..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Sunday, August 28, 2011

Diari Ramadhan Ika #3 : Amalan Ngunjung, Bazar Ramadhan, Pelita Merdeka dan Mercun..

Pejam celik pejam celik lagi, nak habis dah puasa.rasa macam baru semalam start puasa.hari ni jalan raya dah makin sibuk, pada yang baru nak pulang ke kampung tu berhati2 la ye..tahun ni ika tak merasa keexcitedan nak pulang beraya kat kampung sebab sebelum puasa lagi dah bermastautin kat kampung..hee

lame gak ika tak berceloteh.rindu sangat lorr.bulan puasa ni banyak berdiam je la.hari2 ika buka blog tapi bila nak menaip tu mood jap ada jap hilang.sudahnya banyak yang tergendala.bulan puasa ni pun banyak entri pendek je, kalau ada pun yang kopi pasta punye mane yang kene dengan mood tu..huhu

mengupdate dalam keadaan mengantuk ketika ini O_o Omo Omo..tapi nak update gak!!ngeh2 yang ni might entri last untuk bulan puasa ni..oleh sebab lame tak berceloteh, banyak nak highlight ni.kasi gaul rata punye..huhu
  • Amalan Ngunjung
Pernah dengar tak??pernah buat tak?kalau nak cakap pasal kunjung-mengujungi amalan mulia kompem semua pernah buat..tapi yang ni ika tak cakap pasal yang tu..amalan ngunjung yang ini boleh didefinisikan sebagai memberi lauk atau juadah pada jiran tetangga*nak bagi definisi kene skema..haha

27 Ramadhan

juadah berbuka kat umah ika malam semalam tanpa perlu mengasapkan dapur..huhu seyes semalam kat umah memang tak masak juadah berbuka sebab rezeki yang datang mencurah2..kalau dulu2 nak jumpa cam ni time pagi raya, time tu la semua sibuk ngunjung sana sini, anta lauk pun pakai mangkuk tepen a.k.a mangkuk tingkat..tapi sekarang dah lain sikit, mangkuk tingkat dah tukar guna plastik je.jimat sikit masa.hihi nak elak suasana kelam kabut pagi raya mak akan masak awal, semalam kepada semalam la jadi rajin tolong mak kat dapur..huhu amalan ngunjung ni ada give n take..bila dah bagi kat jiran, esok2 hari mesti ada balasan..tu yang jadi dapur tak perlu berasap malam tadi..ngeh2

ika membesar dengan amalan ni..ada yang cakap amalan ni femes bagi orang jawa *ye saya anak campuran jawa =P..tapi dari pemerhatian dan pengalaman ika sendiri amalan ni wujud dalam masyarakat kampung..lagi2 bila tinggal dalam komuniti yang berbangsa melayu *jawa pun kira melayu gak kan?? ada gak ika dengar kat johor je ada amalan ni, bangga jadi anak jati Johor maa =) amalan ni sangat2 berhasil untuk mengeratkan dan memperkukuhkan semangat muhibbah..kat bandar payah nak jumpa kot cam ni..
  • Bazar Ramadhan
nak cite pasal bazar ramadhan ni, tahun ni ika malas nak gi bazar..huhu tak tau la kenapa.tahun2 sudah ada gak la rasa excited nak gi, paling tak seminggu sekali..puasa kali ni tekak lagi kuat minta nak makan lauk mak masak..

tapi dalam kemalasan yang ada tu sampai gak kat bazar..bazar yang dekat tak gi yang jauh gak ika jejak kaki..ada la sekali ika jejak kaki kat bazar bandar putra, kulai..masa tu gi kulai nak anta anak2 k.long, ada gak la pk nak bawak something g umah k.long..saje ajak budak2 kenis 2 org tu gi jalan bazar, tu pun sebab mood diorang ok time tu..


dalam banyak2 bazar, bazar kat bandar putra yang gak ika jengah..k.long pun pelik jauh benor gi jalan sampai sana..jawab senang je kat k.long, " saje nak jalan2.." tapi yang betulnya hati berat nak sangat gi sana time tu..jalan2 sane dapat la melawat Pak Cik sorang ni..dapat air free plak tu..dah hujung2 baru jejak kaki kat sane, kalau g awal2 puasa boleh gak ika tolong promote ayam bakar awal2..huhu
  • Projek Pelita Merdeka, Bunga Api & Meriam buluh
panjang benor la title, nampak sangat banyak la konon nak cite..huhu tak meriah nak sambut raya kalau tak pasang pelita depan umah..tul tak??mood nak raya tu tak berapa nak ada, tapi bila dah ada cahaya2 pelita api kat depan umah baru rasa raya dah dekat..amalan pasang pelita ni gak kadang2 sinonim dengan malam 7 likur tapi pada ika ta guna gak sibuk nak meriahkan malam2 terakhir ramadhan dengan hanya kerlipan cahaya pelita tanpa ada sinar cahaya sebenar dari amalan2 kita..rumah yang dipenuhi dengan amal ibadat akan diterangi cahaya tanpa perlu ada pelita..



nampak tak ada bintang bercahaya??yang ni projek pelita utk tahun ni..huhu mak yang request pasang pelita ni..cucu2 mak dah makin membesar, biar diorang semangat sikit nak raya..kakak yang baru 6 tahun tak tinggal lagi puasa tahun ni =) 




bila dah ada pelita tu tak best la kalau tak de bunga api..duk sibuk nyalakan api, sibuk gak la layan karenah 3 cucu nenek ni main bunga api..zaman ika dah berlalu, tengok je la diorang main..huhu tapi yang berlalu tu zaman bunga api, mercun belum lagi..korek2 stok lama dapat gak la letupkan mercun roket 4 5 batang..huhu *AMARAN KERAS : MERCUN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG SEKELILING!!

pas tu nampak tak yang belang2 merah putih tu..kite kene fair and lovely..dah tema tahun ni merdeka raya ada la pacak gak jalur gemilang depan rumah..hihi

cakap pasal meriam buluh ni memang ada keinginan nak letupkan meriam buluh lagi tapi mampu pendam je la, buang tebiat kang kalau letupkan betul2..huhu tapi untuk semiggu 2 ni traffik untuk entri ika yang INI mendadak naik..tau la nak raya dah..mesti sume nak update pasal raya..yang pasti traffic naik mesti sebab yang bawah ni..

gambar meriam buluh usop sontorian yang gedabak ni..huhu

Usop Sontorian a.k.a Usop anak jati Sonto..tiap kali nak balik kampung mak kat batu pahat mesti lalu depan Parit Sonto..Kadang2 tu wondering gak la watak Usop ni animasi semata2 ke memang ada budak Parit Sonto nama Usop..huhu


Dalam kita sibuk nak siapkan persiapan raya, jangan buat2 lupa Ramadhan tak habis pun lagi..~


tak leh nak panjang lagi dah..
thanks for reading ye...=)



No comments: