..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Showing posts with label ..doa... Show all posts
Showing posts with label ..doa... Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Hari Ini Dan Semalam

[ semalam > baik drpd hari ini ] ---> hidup celaka
[ semalam = hari ini ] ---> hidup sia-sia
[ hari ini > baik drpd semalam ] ---> hidup berjaya

jika dia tak tahu,
dan dia tak tahu,
yang dia tak tahu,
dia adalah BODOH!!
elakkan dia..

dia yang tak tahu,
tetapi dia tahu,
yang dia tak tahu,
dia adalah JAHIL!!
ajarlah dia..

dia yang tahu,
tetapi dia tak tahu,
yang dia tahu,
dia sedang TERTIDUR!!
bangunkan dia..





Thursday, August 11, 2011

..Pray for Ashraf Haziq..

Sedih bila tengok apa yang berlaku pada Ashraf Haziq..Tapi kita kena yakin ALLAH akan sentiasa bersama hamba2NYA yang memerlukan..Moga beliau kuat dan tabah menghadapi dugaan berat dalam bulan Ramadhan ni..


Meh tengok yang ni..






Let spread our doa' and love for him!!
Bring back his smile..~

Monday, August 8, 2011

..Rindu Yang Menjengah - Al-Fatihah..

"Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup."


ika ada baca satu note kat FB, "Roh di bulan puasa", pas tu ad lak member post status dia rindu kat arwah ayah dia..bersyukur sangat bila kita masih punya mak dan ayah saat ni, masih ada tangan yang boleh disalam dan dicium..

disebalik kerinduan  mereka2 tu, ika terkesan gak la..terbit rasa rindu pada arwah datuk dan nenek..terimbau kembali kenangan2 lama..

al-Fatihah untuk mereka

  • Allahyarham Ahmad bin Abd Rahman
  • Allahyarhamah Zamnah bt Baba
  • Allahyarham Ali bin Hj Mohd Salleh
  • Allahyarhamah Rugayah bt Sapawi


Friday, August 5, 2011

..Pagi Jumaat..


Siapkan anak2 buah gi sekolah pagi hari terbit rasa rindu zaman sekolah dulu..
Syukur untuk peluang kehidupan untuk terus bernafas..
Hargai setiap saat dan detik kehidupan selagi ada hayat kita..
Bersama ke arah kesempurnaan puasa Ramadhan..~


Tuesday, August 2, 2011

..Beri kami yang terbaik..



D'Masiv - Beri Kami yang Terbaik

Kita tak pernah menyangka
Ini semua akan terjadi
Mungkin kita terlalu lupakanNYA
Hingga akhirnya berikan cobaan ini
Hilang semua milik kita
Petik hikmah dari segala yang terjadi

Tuhan..
Mohon lepaskan semua
Cobaaan dan penderitaan ini
Tuhan beri kami kekuatan
Untuk bisa menghadapi ini

Mungkin kita terlalu sombong
Anggap diri kita yang paling hebat
Sampai kita melupakanNYA
Hingga akhirnya berikan cobaan ini
Kita pasti akan hilang
Kita pasti akan kembali padanya

Tuhan..
Mohon lepaskan semua
Cobaaan dan penderitaan ini
Tuhan..
Beri kami kekuatan
Untuk bisa menghadapi ini
Hanya ENGKAU yang sanggup tenangkan
Gelisah, resah dihati

Berilah kami yang terbaik..

Thursday, July 28, 2011

..Jika Terakhir Buatku..

Oh Tuhan..
HambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu..

Oh Tuhan..
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara..

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi
PadaMu oh Tuhan..

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Hanya padaMu Tuhan..

Oh Tuhan..
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
 
Taubat nasuha setulus untukMu..
Oh tuhan..
Hanya kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba..




Thursday, July 21, 2011

..Hanya DIA..

Bila kau letih dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upayamu..
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu berduka..
ALLAH telah mengira titisan air matamu..
Bila kau rasa ketinggalan dan masa terus berlalu meninggalkanmu..
ALLAH setia di sisimu..
Bila kau telah mencuba segalanya..
Kekalkan tujuanmu..
ALLAH ada jalan penyelesaiannya..




Kadangkala..
Jawapan DIA..
Tidak pada apa yang kamu mahukan..
Tapi..
Ya pada apa yang kamu perlukan..
Tunggu..
Dia akan berikan yang lebih baik dan itu yang terbaik!!


Bila tidak ada yang bererti buatmu..
Keliru..
Kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..

ika suka dengar lagu ni..~


Thanks for reading =)

Sunday, July 17, 2011

..Cinta Mati..

Sendiri..

Muhasabah Diri..

Bersihkan Hati..

Kejar Cinta Hakiki..

Peluang Datang tapi Takkan Menanti..

Perginya Kelak Diri Sendiri yang Rugi..



Cinta DIA Cinta Mati..~

Thursday, June 23, 2011

..Cinta Dalam Hati..

b'
Hadirmu satu anugerah..
Kerana 
Kau satu dalam berjuta..


23 JUN
SELAMAT HARI LAHIR b'
Doa dan mengharap segala yang terbaik untukmu..
Moga DIA permudahkan segalanya..
Good thing happen when we go for it..
InsyaALLAH..


YA TUHAN..
Mengharap redha dariMU..
Tetapkan hati kami..
Panjangkan jodoh kami..


Restu yang mengukuhkan ikatan..

Sabar menanti tiba saat itu..
KAU penentu segalanya..~

Saturday, June 11, 2011

..Antara Dua Cinta..

Apa yang ada jarang disyukuri..
Apa yang tiada sering dirisaukan..
Nikmat yang dikecap..
Baru kan terasa bila hilang..
Apa yang diburu..
Timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman..

Dunia ibarat air laut..
Diminum hanya menambah haus..
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir..
Panas yang membahang disangka air..
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang..
Dilihat ada ditangkap hilang..

Tuhan..
Leraikanlah dunia..
Yang mencengkam ke dalam hatiku..
Kerana di situ tidak ku mampu..
Mengumpul dua cinta..
Hanya cintaMU ku harap tumbuh..
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh..

Sumber : Majalah Solusi

Friday, May 27, 2011

..Salurkan Aku Semangat Kekuatan..

Bukan ditambah lagi batu bebanan..
Aku tahu bukan niatmu..
Juga bukan dalam sedarmu..


Makin hampir ke hari itu..
Makin mendatang dugaan dan cabaran..
Hati yang gundah makin gelisah..
Jiwa yang kacau bertambah racau..

Persoalan pada diri sendiri..
Cukup kuatkah aku untuk melalulinya kembali??
Pujuk diri..
Pandang pada harapan yang datang..
Percaya pada kata hati..
Lepaskan segala kedukaan lalu..
Ada tangan yang sudi menghulur harapan..
Jangan takut untuk mencuba lagi..

Namun..
Terkadang ragu menjengah..
Pastikah ini jalan yang aku pilih??
Jawapannya ada pada aku sendiri..  
Ya Tuhan..
Tetapkan hatiku..

Jangan letak harapan tinggi padaku..
Jangan minta aku jadi apa yang bukan diriku..
Terima seadanya aku..

Aku tak minta difahami..
Kerana pasti takkan ada yang mampu..
Aku akan terus belajar untuk jujur..
Jujur pada kata..
Biar lantang suarakan rasa hati..
Tapi itu satu kelemahanku..
Maafkan aku..

Datang dugaan dan cabaran..
Bantu aku..
Pimpin aku untuk terus melangkah..
Langkah yang yakin..
Yang pasti..


Monday, January 3, 2011

..New BOoK..

hari ni 03 januari, belum lambat lagi kan nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2011 kat sume =) 31 Dis dpt public holiday sebab bola menang, 1 Jan dah memang public pun kan..public holiday dangan wifi2 sekali holiday...tu jadi la lambat wish ni...hihi

azam tahun baru??ika dah buat azam baru AWAL MUHARRAM hari tu, tak perlu dah azam baru 2011 ni..cuma yg bezanya awal muharram hari tu azam baru, tahun baru 2011 ni buku baru..ad beza tak ek?? ada la beza tu, kan lain azam dengan buku..huhu

azam yg nampak kecik tp bukan senang nak dicapai..
.[Perbaiki Kelemahan Diri].
bile kesedaran ada tp tiada ikhtiar utk itu, azam yg ada hanya akan tinggl angan2.. dan 2011 ni ika cuba bangkit dengan lebih yakin untuk buka lembaran baru buku kehidupan ika..

bila keliru menyelubungi diri, langkah pun jadi tak teratur..tp dtg 2011 ni ika try tanam keyakinan dlm diri utk tetapkan hati n pasti dengan ap keputusan yg ika buat..hati, pusat segala emosi yg selalu menguasai diri..adakala datang perasaan yg bercampur baur, keliru, kesian, takut, sedih, kecewa..semua ni buat keyakinan yg ad goyah..

tapi bila ika bawa diri kembali pada realiti kehidupan yg ada depan mata ika sekarang, ika sedar keputusan perlu diambil..setiap keputusan yg pasti akan membawa perubahan..terima kasih pada mereka yg tetap ada di sisi ika, yg menjadi tulang belakang ika, yg sentiasa bersabar melayan karenah ika...tak cukup hanya dengan ucapan terima kasih ni, tp hanya ni yg mampu ika bagi..

puas bermonolog sendirian,  bukan semua perkara kita mampu luahkan..bukan memilih tp menerima ap yg hadir dalam hidup ika kini adalah yg terbaik untuk ika, insyaALLAH..segalanya ketentuan datang dariNYA dan ika yakin DIA tahu apa yg terbaik utk ika..

lari tajuk jap...huhu bila kuar ayat2 skema ika, jadi la cam nak buat karangan bahasa melayu...hari ni hari first sekolah kan..nak gak ad cite tp bukan cite ika, ika tak ingat pun kenangan hari first kat sekolah..tp rasenya mustahil ika nangis kot [yakin sungguh...ahaha] bangun pagi tadi dapat 1 mms dr kak long..bile buka mms tu kuar la gambar2 ni....


Siti Nur Insyirah Tasha bt Malik 

Siti Nur Sofeyya Hanie bt Malik

tak terkata ap, hanya mampu senyum je tengok anak2 buah ika yg comel lote 2 orang tu...kakak dah masuk tahun ke3 sekolah, tak risau sangat pasal dia.tahun ni naik pentas lg k kakak..tp lebih risau yg si adik tu bru nak start sekolah tahun ni sebab sebelum ni payah sangat nak hantar gi sekolah...gembeng lain pesen...haha

Mokde rindu sangat kat korang!!!!!! 
ni je nak cakap...huhu

Monday, December 6, 2010

..1432 HIJRAH..


Hijrah itu 1 Pengorbanan..
Hijrah itu 1 Perjuangan..
Hijrah itu 1 Tekad..
Hijrah itu 1 Amanah..
Hijrah itu 1 Matlamat..
Hijrah itu 1 Keberanian..
Hijrah itu 1 Keberkatan..
Hijrah itu 1 Kemenangan..
Hijrah itu 1 Kemanisan..
Hijrah itu 1 Anugerah.. 


Saturday, November 20, 2010

..Far Far Away..

cik tuan rumah nak tinggalkan pesan ni...
cik nak gi jauh ni (jauh la sangat..huhu)..
cik ika 0oo cik ika (tibe2 cam gedik plak..haha)
bertukar!!!!!!!!!

ika sini....hoho
hari ni nak kene balik KL..
nak mem'bz'kan diri jap..
seminggu ika hilang nanti..
minggu depan i'Allah panjang umur ika muncul la balik...huhu


nak tinggal pesan sikit kat korang2..
jaga diri leklok ye..
gi mane2 hati2..
kalau jatuh bangun sendiri..
bangun pagi jangan tak mandi..
makan pakai jage sendiri..
nak tidur jangan lupe gosok gigi..
jangan rindu kat cik tuan rumah ni..
nanti dia muncul kembali...hihi

ika sayang korang2...hukhuk
kita jumpe next week k...
doakan ika selamat..
tak selamat tak jumpa la...kekeke


I'll be back after 1 week ok...huhu

Friday, November 19, 2010

..Rapuh..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka 
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi
Berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMU 
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh
Dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa 
Hanyalah padaMU

Maafkanlah
Bila hati 
Tak sempurna mencintaiMU
Dalam dada ku harap 
Hanya diriMU yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU


Rapuh by Opick

Wednesday, November 17, 2010

..Kerana Cinta..

kerana cinta dunia aku leka
kerana cinta dunia aku ingkar
kerana cinta dunia aku jauh
kerana cinta dunia aku kecewa
kerana cinta dunia aku sengsara
kerana cinta dunia aku dihina
kerana cinta dunia aku ditindas
kerana cinta dunia aku terluka
kerana cinta dunia aku takut
kerana cinta dunia aku gelisah
kerana cinta dunia aku keliru
kerana cinta dunia aku jatuh
kerana cinta dunia hati aku mati..



kerana cintaNYA aku celik
kerana cintaNYA aku patuh
kerana cintaNYA aku dekat
kerana cintaNYA aku kembali
kerana cintaNYA aku bangkit
kerana cintaNYA aku yakin
kerana cintaNYA aku tenang
kerana cintaNYA aku kuat
kerana cintaNYA aku bahagia
kerana cintaNYA aku pasrah
kerana cintaNYA hati aku hidup..



Monday, October 25, 2010

..Sudikah awak?? wahai sayang ku??..

 Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
di setiap solatku??
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku??
agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku??
agar rohaniku terisi hikmahNya..
dan akhlakku terjaga hendaknya..

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku??
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku??
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku??
agar aku terus berada di atas jln yg benar..

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku??
agar bila aku kelesuan,
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman =)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku,mendengar luahan hatiku??
agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian??
agar aku boleh ketawa riang..

................................

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI,
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI.."


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik??
Pemerhati, Peneman, Pembela??
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku??

Jika suatu ketika nanti,
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu,
memerhatikanmu,
mendidikmu,
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu..

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..
kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.."

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah..
~PERKAHWINAN~


credit to -- hana zatie