..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, June 30, 2010

..yang telah berlalu..

hari ni hari mengimbau sejarah..
rasa nak menitis air mata aku hari ni.. ='(

awal pagi tadi gi hantar mak amik report kad adik kat sekolah..
sekolah tu merangkap sekolah aku gak dulu..
masuk pintu pagar sekolah automatik aku ingat balik waktu aku jadi budak sekolah dulu..
tempat yang memberi kita terlalu banyak kenangan..
mana mungkin kita dapat lupa..
banyak sangat la..
kalau lalu depan sekolah pun boleh ingat dah..
dulu petang2 tolong ustaz Ramli cat pagar batu depan sekolah tu..
ingat gak gi siram pokok buah keliling sekolah..
masing2 ada anak pokok,kene jage cam anak sendiri..huhu
besar dah pokok2 tu..
dah ada hasil pun..

janji dengan ain nak jumpa kat sekolah..
dan kebetulan gak arny sekarang bergelar cikgu kat situ..
kawan aku sekarang dah bergelar cikgu pada adik aku n adik ain gak..
nak tergelak je bila ingat dia cerita bila adik2 kawan dia tegur..huhu

sementara tunggu ain sampai aku duk lepak kat depan koperasi..
bila teliti kawasan sekeliling..
terlalu banyak yg dah berubah..
zaman aku dulu tak wujud pun tempat duduk nak rehat2 kat situ..
yg ada gelanggang pasir tempat selalunya cikgu2 n budak2 yg rajin bersukan main pentanque [aku tak reti nak eja n aku suka tengok orang main je..haha]
gelanggang tu pun hilang dah..
dah tukar jadi galeri membaca siap ada bumbung, ada pokok bunga keliling..
memang jauh cantik la nak banding dulu2..
tu baru kat depan koperasi..
belum lagi gi pusing melawat keliling sekolah..

lagi 1 yg buat aku ingat cite dolu2 bile aku rasa aku langsung tak dikenali hari ni..
bila dah aku diorang tak kenal, aku lagi la tak kenal diorang..haha
aku ni tak de la femes sefemes best atlet kat sekolah dulu..
tp bila ingat balik, aku ni antara kakak senior yg disayangi la time duk hostel dulu..[angkat bakul sendiri ni..haha]
lagi2 time form 5..
nama "kak tika azali" memang akan selalu didengari..
bila terserempak dengan budak2 pakai baju kuning mesti ada yg tegur..
ni bukan cite tipu k..haha

seriously, rindu sangat nak balik time jadi budak sekolah..
waktu aku hanya seorang pelajar yg naif..
waktu aku jadi adik yg paling muda dalam kelas..
waktu hati aku suci bersih dari segala titik hitam kehidupan..
aku terima bekalan ilmu yg sangat2 cukup untuk aku jadikan pedoman..
tp kerana kelemahan aku sendiri, hati aku mula hitam waktu aku melangkah ke satu tahap kehidupan yg lebih dewasa..
kehidupan sebenar yg bergantung kepada diri kita sendiri..
tapi segala pengalaman hidup pasti akan membuat kita belajar dan mengajar untuk menjadi lebih dewasa..

dapat lepak jap dengan diorang sambil duk ngeteh kat kantin sekolah..
teh ais masih lg RM1 ye..haha
cam xcaye je..
ikut rate budak sekolah la kan..
kat cafe kolej mane nak dapat..huhu
arny dah tak boleh duk diam..
kalau boleh aku n ain nak tahan dia tak bagi nek kelas..
tp kesian plak kat cikgu baru tu..huhu
ain plak nak kene balik kl dah tghr ni..
tu yg deal jumpa kat sekolah je pagi ni..
peluang tu je yg ada..
ada gak alasan nak datang balik kat sekolah..
tp iezan gak tak dapat turun..
dah memang free tu, aku tolong hantar ain nek bus kat machap..
duk ber2 tu pun macam2 yg kitorang share..
masing2 rindu nak ada masa free cam zaman sekolah dulu..
sama2 dapat habiskan masa..
paling tak dapat lupa masa gi picnic ber4 kat gunung belumut..


tak tau bila nak dapat lagi peluang cam ni..



apa pun yg dah terjadi mustahil kita dapat kembalikan waktu yg telah berlalu..
peluang hidup yg masih ada perlu diteruskan dan dimanfaatkan..
belajar dr kesilapan yg ada dan sentiasa berusaha utk memperbaiki diri..
tiada yg sempurna tp tak salah kalau kita berusaha untuk ke arah itu..~

Monday, June 28, 2010

..hanya padaNYA..


"Mengadu pada manusia perlukan susun kata yang sempurna, 
mengadu kepadaNYA cukup dengan apa yang terlintas di hati kita.."
[HE knows everything]

Sunday, June 27, 2010

..my EVERYTHING..

hari ni tak tau la kenapa aku menjadi trsangat2 rajin..
jadi extra kuasa dikuasa dua kuasakn 3 n dikuasakan 4 n seterusnye la..huhu
sebagai buktinya mak tak membebel pun hari ni..haha
dan kuasa kerajinan bertambah2 lagi sekarang..
tu yg jadi rajin nak mencoret ni..=P

dah masuk minggu ke2 bercuti kat rumah..
so far so good la..
ada je benda aku kene buat..
tak de nak cakap boring cuti aku ni walaupun selalu dengar member2 aku merungut..
syukur alhamdulillah..hihi

mase awal2 buat blog ni aku jadi low profile..
muke aku pun aku sorok..huhu
sekarang ni nak buang sume tu la..
PROUD TO BE ME RIGHT!!! =)

dan disebalik kewujudan ika-itu-aku,
meh aku kenalkan mereka2 yg tersangat penting dalam hidup aku..


Ibunda Ramlah dan Ayahanda Mohd Azali

ayah n emak..
tanpa jodoh mereka xde la hasilnye aku lahir kat dunia ni..
dengan segala susah payah ayah perah keringat banting tulang kerat nak besarkan kami..
dan di belakang seorang lelaki amat perlu adanya seorang wanita..
itulah emak yg paling memberi inspirasi dan kekuatan pada aku..
kesabaran, kekuatan, dan semangat  emak..
aku harap aku ada semangat sekuat emak untuk terus lalui n harungi liku2 hidup yg mendatang..

Malik dan Norasikin

kak long @ k.eikin
kakak aku yg sulung,umur thn ni 26thn..
dah berkeluarga pun,anak dh 2 n coming soon insyaAllah bln januari nanti tambah lagi..
akak aku yg sulung ni boleh aku anggap sbg kakak yg mithali..
aku senang nak cite ape2 dgn dia, open n slalu bagi nasihat berguna utk aku..hehe



Siti Nur Insyirah Tasha 

ank buah aku yg 1st..
excited dah mesti masa tunggu dia lahir..
2 minggu sebelum due date, aku duk dengan k.long..
konon2 nak jaga dia.haha
kebetulan due bln jun, aku doa dia kuar 2 jun gak tp tak tercapai..huhu
skrg kakak dah 5thn..
dah sekolah pun..
aku bangga dengan dia sebab membesar sebagai anak yg pintar..
thumbs up utk kakak =)



Siti Nur Sofeyya Hanie

adik pd tasha..
umur 3thn lebih.. 
lama pegang title adik, memang tersangat2 manja la budak kecik sorang ni..
paling aku geram mulut dia..huhu

Noraisyah dan Mohd Nazir

kak ngah @ k.ai
umur k.ngah thn ni 24thn..
anak baru sorang, belum nampak tanda2 nak tambah lg..huhu
akak aku yg ni lemah lembut orangnya..
buat apa2 kerja teliti yg amat, tu yg jadi dia ni kreatif lebih nak bandig dengan aku..haha



Mohd Ziyad Amsyar

satu2nya hero kecik nenek setakat ni..
umur 2thn setengah..
dah hafal doa makan,doa tidur n bangun tidur..
tp pantang dengar lagu akim n hafiz, mesti ikut nyanyi..huhu



Noor Atika

no 3 aku la
masih bujang pd usia 22thn..huhu 
aku mengaku sendiri aku ni anak yg manja..
makan pun minta suap lagi..haha
tapi satu perkara yg aku sedar sekarang, aku mula belajar berdikari..
pengalaman hidup yg dilalui tersangat2 berguna dan aku anggap sebagai guru terbaik utk aku..

Mohd Nor Faiz

the only "anak bujang" emak dalam keluarga..
umur ckup 20thn bln oktober nanti..
dia ni pendiam, mulut berat nak cerita ape2..
nak korek pasal awek pun payah..haha
tapi dia tetap adik terbaik dan menjadi kebanggaan keluarga..

Nur Fatin Aqila

yg paling bongsu..
yg paling manja..
yang paling keras kepala..
yg paling dirisaukan dalam keluarga..huhu
thn ni msuk form1, jd generasi ke4 sek kt SMKSR (sekolahku yg tercinta..huhu)

cukup la serba sedikit aku story pasal family aku..
nak kenal lebih banyak kena la jadi ahli keluarga aku....huhu

Tuesday, June 22, 2010

..aku dan dia..

dia yg kini hadir dalam hidup aku..
dia yg aku terima dengan hati terbuka..
dia yg akan setia menemani aku setelah aku celikkan mata..
dia yg akan membawa sinar dalam hidup aku..
dia yg akan menerangi perjalanan aku..


dia, dia dan dia..
dia yg kini penting bagiku..
siapakah gerangan si dia??
siapakah??apakah??bagaimanakah rupanya??


dengan hati terbuka..
kini aku perkenalkan dia dalam hidup aku..
dialah
----------------------------------------->  si SPEK MATAku...haha


nama dia : oleh sebab baru lahir, lambat sikit la bagi nama...hoho
tarikh lahir dia : 22 Jun 2010 --> [lahir lambat sikit dr aku]
tempat lahir dia : simpang renggam ---> [kampung halaman aku yg tercinta]
no sijil lahir dia : 20055


pada usia 22 tahun kini, aku terima hakikat dengan penuh redha aku tergolong dlm OKU..hukhuk

Tuesday, June 15, 2010

..bulan REJAB yang penuh kelebihan..


Sabda Nabi S.A.W.
 "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat."
Sabda Nabi S.A.W.
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.


Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.


*Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
*Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
*Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
*Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.


Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa di bulan Rejab baginya:


* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.


Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.


Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.


Allah menjawap:
 "Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulanRejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka."


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau"..
(dari kitab Raudatul Ifkar)


Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.


Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.


Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.


Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titian Sirotulmustaqim.


Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.


Demikianlah keistimewaandan keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
REJAB bulan menabur benih.


SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.




ika-itu-aku said : tak semestinya kita penuhi amalan dalam bulan REJAB ni dengan berpuasa semata2..
bnyk lagi amalan yg blh mmberi manfaat kpd kita..
rebutlah peluang yg masih ada..
sama2 kita muliakan bulan ALLAH ni k =)

..perlu kuat untuk diri sendiri..


lame gak aku tak menjengah kat blog tercintun ni...
masih tercari2 idea nak mengcutekan lagi blok aku ni..
al-maklumlah aku budak baru belajar..huhu

bukan alasan xde masa nk update..
bukan gak alasan xde apa yg nk di update..
semenjak 2 menjak 3 menjak ni macam2 yang bermain kat minda aku yg agak cergas skrg ni..
tp semuanya aku biarkan bermain2 kt situ je..
bermonolog sndrian..
tak de kuar ape2 dialog..huhu
berbahas berdebat dengan diri aku sendiri..
patut selalu buat cam ni..
bnyk kelebihannya..

malam ni saat ni..
di kala aku sedang berusaha menambah % mood nak study..
aku sempat2kan gak la merajinkan diri menghasilkan coretan ni..huhu


"..perlu kuat untuk diri sendiri.."


memory 1st sem aku..
waktu budak2 lagi..huhu


yup..aku sangat2 bersetuju dengan ayat yg aku cipta di atas itu..
100% agreed without objection!!
semakin aku asah kepala otak aku, semakin banyak persoalan yg timbul..
ada yg aku sendiri ada jwpnnya ada gak yg aku tinggalkan tergantung utk seketika waktu..huhu

siapa aku??
apa yang aku nak??
aku ika..
aku nak apa yg aku nak la...[tak mnjawab persoaln lagsug ni]..huhu
apa pun jawapannya biarlah rahsia..
biar segalanya antara aku dan DIA..

semggu 2 ni jadi minggu yg paling memotivasikan bagi aku..
waktu aku bagkit semula..
rase cam baru dapat hidup baru..
datang semangat yg buat aku kuat..
waktu aku mula sedar apa yg aku tak berapa sedar selama ni..
aku kuat untuk diri aku..
aku kuat dengan adanya diri aku sendiri..
that sgt2 right..=)

selama ni aku terlalu bergantung pada orang lain..
aku tak yakin dengan diri aku sendiri..
lack self-confident..
but now I'm here..
the real IKA was here..
sekarang aku mula rasa tenang dengan apa yg aku buat..
aku buat apa yg aku nak..
aku buat benda betul tanpa ada rasa ragu..
apa yang aku harap sekarang..
aku istiqamah dengan apa yg aku buat..
come on ika..
you can do it!!!
aja..aja..fighting!!!huhu

cukup dah panjang lebar ni..
cam terlebih plak..
niat asal nak coret sikit je..huhu
kembali kepada perjuangan sebenar.....
daaaaa~

Friday, June 4, 2010

..ku ada kamu..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh..

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh
Selagi ku ada kamu..

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh..

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh
Selagi ku ada kamu..

Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akn runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh
Selagi ku ada kamu..



by : Adira AF8

.. 2 Jun 2010..

hari yang aku tunggu2 tiap tahun..
hari aku jadi bertambah tua..haha
sesuatu yang berbeza tahun ni..
aku boleh rasa diri aku mencapai tahap dewasa =)
tahun2 sebelum ni masih kira kanak2 tak cukup umur lagi....hoho

12:00 am 020610
air mata aku menitis..
untuk seketika aku tak tahu kenapa..
sayu yang teramat sangat..
aku tekad takkan menangis lagi..
tapi aku sedar aku nangis bukan kerana aku gagal lagi..
aku nangis kerana aku gembira..
terima kasih TUHAN..
terima kasih atas hidayahMU..
terima kasih atas peluang yang KAU berikan...
aku gembira dengan apa yang aku rasa sekarang..
ketenangan dan kedamaian dengan cintaMU yang mengatasi segalanya..

hari jadi tanpa apa2 sambutan..
tanpa ada kfc or mcd..
yang ada hanya kuiz...
kuiz di hari lahirku...
sangat2 bersemangat..huhu

to my beloved mom, thanks emak..
tiada yang lebih berharga dari doa dan restumu..
ika sayang emak...
to caca, maceh nyanyikan lagu besday untuk mokde...huhu
to all my fwenss, thanks a lot for your wishesssss..
aku gembira dengan adanya kamu di sisi..
to someone, thanks for everything..


[ tak muat nk tls yg ke-22 atas kek tu..huhu ]

tapi malam sebelum 2 Jun melabuh tirai, aku dapat kejutan tak tersangka dari kakak aku..
dapat gak kek real..hoho
maceh kak, maceh abg, maceh yad..
kek yang sangat2 delicious sampai menjilat jari...hihi..

to myself...
happy hari jadi ika...
keep ur mind positive, let ur words positive n lead urself to b positive..
love urself, believe in urself n show what is d best in you...~