si sang perantau, bila dapat kembali ke rumah pastinya satu perasaan yang cukup indah...tak merancang nak balik minggu ni tapi tiba-tiba rasa nak balik.kerinduan yang teramat sangat pada emak dan kebetulan ada sebab nak balik dan membolehkan aku balik tanpa perlu bersusah-payah.thanks to kak ngah..
selamat tiba kat halaman rumah pukul 4.30 pagi, aku kejutkan mak yang agak terkejut dengan kepulangan kami..bila menatap wajah mak yang menyambut kami, wujud satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan...Ya Allah, terima kasih kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.kau panjangkanlah usia kedua ibubapaku...
jam 4.30 pagi bagaikan dah pukul 10 pagi..riuh suasana kat rumah dengan gelagat anak-anak saudara aku yang turut celik waktu tu...walaupun mata agak mengantuk tapi aku tak terasa nak masuk tidur langsung, terasa cam tak nak lepaskan peluang yang ada..waktu berganjak hingga subuh menjelma.aku cuba tunaikan kewajipanku dengan rasa keinsafan.hati kecilku merintih lagi..
ika,kau gagal lagi...
ika,kau gagal lagi...
mata yang mengantuk masih nak terus celik.masa yang ada terus dimanfaatkan bila dapat sarapan bersama.aku bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini.sebuah family yang cukup sempurna bagi aku walau ada kekurangannya...
tapi masih ada yang hati aku cari dan hingga saat ni aku masih gagal...
No comments:
Post a Comment