..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Thursday, March 29, 2012

I.S.T.I.Q.A.M.A.H.


Ia kadangkala sukar, namun berusahalah..!

Hidupkan hati dengan kasih sayangNYA..~ 

Hari Ini Dan Semalam

[ semalam > baik drpd hari ini ] ---> hidup celaka
[ semalam = hari ini ] ---> hidup sia-sia
[ hari ini > baik drpd semalam ] ---> hidup berjaya

jika dia tak tahu,
dan dia tak tahu,
yang dia tak tahu,
dia adalah BODOH!!
elakkan dia..

dia yang tak tahu,
tetapi dia tahu,
yang dia tak tahu,
dia adalah JAHIL!!
ajarlah dia..

dia yang tahu,
tetapi dia tak tahu,
yang dia tahu,
dia sedang TERTIDUR!!
bangunkan dia..





Wednesday, March 28, 2012

Muda Sebelum Tua VS Muda Tanpa Peluang Jadi Tua

Kopipasta1
Usia muda adalah anak tangga pertama bagi kematangan dalam pendakian kehidupan.


Daripada Abdullah bin Masud R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak berganjak telapak kaki anak Adam di hadapan Tuhannya pada hari akhirat sehingga ditanyakan lima perkara; tentang waktu belianya ke mana dihabiskan, tentang umurnya ke mana diluputkan, tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan dan apa yang diamalkan dengan ilmunya." (Riwayat al-Bazzar) 


[R&R Di Lebuh Raya Kehidupan]


Kopipasta2
Jodoh dengan pasangan impian belum tentu datang. Tapi jodoh dengan kematian, kubur, akhirat dan Tuhan itu pasti akan datang walau tidak diundang. Tak kira kau setuju atau kau enggan, itu janji Tuhan. Kita sibuk bercakap tentang "kahwin di usia muda", namun kita mungkin terlupa pada "KEMATIAN DI USIA MUDA."








Notakaki
* Dalam melalui fasa kehidupan, kita sentiasa perlukan perancangan dan peringatan. Namun adimpian dan ada harapan yang tak perlu dikhabarkan kepada orang lain, cukuplah hanya DIA yang tahu..~




WW#16 Warna-Warni Kehidupan


Rumah sendiri nanti nak kaler cam ni.. =D

Wednesday, March 21, 2012

WW#15 Tolong Ingatkan Aku

'I Pray' is better than 'I Wish'

Lets pray to HIM. DIA tempat sebaik2 untuk meminta.. 

Tapi..

Ingat apa MAK pesan..

TUHAN tu Maha Kaya, Maha Pemurah. DIA akan bagi apa yang kita minta, cuma cepat atau lambat. Kita jangan lupa, semua yang kita ada milik DIA, yang kita punya cuma DOSA. Bila dah duk atas jangan pentingkan diri sendiri, hormati orang bawah. Semua harta, pangkat, kuasa, malah nyawa dan kasih sayang dalam dunia ni TUHAN yang punya. DIA boleh ambil balik bila2 masa. Ingat tu..

Permudahkan segala urusan kami TUHAN..

 Cinta tidak selalunya datang bersama jodoh, tapi jodoh pasti datang bersama dengan cinta..

*Tolong ingatkan aku!!



Lari tema WW.. O_o


Tuesday, March 20, 2012

Missing In Action : Kena BUANG universiti

Mood sedih sedang berleluasa..Perlukah?? Perlu kalau ikut tema tittle entri ni.. Tapi yang betulnya air mata sedih dan gembira mengalir seiring.. =)

Ini ceritera minggu lepas. Entri dah mula jarang2 dan rasanya akan lebih kerap jarang nak update pas ni..

Reflection of life. Biasa buat by day tapi ni ika sum up seminggu lalu punye kisah. =) 

Kita selalu harapkan hari ini akan jadi lebih baik dari semalam tapi tiada yang indah selamanya. Semakin DIA sayang kita, semakin DIA duga tinggi mana kasih kita.

-------------------------------------------------------------

Minggu lepas kembali naik bus ke KL, Gombak yang spesifiknya. Nak uruskan apa yang masih belum selesai, langsaikan segala hutang piutang yang masih tergendala. Dalam nak melancarkan urusan tu ada gak kecacatan yang timbul. Dan bila kembali muhasabah diri untuk sepanjang seminggu yang berlalu, 2 pengajaran penting ika ajar pada diri sendiri..

HUKUM KARMA TUHAN
Tuhan Maha Adil. DIA hadiahkan ganjaran untuk setiap kebaikan dan DIA datangkan balasan untuk setiap keburukan. Kadang kita tak de niat nak buat benda buruk tu. Tapi bila dah buat, even TERbuat tanpa sengaja, menyesal pun tak guna. Kadang benda yang buruk tu nampak kecik je, tapi kecik atau besar tetap akan ada balasannya.

EXPECT THE UNEXPECTED
Always be prepared with Plan B. Kadang apa yang kita rancang tak semuanya ikut macam yang kita nak, rasanya selalu kan. Lagi2 bila sesuatu perkara tu kita tak pasti. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan bekal sebelum lapar, sediakan duit lebih dalam poket sebelum kena cas lebih =P Pejam mata je hulur duit time tu.. -_-


Ni ha sebab ika kena BUANG. nak tuntut dia ni ika kena makesure name ika kena CLEAR dan diBUANG. Dalam sedih tetap ada gembira. Alhamdulillah =) 

--------------------------------------------

Untuk sesuatu perkara yang kita suka, kita akan berusaha untuk cari jalan. Dan alasan demi alasan akan kita cipta untuk perkara sebaliknya. Realiti kehidupan, perkara yang membuat kita berdiri teguh dan jatuh sentiasa ada dekat dengan kita. 

SAYA SAYANG MAK SAYA!!! SAYANG SANGAT!!

Mungkin akan hilang lagi untuk minggu seterusnya. Next entri pun tak tau bila akan terbit.hoho Gonna have a long journey.
[ Johor-KL-Kelantan]
Lame dah plan nak jejak sana tapi tak kesampaian, InsyaALLAH plan kali ni jadi. Pray for me k. t ika belikan oley2 ek..hikhik

..Kenal Diri Sendiri Sebelum Kenal Orang Lain..

Kadang2 "kita lebih kenal orang lain dari diri kita sendiri sebab kite lebih suke amik tau hal orang lain"..perlu gak sikap jaga tepi kain orang lain ni tp bkn pd semua perkare, ad gak batasnye..bile kite tunding jari telunjuk kite yg runcing tu kt org len, kite sdar tak jari2 len yg kite simpan tu menunding pd dr kite sndr..

tak nak celoteh panjang pasal ni pun...huhu bile pk2 sejauh mane kenal diri sendiri, tengok balik pd diri sendiri, meh kite korek jom..huhu

ika buat entri menggedix kali ni..ahaha drpd sibuk korek rahsia orang baik kite korek rahsia sendiri kan..cermin diri sendiri, tunding jari pd diri sendiri, ukur baju kat badan sendiri n jaga tepi kain sendiri..


1. Nama penuh saya mengikut identity card dan surat beranak ialah Noor Atika bte Mohd Azali [skema tetibe]..tak panjang tak pendek, suam2 sedang..huhu gi google maksud nama jumpa la ni [pemurah, berani, bersih, yang murni] alhamdulillah elok je maksudnya...dari kecik mcm2 name samaran aku dapat, nora, joy a.k.a. joyah kepoh (zaman kanak2 la paling best!!!!!), bile dah beso sikit kat sekolah orang panggil tika, eika, ika dan yg paling femes kini MOKDE....huhu

2. No ic 880602-01-****, no surat beranak tibe2 lupe buat mase ni.bengong jap..hukhuk

3. Anak no.3 dr 5 orang, 4 pompuan sorang je hero..kakak2 dah selamat naik pelamin, ikut turn aku la pas ni kan..dush2...haha

4. Fanatik sayur especially kacang panjang n kacang botol tp tak makan kacang buncis..

5. Mudah tertarik dgn warna hitam..kasut, beg, payung sume nak hitam..hitam itu menawan...huahua

6. Elergik seafood tp selalu bantai gak..bukti sahih diri ini seorang yg degil..kuikui

7. Anak dah 5...anak tekak, anak mata + 3 buah ht pengarang jantung budak kentut kat rumah..coming soon tambah lagi 2 tahun depan insyaAllah...

8. Anak mak yg diakui manja tp sangat berdikari..kuikui tak caye cube try test tanye kat mak..nk no tepon rumah sila2 la cari kat buku tepon yg tebal tu kalau jumpa..hoho

9. Seorang yg sangat sensitip pd dasar hatinye [cewahhh!!!!!], mudah terase tp mudah gak nak bagi jadi ok...hihi

10. Sangat suka budak2, pernah keje kat sekolah budak2 dan yg paling pasti mokde yg sangat disayangi..haha tangan mokde gak la yg cuci berak kencing diorang, yg mandikan diorang, yg tolong jage mama n umi diorang masa dalam pantang, akulah bidan junior..huhu k.long tanye dah cuti tak time die due bulan 1 nanti =P

11. Bile balik cuti kat rumah jd agak malas nak masak sebab sangat2 mengharapkan dapat makan masakan mak,tp saya tetap pandai masak ye..haha lempeng kembung mak paling femes kat rumah n jadi pilihan utama selalunya, tak jumpa tempat lain ni...huhu banyak2 lauk yg boleh di kira expert aku suka masak asam pedas, mak dah bagi A+ ,dah boleh kawen dah...haha lauk feberet kat rumah yg paling simple, sayur bayam masak bening + ikan kering + sambal totok...waaaa, teringin plak la...adei!!!

12. Pernah jatuh tingkap masa kecik2 dulu sampai jadi lembik, pernah gak eksiden kene kaca kat leher..alhamdulillah sihat walafiat n dipanjangkan umur sampai ke hari ini..

13. Dalam sejarah dah 2X kene gigit lipan, kaki yg sama gak tu..rasa die memang best la....huhu

14. Ika ni seorang yg agak berat mulut nak bercakap tp sangat ringan bibir nak senyum..hihi cukuplah kite lemparkan senyuman ikhlas sbg sedekah..tp part yg berat mulut tu selalu jd sebab kene marah n mungkin buat orang naik angin..ika memang susah nak bercerita tp lebih suke mendengar cerite. cerita ika biarlah jadi milik ika sendiri, as long ika masih boleh senyum ika ok la tu =) baik kite diam dr cakap benda yg tak berfaedah kan..tp jangan la berat mulut sangat, just bercakap bile perlu je..

15. Lebih suka jalan kaki g kelas dr nek bus..walaupun setiap sem bayar duit tambang bus, baik jalan kaki je dapat gak exercise...huhu

16. Anak mata saye warna coklat [poyo kat sini]..haha

17. Ika sambut besday 2X setiap tahun..malas nak cakap banyak, baca yg ni..huhu

18. Sangat suka main air, tp tak tau berenang..

19. Dulu kecik2 manja dengan ayah tp dah besau ni jadi anak manja mak..so I am my mom's daughter..hihi

20. buat masa sekarang ni sangat setia dengan tudung bawal..pernah try gak la selendang tp memang tak menepati citarasa pun..yg lain2 tu shawl ke, tudung ekin ke, tudung siti ke memang tak reti la nak pakai...huhu


banyak dah tu, cukup dulu la...
kang over plak nak list banyak2...haha
terima kasih kerana sudi membaca ye...
tepuk tangan utk diri sendiri......hehe

Etika Tidur : Tidur pun 1 Amalan

Selamat Malam Bintang-Bintang =)

Sumber FB

Thursday, March 15, 2012

Update Special Atas Gerabak

Missing me?? Bajet retisss nak ada yang rindu. hoho sekarang ada atas gerabak ketapi nak balik selatan. seminggu tak update, macam pelik plak. kalau tak ada je kang yang ika merapu.huhu 

KTMB Senandung Sutera 
KL-Kulai

kul 11.00pm tadi gerak, kalau ikut tket sampai dalam kul 5.00am nanti. ada yang nak jemput ika ke?? hoho

entri first atas gerabak, tak jejak di bumi yang nyata. ni je yang specialnye..huahua doakan perjalanan ika selamat k =)

jom tido..kikiki

Wednesday, March 7, 2012

WW#14 Test itu Ujian


[ Senyum + Syukur + Sabar + Redha ]

The moment we understand that ALLAH's decisions are always in our best interests, life's journey becomes easier.

Tuesday, March 6, 2012

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

Takkan jumpa resepi kuih kat sini, harap maklum. =) Pernah dengar tak peribahasa ni? Ikut Uncle G punya maksud "bagaimana contoh begitulah gubahannya". Peribahasa ni lebih kurang sama maksud dan seangkatan cam "Bapak borek anak rintik" dan "Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". ok dah, bukan nak buka kelas bahasa malaysia hari ni..=D dah bertahun tinggalkan subjek sastera tak tau dah nak guna metafora ke parabola ke melankolik dalam tulisan.huhu

Bila dah semakin meningkat usia, kena jadi lebih matang, makin banyak perkara yang lebih serius datang dalam kepala. salah satunya cam tajuk tu la. cam ne nak jadi acuan yang baik?


Ika bukan pakar dan mungkin masih awal nak fikir, jauh lagi nak punya anak sendiri, tapi mungkin punya sikit pengalaman dari hari2 yang dilalui. bagi ika yang paling penting sekali adalah didikan pertama di kala anak kecil kita baru nak belajar kenal dunia. macam nak buat kueh gak, bahan2 asas kena betul kalau tak nanti mesti tak jadi, kalau jadi pun tak sempurna. tul tak?

Kalau nak bercakap pasal pengalaman dan realiti hidup masa kini, serius ika takut. takut bila fikir bila sampai masa ika galas tanggungjawab nak mendidik anak sendiri. mampukah?bersediakah?

Jangan mudah tunding jari pada orang lain. kadang kita tak sedar satu jari tunding orang lain, yang lagi empat balik kat diri kita sendiri. nak cakap benda ni sensitif, hakikatnya memang ada segelintir ibubapa yang tak boleh nak terima silap sendiri ataupun teguran yang diberi jauh sekali nak bertolak ansur. punya master dalam pendidikan awal kanak2 belum tentu menjamin diri tu boleh beri didikan terbaik pada si anak...~


Harap dapat jadi petani terbaik untuk taman yang bakal dibina supaya dapat membuahkan benih-benih yang berkualiti.InsyaAllah..~

Thanks for reading, correct me if I am wrong.

Pelamin Putih Idaman Kalbu

Pakai mak andam mana nanti ka??
Nak buat pelamin cam ne?
Tema kaler ape nanti?

NTAH!!
boleh tak nak jawab cam tu?? macam tak nak kawen je gayenye..huhuhu
Tarikh pun tak de lagi,relax dulu.. bagi yang dah sampai waktu sibuk2 dulu..waktu ika belum lagi =)
memang tak buat apa2 pun lagi, eberiting masih dalam kepala je..
kaler tema pun tak pilih lagi..

setiap orang ada impian perkahwinan masing2 kan.bagi ika cukuplah dapat buat majlis sederhana dan semua orang gembira sama.tak pernah pasang angan2 nak buat yang lain dari biasa.

malas nak celoteh panjang. 
nak kata tak de fikir langsung tu tipu la, ada la study sikit2.. =D


1#
Jatuh hati tengok yang ni..
Sweet and nice je kan..
sejuk mata tengok putih je..toink3

2#
Yang ni macam pakai space banyak..
tapi ok gak la kan..

3#
Yang ni pun suwiitttt je.. =D

4#
Yang ni pun comel gak!!..
tapi bunga nak putih sume..huhuhu

5#
Yang ni ok gak la..
lelangit tu buat macam nampak lain sikit.

Yang ni kalau ika anak dato' baru ika suka..haha
Grand sangat..hukhuk

Mana 1 yang paling comel untuk ika??tolong pilih pat. undian tertinggi ika pilih buat pelamin majlis ika nanti..toink3 =P

Saturday, March 3, 2012

Dari DIA Kita Datang dan KepadaNYA Jua Kita Kembali

Al-Fatihah buat Allahyarham Nurul Erieza Sulaiman
(1990-2012)

Harian Metro Jumaat 02Mac2012

Kalau ikut kebiasaan ika selalu bila keluar mesti cari paper, tapi hari ni lalu tengok sekali imbas je berita muka depan. Bila balik rumah nampak ada adik junior kat sekolah share 1 link berita, bila baca memang agak terkejut dengan berita ni.

Hati kita akan terkesan dengan apa juga berita mengenai orang yang pernah cuit hati kita..betul tak??

Walau mungkin sikit kenangan yang ada, tapi arwah ada tempat istimewa tersendiri pada ika. Biarkan kisah kita jadi milik kita. Moga tenang dirimu di sana Dik..


Satu dugaan kecik datang hari ni sampai ika kena gi gak klinik.
Peringatan DIA sentiasa ada kat sekeliling kita..~