Tuesday, September 14, 2010
..be soft..
Be soft..
Don't let the world make you hard..
Don't let the pain make you hate..
Don't let the bitterness steal your sweetness....~
Sunday, September 5, 2010
..♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL..
Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita..
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
HE always knows...~
Tuesday, August 31, 2010
..Mercun, Meriam Buluh dan Aku..
detik 12.00 malam 31 OGOS dah pun berlalu..tak perlu sambutan besar..cukup sekadar kita tahu menghayati dan menghargai apa erti sebenar di sebalik kemerdekaan..sedih bila mengenangkan apa hakikat sebenar yg ada dalam masyarakat kita sekarang..laungan merdeka sana sini, tp sebenarnya jiwa mereka tak pernah merdeka..merdeka pada erti kata bebas tp kebebasan yg disalahertikan..
aku panjatkan kesyukuran kerana diberi peluang utk lahir sebagai anak merdeka..tanpa perlu merasai perit jerih ditindas dan ditakluk..
tak nak terlalu emosi malam ni..sambil2 siapkan kerja yg ada, kedengaran sayup2 bunyi mercun..buat aku terkenang memori zaman kanak2 aku..hehe memori yg cukup indah..lagi2 nak dekat raya ni..
mercun??meriam??
jangan pandang rendah pd anak mak yg cengeng ni kalau aku cakap
aku pernah letupkan meriam buluh..!
huhu selamat aku tak meletup sama..kami amat mengutamakan keselamtan k...hihi bila ingat balik kenangan2 tu, terbit rasa rindu yg tak dapat aku tafsirkan..zaman kanak2 la paling best..banyak2 mercun, mercun roket, mercun naga, mercun mancis, mcm2 lagi la..dan yg paling femes dah tentu mercun bawang...haha
aku pernah letupkan meriam buluh..!
huhu selamat aku tak meletup sama..kami amat mengutamakan keselamtan k...hihi bila ingat balik kenangan2 tu, terbit rasa rindu yg tak dapat aku tafsirkan..zaman kanak2 la paling best..banyak2 mercun, mercun roket, mercun naga, mercun mancis, mcm2 lagi la..dan yg paling femes dah tentu mercun bawang...haha
tp skrg punya mercun lebih pada makan tuan..time nk raya la mcm2 berita dengar..pesanan kepada semua..jaga diri leklok nak dekat raya ni..hati2 dalam perjalanan pulang ke kampung halaman..
walaupun mood raya dah membuak2, tp kita still tak habis puasa lagi..utamakan yg lebih utama dulu..kejar apa yg kita perlu kejar sekarang..selamat datang LAILATUL QADAR.....~
Sunday, August 29, 2010
..lapang sebelum sempit..
antara nikmat dan syukur..
kita biasanya akan lebih menghargai sesuatu yg sukar kita peroleh tp kita sering lupa pd nikmat yg telah sedia ada..
rasa diri tak layak nak bagi ceramah panjang..
ilmu yg ada masih cetek..
makin di cari ilmu, makin aku sedar betapa kerdilnya diri dengan ilmu yg ada..
aku cuma nak buat peringatan pada diri sendiri dan harap dapat manfaatkan yg lain..
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
mesti semua tahu pasal 5 perkara sebelum datang 5 perkara ni..
tp kita selalu lupa..
betul tak??
saat ni..
aku merasai perubahan demi perubahan yg mula hadir dlm hidup aku..
di sebalik perubahan yg aku harapkan hadir sama perubahan yg aku tak jangka..
mula rasa lebih tenang dalam melalui kehidupan yg ada..
cuba berusaha sebaik mungkin utk memperbaiki kekurangan diri..
yg paling aku harapkan aku istiqamah dgn niat yg aku pegang..
bila kita letakkan DIA sebagai yg paling rapat dalam kehidupan harian kita, kita akn sedar betapa kita ni hamba yg sangat bertuah..
tapi kita takkan boleh lari dr fitrah manusia yg serba kekurangan..
kadang aku kuat, kadang aku lemah..
paling menyedihkan bila aku leka dan lalai dengan tanggungjawab sebanar aku..
bila aku izinkan nafsu merajai..
langkah seakan tersasar dr niat sebenar..
hati mula gundah gelisah..
kutip semula semangat untuk kembali ke landasan sebenar dgn hrpn setiap lagkah yg diatur tak tersilap lagi..
YA ALLAH, tetapkan hatiku dalam menuju redhaMU..
apa kaitan dengan lapang sebelum sempit??
bukan nak merintih dalam kesempitan sebab aku dah jumpa jalan pulang yg luas..
aku bersyukur sgt nikmat muda, nikmat sihat, nikmat kaya yg sedrhana n yg plg pnting nikmat hidup msh ad lg hgga saat ni..
cuma kehidupan aku banyak berubah sekarang..
perubahan yg buat aku makin kuat bila aku mula kehilangan waktu lapang aku..
terasa sangat perubahan yg tiba-tiba ni..
tu yg jadinya blog aku ni pun dah timbul sawang =P
minggu terakhir sebelum balik cuti jadi minggu yg paling mencabar..
di kala semangat nak balik kampung bermaharajalela, aku tak boleh terus leka..
masih ad tugas menanti yg perlu diselesaikan..
masih ada 3 mid term yg perlu dijawab..
satu kelemahan kita yg serba kekurangan ni..
kita selalu rugi..
bila ada masa lengang kita sia2kn, tp bila dah kesempitan masa kita mula merungut dan menyalahkan..
bila tekanan dan bebanan mula hadir..
tp 1 perubahan yg aku sedar..
aku semakin memparbaiki pengurusan masa aku..
bila memikirkan kerja2 yg menuntut utk disiapkan,jangan sekali merungut..
paling penting kita kene ada perancangan..
"..if we fail to plan, we are planning to fail.."
tp di sebalik kekuatan yg aku kumpul, ada gak bait2 kerisauan yg menghantui bila aku check jadual final aku..
1st paper 23 Oct..
2nd ppr 3 Nov..
tarik nafas paling lega dengan jarak masa yg ada..
tgk 3rd paper 9 Nov, tarik nafas lega lagi..
next paper?? 10 Nov..
then 11 Nov..
pas tu 12 Nov..
last papr 13 Nov..
mula tak senang duduk..
tak dapat nak bayangkan lagi apa yg akan jadi nanti..
nasihat yg paling popular, buat persediaan awal..
tp harus diakui di sini aku sangat lemah bab tu..
lebih suka jadi student yg study last minit..
ada ciri2 negative di situ..huhu
apa2 pun tak nak merungut..
..PERLU KUAT UTK DIRI SENDIRI..
come on ika..
chaiyok2!!
Friday, August 27, 2010
..PERSADA..
Kita aturkan bersama
Seiring mencorak cita
Tinggi di puncak jaya..
Rintangan pasti ada
Menguji tiap kita
Semangat usah luntur
Kita pejuang unggul..
Terus berusaha usah putus asa
Cipta keyakinan rentas halangan
Pastikan berjaya capai kejayaan
Hari kan ceria dengan senyuman..
Harungi kepayahan
Kentalkan keazaman
Tampil sama berpadu
Capai murni impian..
..Akademi Fasilitator theme song..
Subscribe to:
Posts (Atom)




