..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Friday, July 30, 2010

..my list...

apa yang perlu ada dalam list aku??
bukan list nak beli barang keperluan ok...
ni aku buat list apa yang aku nak sangat buat 
dan sampai saat ni aku tak dapat buat lagi...haha

1. aku nak TAWAN PUNCAK GUNUNG LEDANG..
walaupun tak setinggi Gunung Kinabalu tapi frust tak hilang lagi sampai hari ni sebab dah 2x aku miss peluang nak ikut trip ledang hiking...waaaa
2. aku nak BELAJAR BERENANG sebab aku tak pandai berenang...haha
3. aku nak rasa duk kat kampung yang ada SAWAH PADI.
hari2 makan beras tapi pokok beras aku tak pernah jumpa lagi...
4. aku nak NAIK FLIGHT..
pernah berangan nak balik kampung naik flight, padahal kampung tak sampai sejengkal pun dalam peta...hoho
5. aku pernah terfikir nak buka sekolah untuk kanak-kanak
senang cakap TASKA la..kenapa?? 
sebab aku sangat suka budak-budak especially yang cute mute cam Shahrul and Alia (miss them so much la)..budak2 memang semua cute pun tapi anak2 buah aku pastinya yang paling cute di antara yang cute mute tu..hoho 
6. aku nak KAHWIN!!!
(jadi mereng jap)haha..
siapa tak nak kahwin, nak ada family sendiri, anak sendiri, rumah sendiri, masak kat dapur sendiri..
bab berangan memang aku teror..huhu

cukup dulu la...
banyak sangat kang aku gak yang susah...
t bila2 ada lagi nak tambah aku update....=P      

..for the rest of my life..



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOooo
And there's a couple words I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I
 I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself feel so strong
Everything was changed when you came along
OOoo
And theres a couple word I want to say


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
 I I`ll be there for you

I know that deep in my heart 
now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing it loud that I`ll love you eternally


For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you
loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever
 I I`ll be there for you


sing by Maher Zain 

Thursday, July 29, 2010

..1st tagged (",)..

dengan rasa terharu sangat2..huhu nak ucap ARIGATOKOZAIMAZ kat tuan yg baik hati ^MiKRo_KoKuS^ utk award yg comel ni..tengkiu tengkiu..hihi



meh nak jawab soklan2 cepu emas...huhu

Nama panggilan anda?
Nora mase zmn dulu kala,
Eika @ ika bila dah mula dewasa,
MokDE bila dah ade anak sedare...hihi


Barang yang harus ada dalam bag anda?
payung..huhu sediakn payung sblm hujan!!!

Sudah punya pacar?
no komen...=P

Panggilan anda daripada pacar anda?
tettt...

Habit anda yang paling teruk?
minta mak suap makan...hoho

Orang2 yang anda sayang?
Ika Sayang Semua... =)

Anda sayang saya tak?
Sayang sebab bagi Award comel ni...hehehe

sesi Q n A tamat di sini...
soalan2 lain simpan utk sesi akn dtg ye...huhu
Nanti takut terlebih jawab pulak hahaha!



Tuesday, July 27, 2010

..jika isteri menangis dihadapanmu..

Jika isteri menangis dihadapanmu….
HARGAILAH DIA SEBELUM TERLEWAT…

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di hadapan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu..

Dia akan menurunkan rasa EGOnya..

Wahai suami2!!!
Jika seorang isteri pernah menangis kerenamu, pegang tangannya dengan penuh pengertian..
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam..
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya.. 

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya..
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu..

Lihatlah jauh kedalam matanya..
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?


"Apakah keistimewaan perempuan ini?
Di sebalik KELEMBUTANYA, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN..
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..
Bahawa
“Betapa BERHARGAnya dia..”



Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mrk begitu berHARGA…
Dan sangat berHARGA!!





--> member tag ika kat note ni dalam facebook..walaupun ika belum bergelar isteri, note ni sgt best utk dikongsi...~ =)

Sunday, July 25, 2010

..pantun JEPUN versi Mat Senyum..

Pulau Hokkaido jauh ke tengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua..



Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro..



Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan..



Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu..



Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler..



Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih..



Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser

'Fire' diberi pada raksaser..




ehemm ehemm... camne rasa
membazir tak masa??huhu


--> siapakah Mat Senyum?aku sendiri tak ketahuan..hihi



mungkinkah si dia ni??huhu




senyum selalu k =)

Monday, July 19, 2010

..bunga KANTAN vs bunga LAWANG..


aku buat lawak tak tepu hari ni..lawak ke??agaknya la..hoho alkisah bermula..balik dari kelas, sampai depan pintu bilik 15 minit masuk kul 6..duk cari kunci dalam beg nak buka pintu, dengan tiba2 pintu pun terbuka..jeng3..roomate aku yg baik hati tercongok depan pintu sambut kepulangan aku...ahaha

masuk bilik cari katil jap..penat 0oo kelas sampai petang...huhu apa bekal dinner hari ni??cukup la beli bihun sup buat buka puasa..on diet maa..haha

tengah berangan2 mat jenin tiba2 roomate aku tanya.. 


"org johor buat kuah laksa pakai apa??apa beza dengan laksa utara??"


duk!!!apakah soalan itu???aku asah pale otak jap cari jawapan tp tak jumpa..haha.. bukan sebab aku tak reti masak k (tak reti masak laksa ye..haha), sebab kat rumah memang tak ingat mak pernah masak laksa..(back up diri sendiri baik punye..haha) dah memang isi rumah tak de yg minat laksa la.kalau nak makan pun bila nampak ada jual kat pasar malam je aku beli..kalau mee bandung muar ke, bihun singapore ke, lempeng kembung ke aku ada la resipinya..huhu

hari ni tak tau la kenapa soalan pasal laksa jadi femes sangat..tengahari tadi ada sorang member aku boleh tanya..


" kenapa laksa johor masak pakai spaghetti?? "


aku pun tertanya2..ye ke??sorry la en.laksa ye..hehe yg betulnya aku memang tak tau apa beza laksa johor dengan laksa utara..(pengakuan jujur ni..hoho) hasil drpd research yg aku buat atas bantuan pak cik google, baru la aku nampak tang mana beza laksa utara dgn laksa johor..bila compare gambar tak banyak beza, yg bezanya tang ingredient dia..tengok sendiri la ye..





cam hilang plak dah cite lawak aku...
berbalik kepada cite sebenar..
tp memang ada kaitan pun laksa dgn cite aku ni...huhu

time otak tengah serabut fikir kes laksa ni, tiba2 hp aku bunyi..bip!!1 message received..(hp aku 24hr pakai silent zone k..huhu) bila buka baca, last ayat dalam msg tu tanya cam ni 


" ...........bunga lawang rupa dia cam ne??


bunga lawang??pikir jap..dan dengan yakinnya aku reply message member aku (siapa dia biarlah rahsia..hehe) tulis cam ni.. 


"......bunga lawang org buat msk laksa yg warna pink tu.


message sent..BUNGA LAWANG??oiii..ibaratkan cam orang baru sedar dr mimpi ngeri...haha time tu gak message masuk lagi.. 


"yg tu bkn bnga kantan ke??"


adoii..kene lg sebiji..duk!!ambik ko ka...haha penangan laksa memang hebat la..nasib baik member aku yg tanya.kalau bakal mak mertua??tak ke fail terus nanti..huhu

BUNGA LAWANG dgn BUNGA KANTAN jauh beza k..


yang ni BUNGA LAWANG


yang ni BUNGA KANTAN...

Sunday, July 18, 2010

..until the end..



"nothing is really over until you stop trying......~"

Thursday, July 15, 2010

..durian 0oo durian..

duk asah2 otak, baru aku ingat aku tak update lagi to be continued [report tak rasmi] aku ni..huhu apa cerita minggu last cuti??oleh sebab 2 minggu cuti sebelumnya aku jadi anak mak yg paling baik duk melekat kat dalam kampung je, last week tu ada gak niat jahat nak gi merayap..hoho roger2 geng2 K.A.M.I, planning nak jumpa tp last2 aku tetap gak jadi anak dara mak yg paling baik..haha [rindu korang la =( ]

dah tu apa kaitan durian dengan aku??nak dijadikan cite, minggu last tu minggu aku bersama durian..ahaha aku ni nak kata hantu durian jauh sama skali..dulu kecik2 ada la kot..tu pun sebab excited dengar bunyi buah durian gugur belakang rumah..huhu


SITUASI
isnin petang ayah bawa balik 1 baldi besar penuh dengan durian..
selasa pagi mak angkat aku hantar 1 plastik besar durian..
selasa petang ada sorang pak cik kat kejiranan hantar durian 1 plastik besar ala2 beg guni..
rabu tak de delivery..
khamis petang mak agkat aku hantar lagi 1 baldi besar durian..
jumaat delivery stop suda..

bangun tidur bau durian,masuk dapur nampak durian.bila dah selalu bertentang mata dengan en.durian [nak cakap rajin masuk dapur la konon2nya..haha] terdetiklah something..huhu tak pasal2 aku jatuh hati kat durian.huhu..memang betul la pepatah melayu "dari mata jatuh ke hati"..huhu dah jatuh hati apa lagi..yg paling susah aku sendiri nak percaya, tak de geng pun aku boleh duk ngadap durian sorang2.sah2 rosak diet aku time cuti hari tu.balik kampus nak tunjuk muka cute, tp yg jadinya extra cute..haha


gi minta kat pak cik google gambar durian, dapat gambar durian merah ni..
kejakunan terlihat sebab 1st time tau ada durian merah..hoho

* tak caye??buat2 caye je la aku ni memang cute...huhu

^moral of the story^
----> sangat bangga jadi orang kampung sebab boleh dapat durian free..hihi nak cari durian kat bandar, mahal 1 hal, tu belum tentu boleh dapat yg kaw2 punya..huhu

Wednesday, July 14, 2010

..too tired to cry..




bila minda ligat berfikir..
bila hati mula merintih..
bila segalanya diukur ditafsir..
lukisan kehidupan yg telah terpalit..
hitam malap atau putih bersih??
arah jalan mana yg dipilih??

sekarang bukan masa menyerah kalah..
bukan juga masa pasrah berserah..
hapuskan air mata peneman setia..
 segunung harapan yg kian pudar..
gilapkan dengan segenggam semangat yg membara..
bajai dengan azam dan tekad yg padu..

ikhlaskan hatimu dengan segala ketentuanNYA....~

Monday, July 12, 2010

..dari BUKIT JALIL ke UIA..

selamat sudah kembali menjejakkan kaki di bumi gombak..huhu
kembali kepada kehidupan sebenar yg belum aku capai kemuncaknya..
malam yg suram sebelum muncul hari 1st semester baru..
semangat ika semangat..
chaiyok!!aja..aja..fighting!!!

something tak best jadi hari ni, tp tak nak sedih2 la..
yg tu aku story len kali la..
kali ni aku nk share sikit info..
(yg betulnya aku nak menambah ke"expert"an aku sendiri..hihihi)

sejak hentian puduraya kena tutup utk peng"upgrade"an, aku ni antara yg kena tempias gak la sebab aku ni "muka pudu" kalau nak balik kampung..pak cik drebar bus la yg selalu tolong hantar aku balik kampung..huhu masa mula2 puduraya tutup, konon2nya pindah kat Stesen Bus Hang Tuah..tp tup2 kene pindah Bukit Jalil..adoyai la...sebelum ni aku bernasib baik je terselamat nak kene turun bukit jalil bila time cuti raya puasa..tp sekarang ni kire raya ke tak, kene selamatkan diri sendiri drpd ulat-ulat yg membiak dengan berjaya..hoho bila dah pindah Bukit Jalil, orang stesen Hang Tuah bising lak sebab tak laku..jadinya Stesen Hang Tuah sekarang khas utk trip [KL--->TANJUNG MALIM] & [KL--->SEREMBAN]

sebelum ni, nak balik kampung direct je 1 bus sampai pudu..
sekarang fikir nak turun Bukit Jalil dah buat kepala serabut..
penyakit "sakit rumah" yg meronta2 nak kena dapatkan penawar pun jadi terbantut je..haha

ni aku sediakan beberapa option yg boleh dipertimbangkan untuk trip BUKIT JALIL-->UIA (oleh sebab aku student UIA la..huhu) 




Option 1
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Masjid Jamek [RM1.90]
(LRT PUTRA) Masjed Jamek ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 2
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Bandaraya (SOGO) [RM1.90]
(METROBUS 91) SOGO ---> UIA Gombak [RM2.50]

Option 3
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Tasik Selatan [RM]
(KOMUTER) Tasik Selatan ---> KL Sentral [RM]
(LRT PUTRA) KL Sentral ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 4
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Hang Tuah [RM1.90]
(MONORAIL) Hang Tuah ---> KL Sentral []
(LRT PUTRA) KL Sentral ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 5 nek transpot sendiri..huhu
aku tak jumpa lagi la, jumpa kang aku update..
bila dah terbiasa guna public transpot ni aku dapat rasa advantagenya bila aku kurang masalah nak tahu mana aku nak gi, yg mana 1 nak kena naik..
apa pun kita tak boleh malu bertanya..
ikut suka sendiri, sendiri tanggung la kalau tak sampai tempat yg di tuju..huhu

* ad yg lopong lagi info aku bagi tu.t aku update la yek..hihi