar..umur 24 tahun, dah kahwin bulan 6 hari tu and suami dia kawan ika gak..kami ber3 satu kelas masa F6 dulu..


dari awal kenal masa satu kelas, semua maklum si suami memang tak sihat, kedua2 buah pinggang dah tak berfungsi. bermacam dugaan datang tapi diorang sangat tabah dan ketabahan tu gak yang buat jodoh diorang kekal sampai bergelar suami isteri..memang ika salute diorang ni..


sekarang ni even dah habis sekolah, masing2 dah ikut jalan sendiri tapi kami still rapat. dan ika sangat terharu sebenarnya bila ika yang dia pilih untuk jadi tempat nak share segala masalah..


baru2 ni ika dapat tahu si suami kene tahan masuk wad.alat yang digunakan untuk buat dialysis dah tak berfungsi. dalam mesej yang sampai tu gak ika boleh nampak segala apa yang terpendam. Risau, takut, sedih..tapi macam mane kita cuba faham, kita takkan mampu nak rasa berat mana beban sebenar yang dipikul kan??..ika cuba naikkan semangat si isteri walau ika tak yakin ika mampu..


something yang ika belajar dari kehidupan - 
Segalanya dah tertulis, yakin takdir hanya milik DIA tapi bukan hak kita untuk pasrah dengan segala ketentuanNYA.kita masih berhak meminta dan tempat meminta pertolongan hanya dari DIA.ini sebab kenapa DIA datangkan ujian pada hambaNYA.bila senang jangan lupa DIA, bila susah minta pada DIA..tapi DIA takkan uji kita melebihi tahap kemampuan kita..~


esok si suami akan dioperate, minta doakan untuk kawan ika ye..




Sedikit ilmu untuk dikongsi..


KENAPA AKU DIUJI???
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.." (Al-Ankabut: 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." (Al-Baqarah: 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya."(Al-Baqarah: 286)
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.." (Al-Imran: 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.." (Al-Baqarah: 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah: 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung.."(At-Taubah: 129)
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat.." (Al-Hijr: 56)








..DATING, OUTING n' JALAN2 Bukan Lagi Option Utama di Hari Cuti..


BreakLunch hari ni..
Jemput makan semua..hihi

Dapur kembali berasap..
SUKE!!SUKE!! =P

Teringin nak gi lagi!!!



Saturday, November 26, 2011

Friday, November 25, 2011

..Jumaat Terakhir..

Hati takkan berdusta selagi hati tak MATI..

Hidupkan hati dengan cinta kepadaNYA..


Simpan saja kata2 yang ada..
Cukuplah hanya DIA yang tahu..


Tahun baru..
Azam baru..
Harapan baru..
Moga DIA permudahkan segalanya..

Jumaat terakhir 1432..
YA TUHAN..
Beri aku kesempatan dan peluang untuk menemui JumaatMU yang akan datang..

Wednesday, November 23, 2011

WW#8: One More Taken!

19Nov2011

Nuraain Daut + Alias A Rahman

Sayang mereka ketat2!!

ada gaye tak??haha
sesape nak rosakkan majlis boleh dapatkan khidmat ika..hikhikhik


Tuesday, November 22, 2011

..Daulat Tuanku..

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al Haj

ALLAH selamatkan Baginda
ALLAH selamatkan Baginda
ALLAH selamatkan Baginda Sultan Johor
ALLAH selamatkan Baginda

Selamat panjang umur buat Baginda Sultan Johor sempena hari keputeraan Baginda yang ke-53 hari ni, 22 Nov 2011..
Moga Tuanku kekal sihat dan sejahtera di bawah rahmat dan kasih sayangNYA untuk terus mentadbir rakyat jelata dan seluruh tanah jajahan Johor tercinta..

Johor dapat public holiday hari ni..
ada kat KL ni mmpi je la nak cuti gak..huhu
walau apa pun..
yang penting..


hihi =)

Saturday, November 12, 2011

..Permintaan Hati..

Kadang kala langkah kakiku BENGKOK, terpesong dari TUJUAN yang asal. aku HARAP di kala itu, kamu dapat MENARIK aku kembali ke jalan yang LURUS. saat aku TERLEKA nanti berilah PERINGATAN kepadaku. aku harap saat itu nanti kamu juga dapat memandang aku dengan penuh KASIH SAYANG, dengan penuh rasa BERHARAP untuk MELANGKAH ke syurga bersama-sama denganku. tolong jangan TINGGALKAN aku terumbang-ambing saat itu, tolong BETULKAN aku, tolong PIMPIN aku..~


Thursday, November 3, 2011

..O.K.!!..

Orang lain dah settle 3 4 mid term, 
aku baru lepas 1 dengan senang hati..
Orang lain duk pulun habis minggu ni, 
aku boleh relax lagi goyag kaki..
Orang lain stress mendadak minggu ni, 
aku cool je get ready nak balik cuti Raya Haji..
Orang lain seronok beraya nanti, 
naik cuti segala macam mid term, presentation and assignment menanti..
Itu maknanya NO HOLIDAY la yang pasti!!
Abaikan je la apa ntah duk merapu malam ni..

 Bila tengok bulan Nov punye planner..
Nak pengsan jap..
Oigooo...


Smile Ika..
Be Positive!!! huhu

Sok nak balik Johor..
Jumaat pagi nak teman mak gi belanja apa nak masak pagi raya nanti..
Salam AidilAdha ye..
Kita jumpa naik cuti nanti =)


Sunday, October 30, 2011

..HAPPY SWEET 21st DONGSAENG..

Sebelum sampai tarikh keramat 31 OKTOBER..
Sebelum FB ingatkan kat semua besday kamu..
Sebelum buah hati kamu call jam 12 malam kang nak gayut sampai patah dahan..
Sebelum akak sibuk nak pulun kene study untuk Mid Term esok..
Meh nak jadi yang paling awal di antara yang terawal.. =P


For the one and only...

*BROTHER
*PAPACHIK
*DONGSAENG
(jangan cakap akak tak reti bahasa korea..wink2)

Mohd Nor Faiz
(walau dalam IC eja S akak lebih suke Z, maksud die elok je ^_^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SELAMAT HARI TUA!!!
SELAMAT HARI KEJADIAN!!!
HAPPY BIRTHDAY!!!
O TANJO-BI OMEDETOGOZAIMASU!!!
SAEING-IL CHUGHAHABNIDA!!! (nak gak selit yang ni..haha)

PAPACHIK..
Together in ideas, joys and fears..
Together in happiness, smiles and tears..
Together in fun and special things..
and 
Together in the bond that bloodship brings..

I asked ALLAH
to
make you happy..
make you smile..
guide you safely..
grant you wealth..
give you health..
and most of all..

grand you PARADISE =)

AKAK SAYANG KAMU!!
KAMI SEMUA SAYANG KAMU!!




nak gak tepek muka sendiri..huhu

Tahun ni belum kaya lagi, insyaALLAH tahun depan boleh bagi present.. hikhik

Saturday, October 29, 2011

..Family Day + Photo shoot..

Entri banyak gambar + tak rajin nak berceloteh..
Lokasi : Taman Metropolitan Kepong a.k.a. Taman Layang-layang
Tarikh : 22 Oktober 2011 (nak basi dah..huhu)
Masa : Pagi hari sesudah hujan teduh

Sehari Bersama Keluarga AF 
(AF yang bukan Akademi Fantasia.hikhik)


Baling Selipar

Nak main Boling Kelapa jadi Boling Cawan..huhu

Makin Jauh Makin Sayang?? 

The Moment

View dari atas..
SUBHANALLAH!!
1st time panjat menara, gayat..huhu

Klik Klik

On the way turun..

Naik jeti kat tasik..Gayat gak..hihi

Togather-gather
AF UITM + AF UIAM

Konon nak pose sesorang, bila tengok gambar baru tau bukan keseorangan rupenye..=P

Adik sape la ni..hihi

Love this!!!

K.Ika dengan adik2 K.Ika..
tetibe ada ramai adik, tetibe ramai yang paggil k.ika..
OK.. saya sudah TUA senior!! =P

Yang ni baru betul gambar solo..huhu
Photo shoot ye..photo shoot la sangat..hehe

Terima kasih sudi datang jenguk ye =)