..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, April 27, 2011

..Segala MilikMU..

KAU yang menciptakan cinta
Dan KAU jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMU terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

KAU yang mengutuskan duka 
Dan ENGKAUlah yang mengirimkan hampa
Namun padaMU jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMU
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku 
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMU
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMU

Aku tahu inilah kasihMU
Aku tahu inilah cintaMU
Dan ku tahu disegenap ruang rasaku
Telah kau titipkan kekuatan
Oh TUHAN


Mestica - Segala MilikMU

Tuesday, April 26, 2011

..Sambil menyelam minum air..

sambil menyelam minum air tp yg selalu ika buat sambil tenggelam tertelan air..sebabnya ika tak reti berenang..ahaha gi tasik chini hari tu dapat gak challenge diri buat water confident, tp tu pun atas bantuan jacket keselamatan..huhu

tp sekarang ni memang tengah menyelam sambil minum air..sambil2 kemas bilik sempat lagi update story..huhu time kenduri minggu lepas segala macam khazanah kene sumbat kat bilik ika, sofa je dah cukup buat bilik ika mcm stor..ahaha dan hr ni bru "berkesempatan" nak kemas bilik..yg betulnye rajin bru datang hari ni..ngeh2

ika dah ad kat umah seminggu lebih, korang sibuk buat entri pening2 kepala nak exam, ika dah bercuti dengan aman dan tenteram..huhu dan ble orang kuat dah balik umah (perasan lak la..haish), mak pun mmg saje planning buat kenduri time ika ad..sudahnye, tulang 4 kerat den la yang kene jadi robot..haha sape lg mak nak harapkan kalau bukan anak mak ni kan =)

21hb hr tu selamat dah kenduri aqiqah n kesyukuran utk baby k.ngah yg baru lahir, si kecik nur zhafirah amani..tengok je gambar pengantin cilik yg ad..







sepanjang cuti 2 minggu ni gak rutin harian ika mandikan si kecik ni..terase macam jage anak sendiri dah..ahaha ika dah biasa jage anak2 buah ika yg dah ad 5 sekarang ni, time akak2 dalam pantang ika la bidan junior.seronok dapat rase pengalaman jaga baby kecik walaupun ika belum ad baby lagi..kuangkuangkuang 

ika nak sambung menyelam sikit lagi ni..huhu settle sume ika gi jenguk korang lak k..maceh datang bace celoteh ika =)

Monday, April 25, 2011

..Alasan Mahasiswa Yang Kantoi Exam..

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tak lulus ujian..
Sebabnya bagaimana nak lulus, nak belajar pun tak sempat..
Dalam setahun kan terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik..
Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat..
Baki tinggal 313 hari..

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb..
Baki tinggal 283 hari..

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari..
Baki tinggal 223..

Tidur
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur..
Baki tinggal 103 hari..

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun..
Baki tinggal 95 hari..

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain..
Paling tidak memerlukan 1 jam sehari..
Digunakan lagi 15 hari..
Baki hari tinggal 80..

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari..
Baki tinggal 65 hari..

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain..
Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual..
15 hari terpakai lagi..
Baki tinggal 50 hari..

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak..
Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira..
Baki tinggal 45 hari..

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester..
Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam..
STRESS tahap MAXIMUS dah sure time ni..
Baki tinggal 21 hari..

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu..
Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun..
Baki tinggal 16 hari..

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk berblogging, mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak..
Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun..
Jadi baki tinggal 1 hari..

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI…
Mana boleh belajar!!


Bila ika pikir2 ad gak logiknya tp baik betulkan balik pemikiran yg ad tu..haha
sumber : ika curi kat sini.

Sunday, April 24, 2011

..Biarkan rasa itu..

Melangkah mengharapkan
Hadir dirimu
Ku genggam segala memori
Kita dewasa bersama
Menuju satu cita
Walau jalan berbeza
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah, biarkan saja
Kasihku sinar
Andai kau ada disini
Terukirlah senyuman
Tersingkir rasa sepi
Andai kau pergi dari sisi
Jangan disingkir
Diriku dari mimpimu..


Tuesday, April 19, 2011

..Kini 365 hari, TERIMA KASIH SEMUA!!!..

-ENTRI LEWAT SATU HARI-

mood yg agak touching malam ni..
tak kusangka tak kuduga sampai gak usia setahun..
..AKU tetap AKU..
selamanya ika tetap akan jadi ika..

[18 April 2011]
tercipta sejarah tersendiri..
genap setahun ika jadi blogger..
genap setahun lahirnya ika_itu_aku..
genap setahun yg baru setahun jagung ni.. =P

bila baca balik 1st entri yg ad, macam2 rasa ad..
nak tergelak ad, nak nangis pun ye..huhu
walau ap pun yg terjadi..
langkah yg ada takkan terhenti..
yg pasti senyuman akan terus mekar dibibir..

Selepas 365 hari ~
  • Masih gagal dalam usaha nak jadi blogger tegar..haha jap tenggelam jap timbul ika ni..
  • Tp kan jutaan ribuan million kuasa dua pada kamu2 yg sudi jenguk blog ika, hari2 ad je tatamu dtg wlupun tuan umah tak tnjuk muka..ngeh2
  • ika belajar banyak perkara dr dunia blog ni dan yg pasti banyak lagi yg ika kene belajar..harap sangat blog picisan ika ni dapat bagi walau tak banyak sikit manfaat pada yg lain..hihi
  • ika sayang blog ika!!!!yg ni dah mesti la kan..haha
  • Blog ika comel tak??sape lagi comel??blog ke tuan blog?? [sila abaikan persoalan2 ini]..huhu

Tuesday, April 5, 2011

..The MOST CREATIVE "HATE LETTER"..

Read this "HATE letter"..It is so funny and creative..This is a love letter from a boy to a girl.. However, the girl's father does not like him and want them stop their relationship..and so..the boy wrote this letter to the girl..he knows that the girl's father will definitely read this letter..

1. "The great love that I have for you
2. is gone, and I find my dislike for you
3. grows every day. When I see you,
4. I do not even like your face;
5. the one thing that I want to do is to
6. look at other girls. I never wanted to
7. marry you. Our last conversation
8. was very boring and has not
9. made me look forward to seeing you again.
10. You think only of yourself.
11. If we were married, I know that I would find
12. life very difficult, and I would have no
13. pleasure in living with you. I have a heart
14. to give, but it is not something that
15. I want to give to you. No one is more
16. foolish and selfish than you, and you are not
17. able to care for me and help me.
18. I sincerely want you to understand that
19. I speak the truth. You will do me a favor
20. if you think this is the end. Do not try
21. to answer this. Your letters are full of
22. things that do not interest me. You have no
23. true love for me. Good-bye! Believe me,
24. I do not care for you. Please do not think that
25. I am still your boyfriend."

So bad!! However, before handing over the letter to the girl, the boy told the girl to "READ BETWEEN THE LINES", meaning-only to read 1.3.5.7.9.11.13.15.17.19.21.23.25. (Odd Numbers) So..Please try reading it again! It's so smart and sweet.... :)

Sources : curi kat sini.

Friday, April 1, 2011

..Kekuatan sebenar terletak pada HATI..


Percaya pada HATI..~

..[ Perlu ada rasa KESIAN pada diri sendiri ]..

lalu depan mak cik duk kat tepi kaki lima pangku baby pegang cawan plastik..
hati tersentuh..
lihat pada kanak2 OKU..
hati sayu..
dengar pak cik yg cacat penglihatan main alat muzik..
hati pilu..
rasa kesian pada orang lain terlalu mudah terbit dalam hati..

memerhati pada hakikat kehidupan yg ada kat sekeliling..
bila dinilai dan dibanding..
bersyukur bila merasakan diri sendiri tak diduga dengan ujian sebegitu..
walau musibah demi musibah datang menjengah..
kaki masih mampu berdiri teguh..
senyuman masih terukir di bibir..
dan harapan buat masa ini hanya satu..
moga semangat yg ada juga cukup teguh seteguh kaki yg masih mampu berdiri..

merasakan sesuatu yang pelik jadi pada diri ika..
tak diduga gak sebegini sekali impak yg ada..
kehadiran yg tak diduga..
tp kehadirannya diterima dengan hati terbuka..
bila lidah terlalu jujur..
tingkah laku seakan tak kene..
lain dari ika yg biasa..
ika yg selalu suka memendam rasa..

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORD..
but  sometime ACTION CAN ALSO MEANS NOTHING..
NEVER APOLOGIZE FOR SAYING WHAT YOU FEEL,THAT LIKE SAYING SORRY FOR BEING REAL..
boleh pakai ke kata2 ni??
ika cuma belajar untuk lebih jujur pada diri sendiri..
jujur dengan ap realiti yg ada..
bila berdiskusi dengan hati..
jawapan dan kejujuran pasti ada di situ..
tp bila ada yg kata "SOME THINGS ARE BETTER LEFT UNSAID"..
yg ni mungkin ada betulnya..
bila mungkin apa yg kita katakan akan merubah keindahan yg sedia ada..
dan kerana itu adakalanya perlu rasa kesian pada diri sendiri..


atas ikatan persahabatan..
atas nama kawan..
ika sayang ikatan persahabatan yg dah terjalin..
PERSAHABATAN YANG LAHIR DARI HATI..
dan harap ianya akan terus kekal..
kekal atas nama K.A.W.A.N mungkin..~