Bila dia menjauh.
Bila masa membina jarak.
Dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa,
kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
Jangan lupa,
kita pernah meminta DIA menjauhkan dia.
Bila dia bukan untuk kita.
Maka bila dia semakin jauh.
Mungkin ini petunjuk DIA.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan berlapang dada.
Kerana aturan DIA lebih indah dan baik dari yang kita jangka.
Jangan pernah lupa.
Semua hanya boleh berlaku dengan izin DIA.
Bila bukan nama dia yang tertulis dalam rencana DIA.
Maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.
Tapi jangan kita jauh dari DIA.
No comments:
Post a Comment