..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Monday, October 25, 2010

..Sudikah awak?? wahai sayang ku??..

 Satu ketika kau bertanya..

.......................
sudikah kau menjadi Makmum
di setiap solatku??
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku??
agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku??
agar rohaniku terisi hikmahNya..
dan akhlakku terjaga hendaknya..

..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku??
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

............................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku??
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

............................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku??
agar aku terus berada di atas jln yg benar..

.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku??
agar bila aku kelesuan,
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman =)

.............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku,mendengar luahan hatiku??
agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu
tnpa rasa ragu..

...............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian??
agar aku boleh ketawa riang..

................................

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI,
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI.."


Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................
sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................
Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik??
Pemerhati, Peneman, Pembela??
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku??

Jika suatu ketika nanti,
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu,
memerhatikanmu,
mendidikmu,
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu..

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..
kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI.."

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah..
~PERKAHWINAN~


credit to -- hana zatie

No comments: