..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, May 31, 2011

..Selamat Panjang Umur Ika..

2 Jun muncul lagi..
Tiada yang lain..
Hanya mengharap akan ada sinar baru..
Syukur kepadaMU TUHAN untuk satu perjalanan hidup yang kau hadiahkan..
Kurniakan aku peluang untuk terus melaluinya..
Yang pasti perjalanan hidup perlu diteruskan..

Sesuatu yang istimewa menanti..
Biarkan kebahagiaan itu mekar..
Bukan lagi fantasi..
Realiti yang hampir pasti..
Pasrah segalanya padaMU TUHAN..
KAU tahu apa yang terbaik untukku..
Satu harapanku..
Moga KAU permudahkan segalanya..
Dan satu permintaanku..
Hulurkan doa dan restu kalian.. 


Friday, May 27, 2011

..Salurkan Aku Semangat Kekuatan..

Bukan ditambah lagi batu bebanan..
Aku tahu bukan niatmu..
Juga bukan dalam sedarmu..


Makin hampir ke hari itu..
Makin mendatang dugaan dan cabaran..
Hati yang gundah makin gelisah..
Jiwa yang kacau bertambah racau..

Persoalan pada diri sendiri..
Cukup kuatkah aku untuk melalulinya kembali??
Pujuk diri..
Pandang pada harapan yang datang..
Percaya pada kata hati..
Lepaskan segala kedukaan lalu..
Ada tangan yang sudi menghulur harapan..
Jangan takut untuk mencuba lagi..

Namun..
Terkadang ragu menjengah..
Pastikah ini jalan yang aku pilih??
Jawapannya ada pada aku sendiri..  
Ya Tuhan..
Tetapkan hatiku..

Jangan letak harapan tinggi padaku..
Jangan minta aku jadi apa yang bukan diriku..
Terima seadanya aku..

Aku tak minta difahami..
Kerana pasti takkan ada yang mampu..
Aku akan terus belajar untuk jujur..
Jujur pada kata..
Biar lantang suarakan rasa hati..
Tapi itu satu kelemahanku..
Maafkan aku..

Datang dugaan dan cabaran..
Bantu aku..
Pimpin aku untuk terus melangkah..
Langkah yang yakin..
Yang pasti..


Thursday, May 26, 2011

Tak Ada Yang Sempurna Kat Dunia Ni..

nak diluah salah..
bila tak luah pun salah..
memang susah nak puaskan hati orang lain..
makan hati sendiri..

bila cari yang sempurna..
memang aku terkedu..
aku bukan cam tu..
aku tak mampu..
tapi aku usaha..
maaf la..
maaf bila mulut aku hanya mampu cakap "TAK PE LA"..
memang ni ayat feberet aku..
ketawa je aku mampu..
nak tutup gelisah aku..
nak buang gusar aku..
salah ke??

sedih..
keliru..
buntu..
senyap..

always expect the unexpected..
but never ever give up..
setiap masalah hadir bersama jalan penyelesaiannya..
BE POSITIVE!!!


Wednesday, May 25, 2011

..Ika dan Semangat Patriotiknya..

Hari ini dalam sejarah..
24 Mei 2011
Setelah sekian lamanya..
aku kembali berdiri tegak nyanyi lagu kebangsaan..
yang penting rasa excited tiba2 ada..huhu

sejak tinggalkan alam persekolahan ni kan..
bila dah masuk u ni, mana ada perhimpunan rasmi cam zaman sekolah dulu..ngeh2
dan sejak menyibukkan diri kat jabatan kerajaan, 
hari ni berkesempatan berhimpun secara rasmi bersama semua pegawai dan penjawat awam kerajaan..
skema yang amat ayat saya pada malam ini..haha


YB Ketua Pengarah yang comel sedang berucap..

yang ni 3 kakak yang comel yang selalu menceriakan hari2ku..
k.Fiza, k.Ida n k.Azi

yang ni saja nak meng"interframe" tunjuk rajin..
ni gambar semalam sebab hari ni lupa nak amik gambar sendiri..haha

Monday, May 23, 2011

..Ika Kena Jual: Ini REALITI bukan FANTASI..

Malangnya nasib bila tergolong dalam golongan mereka2 yang tak bernasib baik. Bukan tak bersyukur tapi kenapa diri ini yang mesti menerima dugaan ini??apa kurangnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan yang lain??tak comelkah aku??mak ayah tak sayang aku ke??apa bezanya aku dengan yang lain??sampainya hati mak ayah buat aku begini..Ya Allah..sedihnya diperlakukan begini..mak!!!ayah!!!

Mungkin itu rintihan anak2 yang tak bedosa.yang sering jadi mangsa kepada kebodohan dan kelalaian manusia pada nikmat dunia.tapi nasib aku tak semalang itu..jangan jadi anak derhaka ika..huhu realitinya memang aku pernah kene jual, tapi hakikatnya aku punya mak ayah terbaik, the best among the best parent in the world.. =)

Dari cerita yang mak aku bagitau, dulu kecik2 aku kuat nangis,(patutlah dah besar panjang ni gembeng je) sebab ni aku kene jual..haha yang ni kisah benar, sumber sahih dapat dari Pn. Ramlah Ali, ibunda tercinta dan pada usia 23 tahun kini aku ada 2 emak dan 2 ayah..

Aku pun tak sure sangat chronology yang betulnya, tapi ceritanya lebih kurang cam ni la..umur aku berapa tahun masa kejadian tu pun aku tak pasti, tapi kalau dah kuat nangis je mesti la time kecik2 lagi kan.haha.nak dipendekkan cerita budak kecik yang kuat nangis ni jarang nak ok dengan orang lain selain mak dan ayah sendiri, tapi sebab jodoh aku dengan mak abah angkat aku kuat, aku boleh kamcing dengan diorang..

Tapi kisah jual beli anak ni hanyalah akad tanpa bayaran, tempat kejadian di sebuah kampung terpencil kat tengah2 johor yang bernama Felda Layang-Layang..lafaz akad pun mungkin cam ni la kot..

Abah Saikan (abah angkatku) : “ Jali, ko jual je la anak ko kat aku.”
Ayah Azali (ayah biologiku) : “Ko amik la San.”

Dan sejak saat itu la aku ada 2 ayah 2 emak..aku dah pernah cerita pasal family aku dalam entri dulu2..basicnya pasal family angkat aku, ada abah, emak dan 4 orang anak bujang merangkap abang aku gak la..umah pun tak la jauh mana.selang 1 bumbung je sebelah rumah..dulu kecik2 selalu je aku menyibuk kat umah mak angkat aku, tidur sana main kat sana..zaman kanak2 kamcing je dangan abang2, main karem la, laying-layang la, galah panjang la, semua yang traditional aku balun la..guli pun aku pernah main, gasing pun tapi tak pernahnya reti nak main..haha

Tu cerita dulu, tapi sekarang ni oleh sebab dah membesar jadi anak dara yang pemalu, tak rapat dah dengan abang2.gi rumah mak pun jarang2.rasa bersalah ada gak tapi kan nak buat macam mana.aku balik kampung pun kadang2, nak jejak kaki kat rumah sendiri pun payah, lagi nak melangkah gi rumah mak angkat.huhuhu banyak jasa mak dengan abah kat aku, siap aqiqahkan nama aku walau aku anak angkat je..tapi tak nak la jadi anak tak kenang budi..tapinya tak ada la aku tak jalankan tanggungjawab langsung.time mak ada nak buat kenduri aku cuba gak balik menyumbang bakti apa yang patut.time raya wajib gi raya rumah mak walau tak tidur sana dah..maluuuuuuu…huhu tapi aku still harap aku boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk mak dengan abah..

Bila ada 2 emak 2 ayah ni nak minta restu nak kahwin pun kena la minta kat empat2.betul tak??haha


Sunday, May 15, 2011

..HILANG dalam RAMAI..

SIAPALAH AKU??
persoalan yang sering kali muncul..
jawapan yang dicari..
segala tindak balas..
segala kata2..
fullstop...

People will forget what you said, 
people might forget what you did, 
but people will never forget how you made them feel..~

Biarkan ia berlalu..

Don't wait for the perfect moment, 
take the moment and make it perfect..~
Learn to appreciate every single thing which make you SMILE..


*******************************************

Tahniah buat ARNY ASFFAINY..
1 MEI 2011

ika tak sempat nak update story hari penting cik kak sorang ni awal2..
ni baru berkesempatan..huhu
alhamdulillah selamat dah jadi milik orang..

-----------------------------------------------

moment2 terakhir bersama CIK arny asffainy..

-Malam Khatam Quran-

iezzan, arny, ain, ika



-------------------------------------------------

Detik Akad Termeterai..

tenang je cik kak ni..

Nurul Arny Asffainy Mat Yassan
kini sah milik abadi
Nurizan b Abu

bila turn ika cam ni nak sampai ni..huhu
yang pasti air mata ika jatuh saat termeterai ikatan suci diorang ni..
hati ika tersentuh..
macam2 rasa ada..
pelik pun ada kenapa ika boleh nangis..

--------------------------------------------

culik jap cik kak ni..
time ni ber4 je dalam bilik..
penat nak paksa cik kak sorang ni posing..huhu



ada banyak lagi tp yang lain tu buat koleksi peribadi je la ye.. =)

----------------------------------------------

Sanding Time..

comel sangat cik kak ni..

congrats for both of you..

K.A.M.I + suami arny =)

gambar paling penting ni..
cube tengok siapa yang duk pegang kipas tu...
amik berkat ni..haha

arny dah selamat bergelar isteri..
tahniah sekali lagi laling..
doakan yang terbaik utk kamu..
moga ikatan yang terbina kekal ke akhir hayat..
pas ni tunggu majlis ain plak bulan nov nanti i'allah..


with or without??huhu
AKU tetap AKU..

--------------------------------------------------

selesai majlis cik kak sorang ni..
esoknya ika dah gerak balik KL..
3Mei ika start practical kat Arkib Negara..
kene campak masuk bahagian Hubungan Antarabangsa..
tak pernah2 belajar IR, amik ko ka..huhu
so far everything ok..
staff2 kat office sume best..
dapat big bos pun best..

kenangan minggu 1st kerja..
kerja biasa2 lagi..
tp yang paling best..
JARI TERSEPIT PINTU BILIK BIG BOS..HAHA
ada lagi kot bekas kat kuku..

masuk 2nd week..
kerja dah mula bertambah..
pergi bangunan sana..
jumpa orang sini..
banyak gak ika belajar..
kena kacau kat office tu perkara biasa la kan..huhuhu

tp awal2 start kerja ni agak mencabar gak la..
awal pagi dah kuar bilik..
jalan kat kl ni faham2 je la..
balik petang sampai bilik dah maghrib..
selalu rilek je pergi kelas kul 10 kul 11 pagi..
dapat "time shock" jap..huhu

tambah lagi ika kene pindah masuk bilik lain..
duk punggah barang turun naik tangga..
ntah mane silap, rasa ada tak kena kat lutut kanan..
effectnya masih terasa sampai sekarang ni..
duk sorok dari mak, baru hari ni ika bagitau..
mak dah mula risau..
dah bising suh balik..
kalau boleh balik dah lama ika balik mak..
nak sangat balik sekarang ni.. =(

seminggu dua ni..
ika cuba yang terbaik untuk segalanya..
ada masa ika mampu ketawa..
ada masa senyuman sentiasa terukir..
tapi..
ada masa air mata hadir juga..

BE STRONG IKA...~