..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, January 4, 2011

..SEM 1 2011/2012 Mula Bulan September..

PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014. 
Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.
Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar. 
"Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. 

"Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Beliau berkata penyelarasan ini juga membolehkan pelajar IPT ternama dunia datang ke negara ini untuk mempelajari dan mendapat pemindahan kredit minimum satu semester selain daripada pertukaran pelajar biasa. 

Justeru, katanya, penyelarasan kalendar dengan universiti ternama dunia boleh menguntungkan Malaysia untuk membolehkan pelajar antarabangsa berkongsi cara pembelajaran sekurang-kurangnya satu semester bersama pelajar tempatan. 

Di bawah kalendar baru, katanya pihak kementerian telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru bagi sesi akademik 2011/2012 pada 25 Julai, namun sedikit perubahan dilakukan di mana sesi pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada minggu pertama September 2011. 
"Ia berikutan tempoh kuliah yang singkat antara sesi pendaftaran sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 31 Ogos," katanya. 
Bagi pelajar lama katanya pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar terbabit wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011. 
Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 Sept, 2013 dan pelajar lama pada 9 September. 
Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka. 
"Penyelarasan ini sekali gus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian," katanya. 
Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau "Fasa Pengukuhan" yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015. - BERNAMA 


satu perkembangan baru dalam institusi pendidikian kita..rasanya ramai yg dah sedia maklum pasal ni..dan ika antara yg kene tempiasnye la, besar gak tempiasnya ni..huhu berita ni boleh jadi berita gambira n berita sedih gak kat ika..kite cte yg sedih dulu la...ekeke 

sem 1 11/12 tu sem last ika..punye la semangat nak habiskan belajar cepat kene lak extend 2 bulan..aigoo bila congak2 planning asal sebelum ni, ika boleh habis belajar bulan nov 2011 tp bila buat kira2 yg baru dah berganjak ke bulan feb 2012..rosak planningku, sempat ika jadi tua dulu..hehe planning 2011 ni fokus utama kat pelajaran je n amanah yang kini terpikul kat bahu harap dapat ika pegang..dah tinggal tahun akhir ni harap tak de apa2 yg tak diingini jadi, harap segalanya lancar n tenang je..2012?? kawen kot...huhu bengong ika..berangan ke situ plak..ahaha utang sape nak bayar cik ika oi..tp mane la tau ad yg masuk meminang kan..agaga mak punye jawapan senang je, sape masuk minang mak terima je..dush..amik sebiji..haha ni dah cte ke lain ni...dah2 tutup story...hoho

di sebalik kesedihan kena habis belajar lambat tu ad gak positif impactnya..cuti panjang wooo...huhu habis sem ni bulan april, nak tunggu bln september ad 5 bulan tu...tp sekarang ni pun agak dalam dilema..antara nak buat short sem ke nak buat practical ke nak tambah kecomelan duk rumah je...huhu kalau U lain ad 2 sem je tp uia ni ad 3 sem, sem 3 tu la short sem, 7 minggu dgn max kredit hour 7..klu U lain cuti sem 2 3 bulan, ika tak pernah lagi cuti panjang..habis final exam sem 2 ad la cuti 2 minggu sebelum start sem 3..7 minggu tu nampak jap je tp ad gak terpikir cam nak buat practical.oleh sebab tarikh start practical clash dgn sem 3, kene la buat pilihan..hati kuat suh buat prctical atas sebab utama lokasinya kat johor.huhu as long kat johor walau bukan kat simpang renggam still rase dekat je dgn rumah..hikhik lagi pun practical 6 minggu je..bulan 4 tu pun memang rasa nak dekat dgn rumah je, sebab nak sama2 ad time sambut kehadiran sorang lagi insan baru insyaALLAH..

sekarang ni k.long tengah menghitung hari..ikut doctor due 26hb jan ni, ct mid sem start 28hb jan..kang ad yg cuti awal lari balik kampung...huhu bln 4 t turn k.ngah lak...mokde yg excited ni =P sekarang duk jauh dr rumah nun kt KL ni (macam jauh sangat je..huhu tp memang jauh la!!) dapat doakan k.long n k.ngah sihat selalu je..moga selamat semuanya..seyes tak sabar nak dapat baby, baby sendiri belum tentu lagi bila masanya..macam yg pernah ika ckp kt k.long " anakmu anakku jua kak.." ~  

3 jantung hati mokde =)

4 comments:

A.I said...

hiii uia juagkkk!

fuyoh dah nak grad, lagik la besar impaknyaaa!

tp dari matrik tak beser cuti lama2. nih kena cuti lama gilaa, memang rasa kepelikan laa.
you know what, kite dah start plan2 nak buat aper cuti nnti... wakaka.

[.ika itu aku.] said...

@AISHA INANI
hi aisha!!!!
bertemu jodoh di sini ye...hehe

nk buat cam ne tersangkut gak, kene ikut je la..

ct 5 bln tu nak duk umah je mane larat..
kene ad back up plan...haha

dayah SnoW Heuka said...

sy poli pon short sem juga :))

[.ika itu aku.] said...

@dayah SnoW Heuka
hehe tau bkn uia je ad s.sem tp xtau yg manenye...