..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, February 7, 2012

[The Booking Moment] : One Step Forward

Salam semua..Masih dalam mood bercuti lagi kan hari ni. Dan ika masih lagi dalam mood keawang-awangan. =P Alhamdulillah, selesai dah majlis pertunangan ika. Syukur semuanya lancar je. Moga DIA akan terus permudahkan jalan kami untuk perancangan yang akan datang nanti..

Majlis yang serba sederhana tapi cukup untuk jadi satu memori indah pada ika. Perkhabaran tarikh pihak lelaki nak datang rumah ika dapat awal januari tapi masa tu ika masih kat bumi Gombak lagi, tak selesai lagi dengan final exam untuk final semester ika. Fokus lari sikit time tu.hoho 

Selesaikan semua urusan yang perlu, ika selamat balik Johor 21hb, 22hb attend kenduri kawen cousin ika dulu. 23hb baru dapat duduk dengan tenang kat rumah mulakan persiapan, 2minggu je tinggal. Selamat ada kakak2 yang dah berpengalaman yang banyak membantu.huhu

7 dulang dari pihak lelaki, balasan 9 dulang dari ika. Dengan masa yang tak banyak, sempat gak kuar dengan bakal incik tunang gi Jalan TAR beli kain pasang untuk baju nikah. Baju nak pakai masa majlis kalau boleh ika nak jahit sendiri tapi memandangkan masa macam cukup2 makan je, atas nasihat K.Long n K.Ngah gak, ika beli baju siap je. yang selebihnya balik Johor baru ika sediakan.

Tema kuning jadi pilihan. nak kata minat kuning jauh benor.hoho duk cari2 tema apa nak pakai terpandang bunga kuning kat header atas tu. tetibe memberi inspirasi.ngeh3 

Sepanjang 2 minggu yang ada tu ika boleh cool lagi, tapi bila sampai masa tiba hari kejadiannya baru datang feeling nebes, gelabah dah segala yang seangkatan dengannya..huhu dari saat dapat call rombongan pihak sana dah bergerak ke rumah, kadar degupan jantung terus naik mendadak. bila dah sampai depan rumah lagi rasa macam nak meletup.haha ok, baru tau cam ne rasanya..hihi member2 yang ada teman dalam bilik pun tergelak, 1st time tengok ika gelabah. selalu ika la paling cool.hoho sampai saat dipanggil keluar, bila selak langsir tunjuk muka kat luar time tu terus tak rasa apa2. jadi macam robot je ikut mana disuruh duduk.hoho

saje nak propa, ika cool je la..haha =)    

Maintain cute depan Bakal Ibu Mertuaku @ Umi..hihi

Kena kredit pada si 'Pengapit Kecik Mokde' yang setia ada sebelah ika jadi pari2 kecik. Sayang kakak!!

My Beloved Emak + Future Mother-in-Law..wink2


Percaturan DIA yang terbaik =)

Alhamdulillah bila majlis selesai dan lancar. Ada peluang seminit dua sendirian dalam bilik, menitis gak air mata. huhu macam tak percaye dah bergelar tunangan orang. banyak yang ika lalui untuk sampai ke saat itu. dan apa yang DIA dah tentukan untuk ika kini, ika terima dengan hati yang tenang. Redha itu ikhlas ^_^

sesudah lambaian terakhir hantar rombongan incik tunang pulang, ika salam dengan semua yang ada. terharu dan bersyukur dengan iringan doa dan restu daripada semua. paling sayu dengan ayat kakak ika bila dia peluk, "Macam tak caye Mokde dah nak kena amik orang".huhu 


Terharu sangat!!

Terima kasih untuk doa dan nasihat yang diberi. Bekalan paling berharga untuk melalui fasa baru dalam hidup ika kini. Tanggungjawab yang lebih besar, dan dugaan yang datang mungkin lagi hebat. Moga takdir DIA menjadi milik kami, InsyaALLAH..~

15 comments:

syira syah said...

wahh tunang dah. tahniah!

~ClassicDreamNanieAmanda said...

ika..percaturan DIA mmg indahkan..terubat sedikit kesakitan melihat dirimu bahgia n maintain cool..keep it forever=)

Aini Azman said...

tahniah,.darah manis dah awak =)

..ika itu aku.. said...

@syira syah
TQ dear =)

..ika itu aku.. said...

@~ClassicDreamNanieAmanda
Thanks for ur support..
Thanks for d happiness that we share together..
Thanks for everything laling =)

..ika itu aku.. said...

@Aini Azman
Maceh ye dear =)

NajwaZin said...

Congratulations ika!!! Happy to hear this. Sikit lama punya berangan, now dah jadi milik fiance.. Alhamdulillah. Jangan lupa ajak wawa kahwin nant :P

..ika itu aku.. said...

@NajwaZin
TQ so much wawa..
sampai mase mjlis nanti ika jemput k.. ^_^

Puan Besar Shag Yahaya said...

Bila nikahnya pulak dalim ? Hehe :D

Eyeme said...

olololo..coemlnye penanda keramat tuh..kecik cumel je :D


terasa nak satu..eh -.-"

..ika itu aku.. said...

@Puan Besar Shag Yahaya
Coming soon lalim..huhu

..ika itu aku.. said...

@Eyeme
smpi turn eyeme nnt bkn 1 je, 2 gak dpt..hihi

NajwaZin said...

Most welcome! Xsabar tunggu kad ika hehe

♥ nana i am ♥ said...

tahniah ika :) semoga apa yang dirancang berjalan lancar ye..bila majlis ika ? :)

..ika itu aku.. said...

@♥ nana i am ♥
amin..
TQ nana =)