..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Monday, May 23, 2011

..Ika Kena Jual: Ini REALITI bukan FANTASI..

Malangnya nasib bila tergolong dalam golongan mereka2 yang tak bernasib baik. Bukan tak bersyukur tapi kenapa diri ini yang mesti menerima dugaan ini??apa kurangnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan yang lain??tak comelkah aku??mak ayah tak sayang aku ke??apa bezanya aku dengan yang lain??sampainya hati mak ayah buat aku begini..Ya Allah..sedihnya diperlakukan begini..mak!!!ayah!!!

Mungkin itu rintihan anak2 yang tak bedosa.yang sering jadi mangsa kepada kebodohan dan kelalaian manusia pada nikmat dunia.tapi nasib aku tak semalang itu..jangan jadi anak derhaka ika..huhu realitinya memang aku pernah kene jual, tapi hakikatnya aku punya mak ayah terbaik, the best among the best parent in the world.. =)

Dari cerita yang mak aku bagitau, dulu kecik2 aku kuat nangis,(patutlah dah besar panjang ni gembeng je) sebab ni aku kene jual..haha yang ni kisah benar, sumber sahih dapat dari Pn. Ramlah Ali, ibunda tercinta dan pada usia 23 tahun kini aku ada 2 emak dan 2 ayah..

Aku pun tak sure sangat chronology yang betulnya, tapi ceritanya lebih kurang cam ni la..umur aku berapa tahun masa kejadian tu pun aku tak pasti, tapi kalau dah kuat nangis je mesti la time kecik2 lagi kan.haha.nak dipendekkan cerita budak kecik yang kuat nangis ni jarang nak ok dengan orang lain selain mak dan ayah sendiri, tapi sebab jodoh aku dengan mak abah angkat aku kuat, aku boleh kamcing dengan diorang..

Tapi kisah jual beli anak ni hanyalah akad tanpa bayaran, tempat kejadian di sebuah kampung terpencil kat tengah2 johor yang bernama Felda Layang-Layang..lafaz akad pun mungkin cam ni la kot..

Abah Saikan (abah angkatku) : “ Jali, ko jual je la anak ko kat aku.”
Ayah Azali (ayah biologiku) : “Ko amik la San.”

Dan sejak saat itu la aku ada 2 ayah 2 emak..aku dah pernah cerita pasal family aku dalam entri dulu2..basicnya pasal family angkat aku, ada abah, emak dan 4 orang anak bujang merangkap abang aku gak la..umah pun tak la jauh mana.selang 1 bumbung je sebelah rumah..dulu kecik2 selalu je aku menyibuk kat umah mak angkat aku, tidur sana main kat sana..zaman kanak2 kamcing je dangan abang2, main karem la, laying-layang la, galah panjang la, semua yang traditional aku balun la..guli pun aku pernah main, gasing pun tapi tak pernahnya reti nak main..haha

Tu cerita dulu, tapi sekarang ni oleh sebab dah membesar jadi anak dara yang pemalu, tak rapat dah dengan abang2.gi rumah mak pun jarang2.rasa bersalah ada gak tapi kan nak buat macam mana.aku balik kampung pun kadang2, nak jejak kaki kat rumah sendiri pun payah, lagi nak melangkah gi rumah mak angkat.huhuhu banyak jasa mak dengan abah kat aku, siap aqiqahkan nama aku walau aku anak angkat je..tapi tak nak la jadi anak tak kenang budi..tapinya tak ada la aku tak jalankan tanggungjawab langsung.time mak ada nak buat kenduri aku cuba gak balik menyumbang bakti apa yang patut.time raya wajib gi raya rumah mak walau tak tidur sana dah..maluuuuuuu…huhu tapi aku still harap aku boleh buat sesuatu yang lebih baik untuk mak dengan abah..

Bila ada 2 emak 2 ayah ni nak minta restu nak kahwin pun kena la minta kat empat2.betul tak??haha


4 comments:

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

salam ika
best tu ada dua mak dua ayah hehee

Kakzakie said...

Tradisi org Jawa (bangsa kakak)dulu biasanya percaya perkara ini tak tahulah Ika. Tapi dulu ada anak saudara kakak pun begitu selalu sakit. Salah sikit demam, sikit-sikit demam lalu kena jual macam ika just akad saja tanpa duit sesen pun.

Lepas tu baik pulak. Macam serasi dgn emak-bapak angkat. Sampai sekarang dia pun ada 2 emak-ayah dah jadinya.

..ika itu aku.. said...

@Mama JnJnJ@Sue@Anang
btl tu mama, kasih sayang mencurah2..hihi

..ika itu aku.. said...

@Kakzakie
org kg mmg biase dgn bnda cam ni kn kak..jauh beza dgn org bndr..