..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Friday, July 9, 2010

..mengubat jiwa lara..




Tiada seorang pun yang terlepas dari rasa duka lara biarpun hanya seketika.  Setiap yang dinamakan makhluk pasti akan merasa perasaan ini dalam sepanjang laluan kehidupannya.  Samada ia sekejap atau lama… hanya itu yang membezakan dari seorang individu ke individu yang lain.  “Hidup ini tidak ubah seperti putaran roda” kata orang, ada kala di atas ada kala di bawah.  Namun satu perkara yang kita juga kurang memberi tumpuan adalah perasaan kita.  Perasaan kita juga saling tidak tumpah seperti roda.  Makanya kita sebenarnya mempunyai dua roda dalam kehidupan.  Satu roda kehidupan yang dapat kita lihat dengan mata kasar dan satu lagi roda perasaan yang hanya kita ketahui tanpa ada yang menyedari.  Kita mungkin mudah mendapatkan bantuan fizikal apabila duduk di roda kehidupan yang terendah kerana ramai yang mungkin kasihan melihat keadaan kita tetapi kita begitu sukar mendapatkan bantuan jiwa jika roda perasaan yang berputar di bawah kerana tiada siapa yang dapat merasakan apa yang kita rasakan.  Putaran arah kedua-dua roda ini mungkin sama dan mungkin tidak sama bahkan sering berlaku putaran roda kehidupan lebih perlahan perubahannya dari putaran roda perasaan.
Secara fizikalnya kita mungkin mempunyai banyak wang tetapi secara perasaannya kita mungkin sedang berduka.  Kedukaan dalaman ini tidak mampu dirasai oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.  Kita mungkin bercakap yang kita berduka tanpa menyedari orang lain juga sedang berduka.  Itulah yang dikatakan jiwa lara.  Jiwa lara adalah satu bentuk kesedihan tanpa ekpresi yang tidak dapat diolah dengan kata-kata melainkan dengan keluhan.  Jiwa lara adalah satu dari penyakit yang memberi kemudaratan secara jangkamasa panjang.  Adakalanya dalam mengharungi keadaan jiwa lara ini kita tidak tahu kepada siapa harus kita luahkan.  Jika kita duduk dalam keadaan jiwa lara, ubat paling bagus adalah meluahkan apa yang terbuku di hati.  Luahan itu akan dapat menyembuhkan jiwa lara biarpun anda kurang mempercayainya.  Namun mengapa kadangkala luahan kita menyebabkan kita lebih berduka dari ceria.  Saya banyak bertemu kes-kes jiwa lara dan ada diantaranya sudah menampakkan kesan negatif yang jelas dalam kehidupan.  Jiwa lara tidak boleh dipendam tetapi harus diingat jiwa lara juga tidak boleh diluahkan bukan kepada ahlinya.  Jika ianya diluahkan bukan kepada ahlinya, kemungkinan untuk perkara itu diketahui orang adalah cukup besar kerana mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia biar kecil susah untuk diam.  Apabila masalah anda tersebar, jiwa yang lara akan bertambah lara kerana mungkin timbul geram dan mungkin juga timbul rasa segan.  Pendengar yang baik tidak akan mendedahkan rahsia yang membuatkan jiwa anda lara bahkan penyelesaian yang sesuai dengan anda akan diberikan.  Jika punca jiwa lara diceritakan pada bukan ahlinya, kemungkinan untuk mendapat penyelasaian yang tidak tepat akan ada dan seandainya penyelesaian ini yang anda ambil maka bertambah lah lara yang ada.
Hanya ada satu ahli sahaja untuk penyembuhan jiwa lara.  Jika anda adukan jiwa lara yang anda alami nescaya hilang lah lara terbitlah ceria.  Dalam keadaan jiwa lara hanya ada Allah swt untuk kita mengadu dengan sepenuh hati.  Indahnya mengadu dengan Allah swt. Pertama kita tidak perlu takut akan kebocoran rahsia.  Rahsia anda pasti terjamin kerana Allah swt tidak akan mengaibkan sesiapa yang berkehendak kepadaNya.  Keduanya, anda tidak pula perlu menyusun ayat untuk difahami sebagaimana anda perlu mengadu kepada manusia.  Mengadu kepada manusia perluka susunan ayat yang betul kerana jika tidak membawa salah tafsiran.  Mengadu kepada Allah swt cukup dengan kata hati walaupun dengan ayat yang tidak tersusun.  Mengadu dengan manusia perlukan masa tertentu kerana mereka mungkin mempunyai masalah lain yang belum mereka atasi tetapi mengadu kepada Allah swt tidak kira waktu kerana Allah swt tidak pernah tidur jauh sekali lalai dalam mendengar keluh kesah hambaNya.  Mengadu kepada manusia berulangkali hanya mendatangkan kebosanan pada pendengar dan anda dilihat sebagai manusia bermasalah yang lemah dalam menangani hidup tetapi hebatnya mengadu kepada Allah swt, tiada istilah bosan kerana Allah swt suka hambaNya mengadu kepadaNya.  Mengadu kepada manusia mungkin luahan kita didengar tetapi tidak dibantu namun mengadu kepada Allah swt tidak pernah tertolak permohonan bantuan yang diminta.
Apa yang selalu berlaku adalah apabila kita berada dalam keadaan jiwa lara, kita mungkin lebih suka mendengar lagu-lagu sedih untuk mengimbau kenangan atau menonton cerita sedih yang mungkin sama jalan ceritanya dengan laluan kehidupan.  Apabila kita melakukan hal sedemikian sebenarnya jiwa yang lara tidak mampu pulih bahkan ianya akan tersemat menjadi satu memori dalam kotak minda yang akan diingati hingga bila-bila.  Penyembuhan singkat jiwa lara hanya berlaku apabila kita menjauhi elemen-elemen sedih yang dapat dilihat, didengar atau dirasa.  Tambah hebat lagi apabila kita meluahkan apa yang dirasa tanpa henti kepada Allah swt.  Kita perlu mengalih pengaduan kita hanya kepada Allah swt kerana hanya Dia pengubat luka terbaik, hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu seperti mana yang dikatakan dalam An-Nahl: 53“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”  Biar kita letih mengadu, jangan putus asa kerana aduan kita bukan sahaja didengar tetapi luahan itu akan cepat mencernakan kedukaaan hati.  Jiwa lara juga adalah satu penyakit perasaan yang cukup bahaya hingga ia mampu mengganggu ibadah yang lainnya.  Apabila kita meluahkan perasaan kepada Allah swt maka jiwa kita akan tenang dan tenteram kerana luahan itu juga satu bentuk mengingati Allah swt.  Jika ada yang bertanya apakah ubat jiwa lara, katakanlah… ubatnya cukup mudah, tidak langsung membebankan; luahkanlah perasaan kepada Allah swt sejujur-jujurnya kerana kita tidak mampu menipuNya walau sesaat.  Keduanya, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran kerana ianya adalah kalamullah yang sentiasa memberi kesejukan hati dan sentiasa memberi penawar sengsara.  Orang yang kuat pasti akan mampu membaca hingga 100 ayat.  Justeru yang dikatakan kuat itu bukan orang boleh mematahkan besi melainkan kuat jiwanya.  Apabila kita kuat jiwa, setiap titik duka akan berubah menjadi cahaya hati yang dapat memberi inspirasi hidup yang lebih terang tanpa ada yang tersembunyi.  Mudah bukan mengubat jiwa lara… hanya perlu kembali kepadaNya tanpa ragu.

something yg best utk dikongsi bila baca artikel ni                             ---> http://aku-ok.com/blog/

No comments: