..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, December 6, 2011

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

  • Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
    • Ika cakap - Ika jenis tak banyak cakap, jadinya cukup dengan hanya jadi pendengar yang terbaik. Kekadang diorang tak minta kita tolong bagi pendapat nak selesaikan masalah diorang, cukup ada yang kongsi n tau apa masalah diorang.
  • Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan dan ciuman. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
    • Ika cakap - Mak n ayah tak harap hadiah beribu riban untuk amk hati diorang, cukup dengan pelukan dan ciuman serta ucapan sayang anak2..
  • Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
    • Ika cakap - Jeles bile K.Long & A.Long dapat nota rahsia dari anak2. nak gak!! 
  • Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
    • Ika cakap : Member2 ika label ika "Ika Suka Gelak"..Sesape perlukan kawan nak ketawa boleh geng dengan Ika..kuikuikui.
  • Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia.
    • Ika cakap : We need to learn to compliment others. Takkan nak harap orang puji kita je tapi kita berat nak puji orang lain. Kawan2 Ika selalu cakap Ika comel..ahaha 
  • Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.
    • Ika cakap : Nak cari suami yang rajin, senang Ika nanti..huhu
  • Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
    • Ika cakap : Waktu sendiri ni kena manfaatkan sepenuhnya. Jangan terlalu menangisi yang lalu, tapi fikirkan apa hikmah di sebaliknya. Everything happened with reason..
  • Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
    • Ika cakap : Give your smile to everyone, it might be the only sunshine they see all day..[ SMILE : Special Magic in Loving Everyone ]
  • Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
    • Ika cakap - Tubuh badan yang sihat menjamin ke arah kehidupan yang ceria dan bahagia. Ini gak salah satu cara untuk kita bersyukur n menghargai kehidupan yang kita ada.
  • Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
    • Ika cakap - Doa untuk mak ayah jangan pernah tinggal. Jasa dan pengorbanan diorang besarkan kita takkan mampu kita balas..~ 

    Jantung Pisang Ika..~

No comments: