..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, February 22, 2012

Bride To Be Mode : First Draft CHECKLIST

Langkah pertama dalam merancang perlu ada senarai periksa. Tanpa "checklist" pasti akan ada kecacatan nanti..hihi Tarikh pasti masih dalam perbincangan dan insyaAllah sebelum 2013 menjelma, tunggu dah dekat nanti baru ika publish.. =)




PERJALANAN MAJLIS
-----------------------------------------------
Simpang Renggam, Johor

Majlis Kesyukuran
Hari : Khamis
Tarikh : -
Masa : Lepas Isyak
~Dah jadi satu kebiasaan kalau nak buat kenduri kawen kat kampung ika akan ada kenduri kesyukuran dulu. Cuma majlis sederhana dengan bacaan yassin dan doa selamat. Jemputan pun hanya jiran tetangga dan jemaah masjid.
#CHECKLIST
*Makanan tetamu
*Jemputan
*


Majlis Pernikahan
Hari : Sabtu
Tarikh : -
Masa : (kalau ikut ika pas zuhur..huhu)
~Niat ika nak nikah hari Jumaat tapi bila bincang dengan incik tunang mungkin susah. Jadinya tak nak susahkan sesiapa majlis nikah insyaAllah buat hari Sabtu. Lagi satu nikah kat masjid, tak mau buat kat umah. sebab musabab utamanya tak mau ramai orang tengok babak air mata yang confirm akan jadi..haha
#CHECKLIST
*Borang :
*HIV Test :
*Kursus Kahwin : DONE
*Tempat : 
*Kain pasang baju nikah : DONE
*Tema : Off White
*Tailor : 
*Hantaran :

Majlis Berzanji & Malam Berinai
Hari : Sabtu
Tarikh :
Masa : 9.00pm
#CHECKLIST
*Kena master rawi Al-jan - mak dah bising..huhu
*Baju
*Kompang
*
Majlis Khatam Quran
Hari : Ahad
Tarikh :
Masa : (pagi)
#CHECKLIST
*Juzu' Amma
*Baju : Recycle baju tunang
*MUA : sdn. bhd.
*
~Kalau masa kakak2 ika sebelum ni majlis Khatam Quran & Berzanji buat serentak malam yang sama. Time K.Long tak buat malam berinai, bila tengok masa time K.Ngah bila tambah malam berinai habisnya agak lewat dan agak sikit kelam kabut. Jadinya atas perbincangan tertutup dengan mak dan akak2, asingkan majlis Khatam Quran. =)


Majlis Resepsi
Hari : Ahad
Tarikh :
Ketibaan Pengantin : (tengahari)
#CHECKLIST
*Baju Sanding :
*Tema :
*
---------------------------------------------------------
Lumut, Perak


Majlis Bertandang
Hari :
Tarikh :
Masa :
#CHECKLIST
*Pelamin
*MUA
*Baju Sanding
*Tema
*


Tak de rupa checklist pun, banyak lagi yang rongak pun..huhu ni just ika punya first draft, nanti akan diupdate dari masa ke semasa dan entri2 akan datang besar kemungkinannya mesti pasal ika punya preparation..kikiki malu lak la..toink3

2 comments:

♥ nana i am ♥ said...

seronoknya~ nana takde check list pape pon :(

[.ika itu aku.] said...

@♥ nana i am ♥
majlis lambat lagi kot nana, ika saje je buat ni..hehe