..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Showing posts with label ..family... Show all posts
Showing posts with label ..family... Show all posts

Monday, August 8, 2011

..Tak makan Siput Sedut, PELIK tak??

adakah anda tahu apa itu siput sedut???
gedik kalau tak tahu..haha
paling pemes lagi superb siput sedut masak lemak cili api..
memang menjilat2 jari la..
Siang hari cite pasal makanan, kurang pahala puasa kang..ngeh3

sekumpulan seepoot sedut yang comel lote..

tapi sedap cam ne pun..ika takkan kisah sebab ika dah tak leh nak makan siput sedut..huhu dulu2 ika makan gak la, nak kata tak reti sedut tak de lak minta mak sedutkan..haha cumanya, makin hari keinginan untuk menyedut tu berkurang dan sekarang hilang terus..

macam2 gak kisah siput sedut ni yang ika dengar..paling melekat kisah siput ustazah ika masa sekolah dulu..biasa la kan nak masak lauk lemak cili api siput sedut, menu utama kene la ada si siput ni..nak dijadikan cerite, ustazah ika masukkan sume siput dalam besen tapi belum sampai masa nak masak lagi..bila masuk dapur nak masak, agak2 apa terjadi??dinding dapur rumah ustazah ika dipenuhi oleh siput sedut yang comel..terus cancle nak masak..pas dengar yang ni ika terus lancarkan perang damai pada siput sedut..haha

kat rumah ika sorang je kot yang tak makan si sedut ni..setelah agak lama mak tak masak siput sedut, atas permintaan ada la siput sedut ni kat rumah..petang semalam tatkala kaki melangkah masuk dapur nak siapkan juadah berbuka terasa macam tersepak batu..pelik lak la datang mana plak batu tu..bila diteliti rupa bentuknya terus meremang bula roma..tindakan paling refleks "MAK!!!!!!"ampun mak..ngeh3 terkejut sangat dah sampai tak leh nak pegang en siput tu..yang hidup dah tak leh geng, yang dalam periuk lagi la..hikhik


Pagi tadi mak masak siput sedut time sahur, ika hanya mampu melihat dan memerhati saje mereka makan..ngeh3 

ika curi Resipi Siput Sedut ni..macam sedap je..huhu



..Rindu Yang Menjengah - Al-Fatihah..

"Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup."


ika ada baca satu note kat FB, "Roh di bulan puasa", pas tu ad lak member post status dia rindu kat arwah ayah dia..bersyukur sangat bila kita masih punya mak dan ayah saat ni, masih ada tangan yang boleh disalam dan dicium..

disebalik kerinduan  mereka2 tu, ika terkesan gak la..terbit rasa rindu pada arwah datuk dan nenek..terimbau kembali kenangan2 lama..

al-Fatihah untuk mereka

  • Allahyarham Ahmad bin Abd Rahman
  • Allahyarhamah Zamnah bt Baba
  • Allahyarham Ali bin Hj Mohd Salleh
  • Allahyarhamah Rugayah bt Sapawi


Tuesday, July 26, 2011

..Hilangku Tiada Yang Peduli..

"Teman di kala suka akan ada di mana jua, tapi teman untuk menangis terkadang tiada siapa di sisi kita,,"


Pepatah yang biasa kita dengar.bukan menunding ke arah sesiapa mahupun diri sendiri..tapi mungkin itu hakikat yang memang kita sering alami.tapi sesungguhnya kita manusia yang lemah, sering kali leka dan lupa..kita takkan pernah sendiri.ini yang ika pasti.yakin ada DIA dalam setiap langkah suka dan duka kita.mengadulah padaNYA..




Segalanya baik pada ika.cumanya masa agak membataskan kesempatan nak meluangkan masa untuk diri sendiri..*rindu nak mengupdate blog..

Hilang untuk seketika.bukan lari je hujung dunia tapi cukup tenang bersama mereka2 yang punya tempat paling istimewa dalam hati ika.berada di mahligai usang yang mengikat hati ika, dihiburkan gelagat dan gelak tawa mereka yang setia di sisi ika..

"Everybody have their house but not every house can be a home..
Rumahku Syurgaku.."


Masa yang harus dimanfaatkan sebaiknya.peluang mengorek dalam isi hati sendiri, bersama ruang dan waktu untuk berfikir dengan tenang.everything about life.life is the best teacher.ruang untuk memperbaiki diri, membentuk peribadi.tanggungjawab seorang hamba, seorang anak dan apa jua peranan yang terpikul..


Hargai setiap pengalaman yang pernah kita ada.setiap kenangan yang tercipta akan selamanya milik kita selagi ada semalam bersama kita.kerinduan pada memori2 semalam takkan ada yang dapat faham melainkan mereka yang tahu menghargai apa jua kenangan dan pengalaman yang mereka ada.. 



Dalam setiap kegelapan, masih ada sisi terangnya..
Forgive yourself..


Aku akan pergi tapi pergiku bersama pesan..~


Friday, July 15, 2011

..Tips Pikat Bakal Mertua..

Salam semua..tetibe ika buat entry menggedik..ngeh2 macam dah expert benor je nak cite pasal tips pikat bakal mertua ni..yang pasti belum sampai masa ika nak kawen ok..huhu just nak share something yang ika sendiri pun kene belajar gak ni..Omo Omo blushhing jap O_o..


dalam usia dah menjengah ke 23 tahun ni tau tak ap yang ika suka??tau dah korang tak tau =P..ika paling suka dengar mak bebel kat ika..ahaha seyes ika suka walaupun agak perit gak la cuping telinga nak menerima hentaman demi hentaman.ika amik jalan selamat buat muka seposen je kat mak..kadang2 tu kesian kat mak sebab ika tau penat dah mak bebel kat ika..huhuhu

di balik setiap bebelan maut mak tu ika tau mak sayang giler kat ika.setiap mak nak yang terbaik untuk anak2 dia kan..lagipun kat mana2 kita pergi, kita bawak sama imej mak n ayah kita..kalau baik tingkah laku kita, baik gak la pujian yang mak ayah kita terima..

panjang pulak la introduction ika hari ni..terima kasih kerana bersabar untuk terus membaca..sayang korang =) time banyak kerja nak buat ni panjang lak nak bebel ye..sambil2 cari mood nak buat kerja, sambil2 tu gak ika main angry bird yang kadang2 buat ika angry gak..haha  

kalau nak cakap sekarang musim orang kawen, rasanya sepanjang tahun dr tahun2 lepas2 gak orang kawen je..tapi yang betulnya sekarang ni musim kawan2 yang sebaya seangkatan dengan ika kawen..dulu mimpi je la kad jemputan ada nama ika nak sampai kat umah, tapi sekarang nama ika gak yang pemes sebab yang kawen kawan ika..hehe

kawen ni best tapi nak kawen ni bukan senang..salah satu cabarannya bakal mertua kita..sebelum sah jadi mertua kene la ada bakal mertua dulu..jauh beza tu..dapat green light dari bakal mertua baru boleh panggil mertua..ngeh3



Tips Pikat Bakal Mertua 


Kenali Bakal Mertua
tak kenal maka tak cinta..betul tak??takkan nak tunggu masa nak jumpa bakal mertua baru nak kenal diorang..kena la amik tau serba sikit pasal bakal mertua kita..tak yah susah2 nak gi interbiu sendiri bakal mertua tu, tanya je la kat anak dia jantung pisang korang tu..apa yang mak ayah dia suka makan, apa diorang suka buat..dari situ baru kita boleh dapat idea cam ne nak amik hati diorang..kan3..ika??ika kenal dah bakal mertua ika..ngeh3 bila dah kenal tu rajin2 amik tau and tanya kabar berita bakal mertua kita..bila bergayut tu jangan lupa gak minta dia sampaikan salam sayang kita kat mak ayah dia..hihi

Ingat Hari @ Tarikh Penting
ingat hari-hari penting pada diorang..hari lahir, hari ibu, hari bapa or hari ulangtahun diorang..ucapan tanda kita ingat pun dah mencukupi at least nak buat diorang tersenyum =) cakap pasal hari lahir ni kan satu perkara yang sangat istimewa pada ika bila hari lahir ika sama dengan hari lahir bakal mak mertua ika..huhu tak sangka gak yang betulnya, bila dia bagitau tu speechless jap..haha and one other big thing, 1st time ika jumpa bakal mertua ika masa hari lahir kami 2 jun lepas =) nak story pasal 1st time jumpa ni panjang lebar kang, next time je la..hoho


2 JUN 2011
Berjuta2 lemon TERIMA KASIH untuk memori ini..


Hormati dan Sayangi Mereka
Hormat dan sayang mereka sama macam kita sayang and hormat mak ayah kita.tak de salah pun kat situ kan? diorang akan jadi mak ayah kita gak..cam ne kita sayang anak diorang, cam tu gak kita kene terima and sayang diorang..kalau kita hormat and sayang diorang, mesti diorang akan sayang kita gak kan??



Buah Tangan
Bila nak ikut balik kampung tu duk fikir gak takkan ika nak bawak badan je..huhu minta la idea dari sumber2 terdekat yang boleh dipercayai, banyak gak la idea yang datang..soklan paling best dari k.long..ko pandai buat kek tak mokde??ambik ko sebijik..haha pandai tu pandai la kot, tapi nanti2 la tunjuk skill..huhu last2 bawak gak la cenderahati tak seberapa buat hadiah hari lahir untuk bakal mak mertuaku.dia tak tau pun ika ada beli hadiah, masa bagi kat umi dia pun dia tak nampak..ngeh2 tak kisah pun sebenarnya apa jenis buah tangan korang nak bagi, yang penting ikhlas dari hati..=)

Budi Pekerti Sopan
baik lelaki mahupun perempuan, penting kita ada budi pekerti.cakap tu biar elok, tingkah laku biar sopan..senang hati bakal mertua kita..cuba fikir..kalau dia nak serahkan anak dia pada orang lain, mestilah orang tu boleh jaga anak dia sama macam yang dia jaga kan..ni kalau belum kawen lagi dah tunjuk perangai tak elok, cam ne bakal mak mertua nak bagi restu..





Be the REAL you..
Pada ika ni yang paling penting sekali..tak perlu nak berlakon jadi orang lain..Be the real you to show the best in you!! nasihat paling best dari k.ngah ''kalau tak tau cakap tak tau, jangan nak tunjuk teror serba tau'' huhu ika sayang kakak2 ika..hoho tak salah pun kalau kita tak tau banyk benda, ika sendiri pun banyak lagi yang ika perlu belajar. sebab tu mak still bebel pada ika sampai sekarang..haha apa pun ika bersyukur dan sangat2 berterima kasih pada mak n ayah ika atas didikan yang mak n ayah bagi pada ika..sayang mak n ayah hingga hujung nyawa...=)



Ni je la yang mampu nak bagi.Banyak lagi tips, yang lain tu cari sendiri la ye..huhu belajar sikit2 dari pengalaman dan banyak lagi yang perlu dipelajari..cakap pasal pengalaman, to be honest ni bukan pengalaman pertama ika, tapi untuk menghadapi buat kali ke2 tak dinafikan ika ada sikit perasaan takut dan kurang yakin pada diri sendiri..tak ada yang boleh faham kot.mungkin pengalaman lalu mempengaruhi tapi hakikat dan kenyataan perlu kita hadapi..


After 3rd time meeting with his family, finally he told me what his mother said about me..blusshing jap..hihi Syukur Alhamdulillah..Thanks to HIM..I'm happy enough now =)


Tuesday, July 12, 2011

..Tenang sejenak di 'Dunia Basah'..

8 Julai 2011
Diam tak diam genap setahun..~

9 Julai 2011
Di sebalik kekecohan yang berlaku sekarang ni, bersyukur bila dapat menghabiskan masa2 berharga bersama yg tersayang..balik kampung kat batu pahat, tolong rewang lagi seronok..selesai satu majlis kesyukuran sempena nak sambut kedatangan Ramadhan..dapat gak ika improve sikit skill jd D.O a.k.a Dapur Officer...huhu

10 julai 2011
Seperti yg dirancang, sebelum balik singgah berlibur dulu..yg paling bersemangat sudah semestinya ika..ahaha mane ad la, planning asal dr k.long la, nk bawak anak2 die budak2 kentut kenis 3 org jalan2..dah ada kt batu pahat tu destinasi pilihan tak yah gi jauh2..

walaupun sekejap tp nak patah riuk gak tulang ika..tak tau la ap sebab..excited sangat ke..haha pagi ahad tu ujan lebat kat batu pahat, kalau ika memang on je la plan..ngeh2 tp bila fikir budak2 kenis 3 orang tu hampir2 terbatal..tapi alhamdulillah jengah ke tengahari cuace elok je..pukul 12 lebih masuk pintu gate wet world batu pahat tu, pukul 4 keluar gate..hoho 

Mama, Papa & 3 Puteri Kenis
Lili, Tasha n Hanie

agak2 yg mana 1  yang paling excited??huhu

lupa diri jap umur tu bukan kecik lagi..haha
(lokasi: kawasan permainan kanak2)

nak balik dah.. =)

kat wet world ni senang cite bagi ika sesuai utk family outing yg nak habiskan masa dgn anak2 yg masih dikira kanak2 lagi..kawasannya tak de la besar mana..nak kata yg extreme ad la 2 3 permainan untuk golongan dewasa cam ika ni..hoho bayaran masuk pun agak berbaloi gak la..

Whatever, I enjoyed the wonderful and enjoyable moments with my loves!!!


Monday, May 23, 2011

..Ika Kena Jual: Ini REALITI bukan FANTASI..

Malangnya nasib bila tergolong dalam golongan mereka2 yang tak bernasib baik. Bukan tak bersyukur tapi kenapa diri ini yang mesti menerima dugaan ini??apa kurangnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan yang lain??tak comelkah aku??mak ayah tak sayang aku ke??apa bezanya aku dengan yang lain??sampainya hati mak ayah buat aku begini..Ya Allah..sedihnya diperlakukan begini..mak!!!ayah!!!

Mungkin itu rintihan anak2 yang tak bedosa.yang sering jadi mangsa kepada kebodohan dan kelalaian manusia pada nikmat dunia.tapi nasib aku tak semalang itu..jangan jadi anak derhaka ika..huhu realitinya memang aku pernah kene jual, tapi hakikatnya aku punya mak ayah terbaik, the best among the best parent in the world.. =)

Dari cerita yang mak aku bagitau, dulu kecik2 aku kuat nangis,(patutlah dah besar panjang ni gembeng je) sebab ni aku kene jual..haha yang ni kisah benar, sumber sahih dapat dari Pn. Ramlah Ali, ibunda tercinta dan pada usia 23 tahun kini aku ada 2 emak dan 2 ayah..

Aku pun tak sure sangat chronology yang betulnya, tapi ceritanya lebih kurang cam ni la..umur aku berapa tahun masa kejadian tu pun aku tak pasti, tapi kalau dah kuat nangis je mesti la time kecik2 lagi kan.haha.nak dipendekkan cerita budak kecik yang kuat nangis ni jarang nak ok dengan orang lain selain mak dan ayah sendiri, tapi sebab jodoh aku dengan mak abah angkat aku kuat, aku boleh kamcing dengan diorang..

Tapi kisah jual beli anak ni hanyalah akad tanpa bayaran, tempat kejadian di sebuah kampung terpencil kat tengah2 johor yang bernama Felda Layang-Layang..lafaz akad pun mungkin cam ni la kot..

Abah Saikan (abah angkatku) : “ Jali, ko jual je la anak ko kat aku.”
Ayah Azali (ayah biologiku) : “Ko amik la San.”

Dan sejak saat itu la aku ada 2 ayah 2 emak..aku dah pernah cerita pasal family aku dalam entri dulu2..basicnya pasal family angkat aku, ada abah, emak dan 4 orang anak bujang merangkap abang aku gak la..umah pun tak la jauh mana.selang 1 bumbung je sebelah rumah..dulu kecik2 selalu je aku menyibuk kat umah mak angkat aku, tidur sana main kat sana..zaman kanak2 kamcing je dangan abang2, main karem la, laying-layang la, galah panjang la, semua yang traditional aku balun la..guli pun aku pernah main, gasing pun tapi tak pernahnya reti nak main..haha

Tu cerita dulu, tapi sekarang ni oleh sebab dah membesar jadi anak dara yang pemalu, tak rapat dah dengan abang2.gi rumah mak pun jarang2.rasa bersalah ada gak tapi kan nak buat macam mana.aku balik kampung pun kadang2, nak jejak kaki kat rumah sendiri pun payah, lagi nak melangkah gi rumah mak angkat.huhuhu banyak jasa mak dengan abah kat aku, siap aqiqahkan nama aku walau aku anak angkat je..tapi tak nak la jadi anak tak kenang budi..tapinya tak ada la aku tak jalankan tanggungjawab langsung.time mak ada nak buat kenduri aku cuba gak balik menyumbang bakti apa yang patut.time raya wajib gi raya rumah mak walau tak tidur sana dah..maluuuuuuu…huhu tapi aku still harap aku boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk mak dengan abah..

Bila ada 2 emak 2 ayah ni nak minta restu nak kahwin pun kena la minta kat empat2.betul tak??haha


Sunday, March 27, 2011

..Sedetik Bersama [Semalam yg Indah]..

26 mac 2011, Sabtu - Dilaporkan para pelajar Prasekolah SKLKTPLL telah menyertai satu lawatan sambil belajar selama 2 hari 1 malam ke Kuala Lumpur. Lawatan tersebut turut disertai oleh para penjaga dan guru. Agenda lawatan tersebut adalah lawatan ke beberapa tempat iaitu Petrosains KLCC, Menara Kuala Lumpur, Pusat sains Negara, Muzium Negara dan beberapa tempat yg berkaitan dengan negara...uik..

pelik la jd skema ni...haha tetibe je ad laporan rasmi kt sni..konon dah lama tinggal sekolah la ni, ntah betul ke tak tulis laporan tu (tp memang tak betul pun...agaga)

nak update semalam tp terbantut je..pagi semalam ika sempat lari jap dr gombak gi jumpa buah hati pengarang jantung..budak kentut 2 orang dgn nenek datang KL, tak best kalau tak gi join diorang..kebetulan pagi tu jadual budak2 ni jln KLCC dulu, tak jauh mane pun nak trun sane, jadinye memang amat kejam kalau mokde tak turun pagi semalam..huhu 

tak kire, perasaan membuak2 nak jumpa budak2 lg tinggi..exam skill je petang semlm, tu yg agak rileksasi sikit..konon teror la ni..haha

ikul jadual kul 9 budak2 sampai.jadinye kire2 bajet time gerak dari gombak kul 8, tak sampai 1 jam pun nak sampai KLCC..dah sampai tu sempat la pusing2 jap, dinding kedai je ada.awal lg lorr..huhu call mak, diorang pun dah sampai..ika terus naik atas..sambil tunggu tu sempat main2 jap..

  dah masuk 4 tahun duk KL, dah kali ke berapa turun KLCC..baru semalam ika masuk petrosains ni buat pertama kalinya dalam seumur hidup..diulang PERTAMA KALI..haha

ad dah budak2 sek tunggu turn nak masuk..

tak lame tunggu dengar bunyi riuh rendah suare budak2..tp part paling best ble dengar.."MOKDE!!MOKDE!!" knal sgt suare tu..dr jauh diorg lari kejar ika..macam dah bertahun tak jumpe,terubat rindu time tu.." Kakak nak pimpin mokde".."adik pun".."kakak nak jalan dgn mokde".."adik pun nak"..cian nenek kene tinggal terus..hihi dapat peluk mak semalam seronok sangat..

tak mau celoteh panjang, layan je gambar budak2 kentut jantung hati mokde yg 2 org ni..

Hanie n Tasha


Emak n Emak
ika ada 2 emak tau..hihi


jantung hatiku =)

muke ketat takut jumpe trek "hidup" yg blakang tu..huhu



mokde pun join naik helikopter tu k..haha






kul 11 dah kene gerak gi destinasi seterusnya..tp destinasi next mokde kene balik gombak..knp la ada exam petang tu, kenapa la ada exam hari isnin.haip!!! hantar diorg gi naik bus, sayu je rasa..nak sangat ikut jalan2 lagi, pas tu terus balik johor..hoho

 walaupun sekejap tp dapat gak ubat nak exam..hihi
semalam yg indah..~

Saturday, March 19, 2011

..[ Satu lagi anugerah dari TUHAN ]..

tak mampu nak diluah dgn kata2..
ika sangat2 bersyukur dengan ap yg ika miliki skrg..
1 demi 1 anugerah dtg dr DIA..
Tuhan tu maha pemurah kan..

akibat dr penyakit sakit rumah yg agak kritikal, 
ika plan balik kampung minggu ni..
dan rasanya memang wajib balik sebelum minggu exam, 
kang ad yg tak leh nk fokus..huhu

awal minggu hari tu dapat berita k.ngah masuk hospital lg..
2nt time dah ni..
awal pregnant hari tu ad masalah bleeding..
risau ble dgr brta cam tu tp alhamdulillah 2 2 sihat je..

ika gerak balik kampung hari khamis..
plannya mak n ayah jemput ika turun bus terus g tengok k.ngah..
tp tgh duk lena dalam bus dapat call bgtau k.ngah dah selamt bersalin..
mata segar terus dah time tu..
syukur dgr brta gmbira tu..
EXCITED jgn ckp la..huhu

sampai jb kul 6.30pm..
terus gerak g hospital..
tp time ni tak dpt jumpa bby lg..
terkilan sikit..
k.ngah bersalin awal dr waktunye..
jd baby kene thn dlu..

time ni abie die je yg blh masuk..


k.ngah bersalin kene operation..
last minit ad problem..
malam tu ika duk stay wad teman k.ngah..
kaki tak dpt nak jejak umah lg tu..huhu

duk borak2 dgn k.ngah die pun cakap nak sgt tgk baby die..
duk tnya nurse, nurse bg permission...
excited balik la time ni...hehe

1st time dpt tgk mke comel bdk kck ni.. =)

umi dah boleh senyum lebar..

.
.
.
.
.
.
meh layan gambar baby..




mokde pun nak nyelit gak...haha

sangat2 bahagia..
ini je yg mampu ika katakan..

dialog dr mak..
"ika, ko nak beranak tunggu budak2 ni besar sikit."
haha sakit perut ika ketawa..
adoyai la..
kahwin pun belum tahun bilanye nak beranak mak..

Tuesday, January 4, 2011

..SEM 1 2011/2012 Mula Bulan September..

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. 
Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.
Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar. 
"Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. 

"Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa. 

Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan. 

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. 
"Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos," katanya. 
Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011. 
Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September. 
Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. 
"Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian," katanya. 
Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau "Fasa Pengukuhan" yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015. - BERNAMA 


satu perkembangan baru dalam institusi pendidikian kita..rasanya ramai yg dah sedia maklum pasal ni..dan ika antara yg kene tempiasnye la, besar gak tempiasnya ni..huhu berita ni boleh jadi berita gambira n berita sedih gak kat ika..kite cte yg sedih dulu la...ekeke 

sem 1 11/12 tu sem last ika..punye la semangat nak habiskan belajar cepat kene lak extend 2 bulan..aigoo bila congak2 planning asal sebelum ni, ika boleh habis belajar bulan nov 2011 tp bila buat kira2 yg baru dah berganjak ke bulan feb 2012..rosak planningku, sempat ika jadi tua dulu..hehe planning 2011 ni fokus utama kat pelajaran je n amanah yang kini terpikul kat bahu harap dapat ika pegang..dah tinggal tahun akhir ni harap tak de apa2 yg tak diingini jadi, harap segalanya lancar n tenang je..2012?? kawen kot...huhu bengong ika..berangan ke situ plak..ahaha utang sape nak bayar cik ika oi..tp mane la tau ad yg masuk meminang kan..agaga mak punye jawapan senang je, sape masuk minang mak terima je..dush..amik sebiji..haha ni dah cte ke lain ni...dah2 tutup story...hoho

di sebalik kesedihan kena habis belajar lambat tu ad gak positif impactnya..cuti panjang wooo...huhu habis sem ni bulan april, nak tunggu bln september ad 5 bulan tu...tp sekarang ni pun agak dalam dilema..antara nak buat short sem ke nak buat practical ke nak tambah kecomelan duk rumah je...huhu kalau U lain ad 2 sem je tp uia ni ad 3 sem, sem 3 tu la short sem, 7 minggu dgn max kredit hour 7..klu U lain cuti sem 2 3 bulan, ika tak pernah lagi cuti panjang..habis final exam sem 2 ad la cuti 2 minggu sebelum start sem 3..7 minggu tu nampak jap je tp ad gak terpikir cam nak buat practical.oleh sebab tarikh start practical clash dgn sem 3, kene la buat pilihan..hati kuat suh buat prctical atas sebab utama lokasinya kat johor.huhu as long kat johor walau bukan kat simpang renggam still rase dekat je dgn rumah..hikhik lagi pun practical 6 minggu je..bulan 4 tu pun memang rasa nak dekat dgn rumah je, sebab nak sama2 ad time sambut kehadiran sorang lagi insan baru insyaALLAH..

sekarang ni k.long tengah menghitung hari..ikut doctor due 26hb jan ni, ct mid sem start 28hb jan..kang ad yg cuti awal lari balik kampung...huhu bln 4 t turn k.ngah lak...mokde yg excited ni =P sekarang duk jauh dr rumah nun kt KL ni (macam jauh sangat je..huhu tp memang jauh la!!) dapat doakan k.long n k.ngah sihat selalu je..moga selamat semuanya..seyes tak sabar nak dapat baby, baby sendiri belum tentu lagi bila masanya..macam yg pernah ika ckp kt k.long " anakmu anakku jua kak.." ~  

3 jantung hati mokde =)

Monday, January 3, 2011

..New BOoK..

hari ni 03 januari, belum lambat lagi kan nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2011 kat sume =) 31 Dis dpt public holiday sebab bola menang, 1 Jan dah memang public pun kan..public holiday dangan wifi2 sekali holiday...tu jadi la lambat wish ni...hihi

azam tahun baru??ika dah buat azam baru AWAL MUHARRAM hari tu, tak perlu dah azam baru 2011 ni..cuma yg bezanya awal muharram hari tu azam baru, tahun baru 2011 ni buku baru..ad beza tak ek?? ada la beza tu, kan lain azam dengan buku..huhu

azam yg nampak kecik tp bukan senang nak dicapai..
.[Perbaiki Kelemahan Diri].
bile kesedaran ada tp tiada ikhtiar utk itu, azam yg ada hanya akan tinggl angan2.. dan 2011 ni ika cuba bangkit dengan lebih yakin untuk buka lembaran baru buku kehidupan ika..

bila keliru menyelubungi diri, langkah pun jadi tak teratur..tp dtg 2011 ni ika try tanam keyakinan dlm diri utk tetapkan hati n pasti dengan ap keputusan yg ika buat..hati, pusat segala emosi yg selalu menguasai diri..adakala datang perasaan yg bercampur baur, keliru, kesian, takut, sedih, kecewa..semua ni buat keyakinan yg ad goyah..

tapi bila ika bawa diri kembali pada realiti kehidupan yg ada depan mata ika sekarang, ika sedar keputusan perlu diambil..setiap keputusan yg pasti akan membawa perubahan..terima kasih pada mereka yg tetap ada di sisi ika, yg menjadi tulang belakang ika, yg sentiasa bersabar melayan karenah ika...tak cukup hanya dengan ucapan terima kasih ni, tp hanya ni yg mampu ika bagi..

puas bermonolog sendirian,  bukan semua perkara kita mampu luahkan..bukan memilih tp menerima ap yg hadir dalam hidup ika kini adalah yg terbaik untuk ika, insyaALLAH..segalanya ketentuan datang dariNYA dan ika yakin DIA tahu apa yg terbaik utk ika..

lari tajuk jap...huhu bila kuar ayat2 skema ika, jadi la cam nak buat karangan bahasa melayu...hari ni hari first sekolah kan..nak gak ad cite tp bukan cite ika, ika tak ingat pun kenangan hari first kat sekolah..tp rasenya mustahil ika nangis kot [yakin sungguh...ahaha] bangun pagi tadi dapat 1 mms dr kak long..bile buka mms tu kuar la gambar2 ni....


Siti Nur Insyirah Tasha bt Malik 

Siti Nur Sofeyya Hanie bt Malik

tak terkata ap, hanya mampu senyum je tengok anak2 buah ika yg comel lote 2 orang tu...kakak dah masuk tahun ke3 sekolah, tak risau sangat pasal dia.tahun ni naik pentas lg k kakak..tp lebih risau yg si adik tu bru nak start sekolah tahun ni sebab sebelum ni payah sangat nak hantar gi sekolah...gembeng lain pesen...haha

Mokde rindu sangat kat korang!!!!!! 
ni je nak cakap...huhu