..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Sunday, August 28, 2011

Diari Ramadhan Ika #3 : Amalan Ngunjung, Bazar Ramadhan, Pelita Merdeka dan Mercun..

Pejam celik pejam celik lagi, nak habis dah puasa.rasa macam baru semalam start puasa.hari ni jalan raya dah makin sibuk, pada yang baru nak pulang ke kampung tu berhati2 la ye..tahun ni ika tak merasa keexcitedan nak pulang beraya kat kampung sebab sebelum puasa lagi dah bermastautin kat kampung..hee

lame gak ika tak berceloteh.rindu sangat lorr.bulan puasa ni banyak berdiam je la.hari2 ika buka blog tapi bila nak menaip tu mood jap ada jap hilang.sudahnya banyak yang tergendala.bulan puasa ni pun banyak entri pendek je, kalau ada pun yang kopi pasta punye mane yang kene dengan mood tu..huhu

mengupdate dalam keadaan mengantuk ketika ini O_o Omo Omo..tapi nak update gak!!ngeh2 yang ni might entri last untuk bulan puasa ni..oleh sebab lame tak berceloteh, banyak nak highlight ni.kasi gaul rata punye..huhu
  • Amalan Ngunjung
Pernah dengar tak??pernah buat tak?kalau nak cakap pasal kunjung-mengujungi amalan mulia kompem semua pernah buat..tapi yang ni ika tak cakap pasal yang tu..amalan ngunjung yang ini boleh didefinisikan sebagai memberi lauk atau juadah pada jiran tetangga*nak bagi definisi kene skema..haha

27 Ramadhan

juadah berbuka kat umah ika malam semalam tanpa perlu mengasapkan dapur..huhu seyes semalam kat umah memang tak masak juadah berbuka sebab rezeki yang datang mencurah2..kalau dulu2 nak jumpa cam ni time pagi raya, time tu la semua sibuk ngunjung sana sini, anta lauk pun pakai mangkuk tepen a.k.a mangkuk tingkat..tapi sekarang dah lain sikit, mangkuk tingkat dah tukar guna plastik je.jimat sikit masa.hihi nak elak suasana kelam kabut pagi raya mak akan masak awal, semalam kepada semalam la jadi rajin tolong mak kat dapur..huhu amalan ngunjung ni ada give n take..bila dah bagi kat jiran, esok2 hari mesti ada balasan..tu yang jadi dapur tak perlu berasap malam tadi..ngeh2

ika membesar dengan amalan ni..ada yang cakap amalan ni femes bagi orang jawa *ye saya anak campuran jawa =P..tapi dari pemerhatian dan pengalaman ika sendiri amalan ni wujud dalam masyarakat kampung..lagi2 bila tinggal dalam komuniti yang berbangsa melayu *jawa pun kira melayu gak kan?? ada gak ika dengar kat johor je ada amalan ni, bangga jadi anak jati Johor maa =) amalan ni sangat2 berhasil untuk mengeratkan dan memperkukuhkan semangat muhibbah..kat bandar payah nak jumpa kot cam ni..
  • Bazar Ramadhan
nak cite pasal bazar ramadhan ni, tahun ni ika malas nak gi bazar..huhu tak tau la kenapa.tahun2 sudah ada gak la rasa excited nak gi, paling tak seminggu sekali..puasa kali ni tekak lagi kuat minta nak makan lauk mak masak..

tapi dalam kemalasan yang ada tu sampai gak kat bazar..bazar yang dekat tak gi yang jauh gak ika jejak kaki..ada la sekali ika jejak kaki kat bazar bandar putra, kulai..masa tu gi kulai nak anta anak2 k.long, ada gak la pk nak bawak something g umah k.long..saje ajak budak2 kenis 2 org tu gi jalan bazar, tu pun sebab mood diorang ok time tu..


dalam banyak2 bazar, bazar kat bandar putra yang gak ika jengah..k.long pun pelik jauh benor gi jalan sampai sana..jawab senang je kat k.long, " saje nak jalan2.." tapi yang betulnya hati berat nak sangat gi sana time tu..jalan2 sane dapat la melawat Pak Cik sorang ni..dapat air free plak tu..dah hujung2 baru jejak kaki kat sane, kalau g awal2 puasa boleh gak ika tolong promote ayam bakar awal2..huhu
  • Projek Pelita Merdeka, Bunga Api & Meriam buluh
panjang benor la title, nampak sangat banyak la konon nak cite..huhu tak meriah nak sambut raya kalau tak pasang pelita depan umah..tul tak??mood nak raya tu tak berapa nak ada, tapi bila dah ada cahaya2 pelita api kat depan umah baru rasa raya dah dekat..amalan pasang pelita ni gak kadang2 sinonim dengan malam 7 likur tapi pada ika ta guna gak sibuk nak meriahkan malam2 terakhir ramadhan dengan hanya kerlipan cahaya pelita tanpa ada sinar cahaya sebenar dari amalan2 kita..rumah yang dipenuhi dengan amal ibadat akan diterangi cahaya tanpa perlu ada pelita..



nampak tak ada bintang bercahaya??yang ni projek pelita utk tahun ni..huhu mak yang request pasang pelita ni..cucu2 mak dah makin membesar, biar diorang semangat sikit nak raya..kakak yang baru 6 tahun tak tinggal lagi puasa tahun ni =) 




bila dah ada pelita tu tak best la kalau tak de bunga api..duk sibuk nyalakan api, sibuk gak la layan karenah 3 cucu nenek ni main bunga api..zaman ika dah berlalu, tengok je la diorang main..huhu tapi yang berlalu tu zaman bunga api, mercun belum lagi..korek2 stok lama dapat gak la letupkan mercun roket 4 5 batang..huhu *AMARAN KERAS : MERCUN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG SEKELILING!!

pas tu nampak tak yang belang2 merah putih tu..kite kene fair and lovely..dah tema tahun ni merdeka raya ada la pacak gak jalur gemilang depan rumah..hihi

cakap pasal meriam buluh ni memang ada keinginan nak letupkan meriam buluh lagi tapi mampu pendam je la, buang tebiat kang kalau letupkan betul2..huhu tapi untuk semiggu 2 ni traffik untuk entri ika yang INI mendadak naik..tau la nak raya dah..mesti sume nak update pasal raya..yang pasti traffic naik mesti sebab yang bawah ni..

gambar meriam buluh usop sontorian yang gedabak ni..huhu

Usop Sontorian a.k.a Usop anak jati Sonto..tiap kali nak balik kampung mak kat batu pahat mesti lalu depan Parit Sonto..Kadang2 tu wondering gak la watak Usop ni animasi semata2 ke memang ada budak Parit Sonto nama Usop..huhu


Dalam kita sibuk nak siapkan persiapan raya, jangan buat2 lupa Ramadhan tak habis pun lagi..~


tak leh nak panjang lagi dah..
thanks for reading ye...=)



Wednesday, August 24, 2011

..Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku..

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Di kala mata-mata sedang lesu beradu
Akan ku seru namaMU
Di penghujung waktu yang sunyi dan sayu


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Sekalipun tanganku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunanNYA meliputi segalanya


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Tanpa jemu tanpa malu
Selagiku memanggilNYA
DIA maha tahu
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa ada pahala
Namun DIA Maha Mulia
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana DIA Tuhan ar-Rahman
Sedang aku insan penuh kedaifan


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yang letih
Janganlah aku dikau sisih
Dalam kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istigfarku
Terimalah tasbihku




Sumber : FB

WW#6 Budak Bulat



Tuesday, August 23, 2011

Monday, August 22, 2011

..Speak Your Heart..

Walau kuat mana kita cuba.. 
Kadang kala kita tak dapat nak lari dari berbicara soal hati..~





Saturday, August 20, 2011

..I'm So Sorry..


If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I’ve worked so hard for
And all my friends and everyone I’ve known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality

I’m so sorry, if only I had just one last chance
I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh

I lived my life in the fast lane, I only lived for today
And never, never really thought about anyone else
It was all about me, myself and I
Never did I ever stop for a moment to think
Of what’s staring at me
I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh

And now, now that it’s over
I wonder if anyone will remember me
If I had the chance to turn back the hands of time
There’re so many things that I would change
I’d live my life every single breath for You

I’m so sorry, so sorry
Please forgive me



Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

..Nak gi KURSUS KAWEN la, agak2 mak bagi tak ek..

Kemanisan ibadat akan kita rasa bila ibadat tu kita lakukan tanpa diajak atau disuruh, tapi keinginan tu hadir dari hati dan dizahirkan oleh fizikal kita sendiri.. ~
Salam 17Ramadhan semua..cam ne puasa dah masuk hari ke17 ni??17Ramadhan ni sangat istimewa sebab hari ni hari NUZUL QURAN..Masuk hari ke 17 ni ika bersyukur sebab masih ada peluang untuk terus tunaikan kewajipan, dan so far dah 2 kali dapat join kumpulan tadarus Quran dan alhamdulillah dapat la khatam 2 kali.percubaan individu masih lagi cuba diusahakan dan harap2 dapat terus manfaatkan baki hari Ramadhan yang tinggal ni..agak2 ada bendera putih tak tahun ni..hehe

Dah menghampiri ke fasa terakhir Ramadhan, seharusnya kita kene lipat gandakan pesta ibadah kita kan.Kot2 ada rezeki tahun ni nak jumpa en.LailatulQadar..


We fight our own battle..
Istiqamah!!

Ada terbit keinginan nak letupkan lagi meriam buluh..ada yang nak join tak??=P

Back to the main topic..hikhik

Flashback jap kenangan zaman kanak2, seronok kan main kawen2..haha O_o cite pasal kawen ni, nak gedik jap la.macam dah tak sabo nak kawen je ni..huhu lambat lagi lorr tapi cakap pasal kursus kawen ni, seyes memang ika ada perancangan nak gi..

Sebab utamanya yang bawah ni..


News ni ika akan nampak setiap sem, lama dah ada keinginan nak join tapi lebih kuat nanti dulunya..hehe tapi bila nampak iklan yang kali ni, memang nekad nak gi gak..kalau cakap kat mak nak gi kursus kawen ni apa jadi agak2..huhu tak kisah la apa pun, yang penting peluang kali ni tak mungkin akan dipersia2kan begitu saje.. =)

MENGAPAKAH??



Sebab musabab no1
Yuran 45 hinggit je..
Murah kan??Berbaloi2 bagi ika yang masih tak bergaji ni..hehe kalau kat luar, yuran kursus kawen cecah 80hinggit, lagi 35hinggit tu boleh buat belanja makan seminggu..belum keje ma, bajet setiap sen kene jage ma..hihi

Sebab musabab no2
Sijil sah seumur hidup..Jadinya tersangatlah berbaloi2 kalau ika amik sekarang walau belum nak kawen lagi.nak simpan untuk 10 tahun lagi pun boleh kan..huhu

Sebab musabab no3
Limited pada staff & student IIUM only..*yang ni paling penting!!
Kenapa penting??Kenapa yang ni??Sebab yang ni peluang last ika..hikhik pada yang dah tau habis cuti ni ika kene struggle untuk sem last ika.Jadinya sah2 la ni peluang terakhir yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.nak tunggu yang next time punye lagi waktu tu status ika dah expired lorr..huhu

Tapi kalau tak gi kursus kawen pun ika dah lulus nak kawen..tak caye??dulu kat sekolah agama ada belajar subjek MUNAKAHAT.Ustazah cakap kalau lulus subjek ni memang lulus dah nak kawen.ika dah lulus sampai darjah khas, kire memang kompem la lulus kawen kan..haha

Ika baca ni kat status FB sorang member~

Jawapan terbaik bila ada yang tanya pasal perkahwinan..
Kenapa Lambat??
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..
Sudah berpunya??
Ya!Kerana setiap orang dah ditetapkan jodoh masing2..
Siapa??
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku..
Bila??
Bila tiba masa untuk kami bertemu..

Jadinya, jangan sibuk sangat tanya kat orang bila nak kawen??kenapa tak kawen lagi??Sebab semua rahsia dia terletak dalam tangan Allah.sampai masa Allah akan membongkarkannya =)

Feberet quote ika hari ni..
Your heart is too precious for me to let it broken. So don't give it to me until the time is right.Give it to ALLAH.HE wants your heart more than me..~


Thanks for reading ye..
Sayang kamu..heeee

Monday, August 15, 2011

..L.I.F.E..


Bismillahirrahmanirrahim..

"Is better to know it eventhough we don't need it, 
rather than we don't know it when it is in need.."

what is LIFE??
soalan yg senang tapi nak menjawab buat ika fikir panjang..
dan apa jawapannya??

life is a test, the struggle between false and truth..

ayat yang simple tapi mendalam maksudnya..
ask urself..

Where are we??
Are we moving in the right way or we are cheating ourself??

setiap ujian yang datang selalu kita lihat sebagai sesuatu yg perit dan pahit..
tapi yang betulnya yang pahit itulah ubat..
ibaratkan kalau orang jawa cakap,

"Bitterness is medicine.."

kesilapan yg paling besar selalu kita buat bila datang ujian adalah mengeluh..
mengeluh, mengeluh dan mengeluh tanpa kita sedar setiap keluhan yang keluar tu secara tak langsung 
[ Mereject qada' dan qadar Allah S.W.T..]
astagfirullahhala'zim..

Thursday, August 11, 2011

..Diari Ramadhan Ika #2..

Someone said::~~
Jika ujian itu melibatkan sesama manusia, maka ketahuilah Dia ingin menghadiahkan kita pahala dalam memaafkan. Jika ujian itu melibatkan penghinaan,maka ketahuilah Dia ingin mengajar erti kesabaran sebenar. Jika ujian itu melibatkan kesakitan,maka ketahuilah Dia ingin memberi kita rasa kesakitan. Dan jika ujian itu melibatkan kegagalan,maka ketahuilah Dia ingin kita mengerti erti kejayaan & kegagalan.

                                                                    

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

..Pray for Ashraf Haziq..

Sedih bila tengok apa yang berlaku pada Ashraf Haziq..Tapi kita kena yakin ALLAH akan sentiasa bersama hamba2NYA yang memerlukan..Moga beliau kuat dan tabah menghadapi dugaan berat dalam bulan Ramadhan ni..


Meh tengok yang ni..






Let spread our doa' and love for him!!
Bring back his smile..~

..Wish You Know..


Silent with hope...~

Monday, August 8, 2011

..Warna-warna Cinta..

Mereka berkata
Hidup perlukan cinta
Agar sejahtera aman dan bahagia
Andai tiada atau pudar warnanya
Meranalah jiwa gelaplah dunia

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai
Jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis

Mereka berkata
Cinta itu merah
Mengalir bersama titisan yang sempurna
Cinta berharga bila sudah tiada
Menjadi sejarah yang mungkin kan di lupa

Apa warna cinta
Bila hidup sengketa
Kabur warnanya

Warna-warna cinta
Yang terlukis di hatimu
Semat pada senyuman dan tangismu
Agar mewarnai jiwamu yang tulus
Seperti sang pelangi selepas gerimis




..Tak makan Siput Sedut, PELIK tak??

adakah anda tahu apa itu siput sedut???
gedik kalau tak tahu..haha
paling pemes lagi superb siput sedut masak lemak cili api..
memang menjilat2 jari la..
Siang hari cite pasal makanan, kurang pahala puasa kang..ngeh3

sekumpulan seepoot sedut yang comel lote..

tapi sedap cam ne pun..ika takkan kisah sebab ika dah tak leh nak makan siput sedut..huhu dulu2 ika makan gak la, nak kata tak reti sedut tak de lak minta mak sedutkan..haha cumanya, makin hari keinginan untuk menyedut tu berkurang dan sekarang hilang terus..

macam2 gak kisah siput sedut ni yang ika dengar..paling melekat kisah siput ustazah ika masa sekolah dulu..biasa la kan nak masak lauk lemak cili api siput sedut, menu utama kene la ada si siput ni..nak dijadikan cerite, ustazah ika masukkan sume siput dalam besen tapi belum sampai masa nak masak lagi..bila masuk dapur nak masak, agak2 apa terjadi??dinding dapur rumah ustazah ika dipenuhi oleh siput sedut yang comel..terus cancle nak masak..pas dengar yang ni ika terus lancarkan perang damai pada siput sedut..haha

kat rumah ika sorang je kot yang tak makan si sedut ni..setelah agak lama mak tak masak siput sedut, atas permintaan ada la siput sedut ni kat rumah..petang semalam tatkala kaki melangkah masuk dapur nak siapkan juadah berbuka terasa macam tersepak batu..pelik lak la datang mana plak batu tu..bila diteliti rupa bentuknya terus meremang bula roma..tindakan paling refleks "MAK!!!!!!"ampun mak..ngeh3 terkejut sangat dah sampai tak leh nak pegang en siput tu..yang hidup dah tak leh geng, yang dalam periuk lagi la..hikhik


Pagi tadi mak masak siput sedut time sahur, ika hanya mampu melihat dan memerhati saje mereka makan..ngeh3 

ika curi Resipi Siput Sedut ni..macam sedap je..huhu



..Rindu Yang Menjengah - Al-Fatihah..

"Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup."


ika ada baca satu note kat FB, "Roh di bulan puasa", pas tu ad lak member post status dia rindu kat arwah ayah dia..bersyukur sangat bila kita masih punya mak dan ayah saat ni, masih ada tangan yang boleh disalam dan dicium..

disebalik kerinduan  mereka2 tu, ika terkesan gak la..terbit rasa rindu pada arwah datuk dan nenek..terimbau kembali kenangan2 lama..

al-Fatihah untuk mereka

  • Allahyarham Ahmad bin Abd Rahman
  • Allahyarhamah Zamnah bt Baba
  • Allahyarham Ali bin Hj Mohd Salleh
  • Allahyarhamah Rugayah bt Sapawi


Sunday, August 7, 2011

..Ku Sesali Segalanya..

One nice song!!
Ubat pada hati yang kadang leka dan lalai..~


Tidak sesukar mana untuk ku fahami
Apa yang sedang cuba disampaikan
Badai bencana yang telah menimpa diri
Apakah mungkin hadir sebuah keinsafan

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni
Dikurniakan Tuhan segala yang kuingini
Dan aku hidup leka hanyut dalam kelalaian
Sehingga semuanya hilang dan terus pergi meninggalkan

Oh Inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi
Di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli
Tidak terdaya aku menghadapi semua ini
Terasa sungguh lemah dan naif diriku ini

Seandainya bisa ku memutar kembali masa
Tidak sesekali akan ku lakukan semua itu
Menghamburkan tangis kekesalan dirasa
Oh Tuhan Kau ampunkanlah hambaMU
Ku sesali segalanya

Engkau Pengasih dan Pengampun
Akulah hambaMU yang lemah
Tunjukkan jalan hidayahMU

Friday, August 5, 2011

..Firdaus Life : Seminggu 100 Follower Kembali..

Yang betulnya nak buat benda lain, 
jalan2 cari mood jumpa segmen ni..


Kenal tak header comel ni??
Sejibik kat atas tu ha..huhu
Klik kat gambar kalau nak join k..

..Pagi Jumaat..


Siapkan anak2 buah gi sekolah pagi hari terbit rasa rindu zaman sekolah dulu..
Syukur untuk peluang kehidupan untuk terus bernafas..
Hargai setiap saat dan detik kehidupan selagi ada hayat kita..
Bersama ke arah kesempurnaan puasa Ramadhan..~


Wednesday, August 3, 2011

WW#4 : Smile




Tak perlu kata apa-apa..
Senyum =)

Tuesday, August 2, 2011

..Segmen : Happy Blogger by iMBobo..

Meh join segmen!!
Malam ni mood nak BW je, sambil2 BW jumpa segmen dari iMBobo ni..



Klik kat gambar chicken blue atas ni kalau nak join k..~

Being happy is a therapy..*pandai2 ika je =P
Chill k..hihi


Tarikh tutup:
3 Ogos
(Waktu Berbuka Puasa Esok)
*Sempat lagi ni... =)