..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, October 4, 2011

..Masih Ada Yang Sayang..

Kita tak perlu nak jadi kuat setiap masa, fitrah manusia serba serbi tak sempurna. jadinya normal kalau nak nangis kadang2 pun. ada someone pernah nasihat aku, jangan terlalu mudah menangis, nanti hati kita mudah jadi lemah. memang aku akui ada betulnya apa yang dia cakap tu. tapi bagi aku nangis buat aku lega. aku bukan yang senang nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati, kadang2 bukan tak nak story tapi tak jumpa ayat yang boleh buat orang lain faham.

"Setiap ciptaanNYA bersebab. Diciptakan air mata untuk menangis. Menangislah di hadapanNYA, mengadulah padaNYA. Menangis sebagai tanda kehambaan kita pada DIA."


Dugaan demi dugaan datang dan akan terus setia mengiringi langkah-langkah kita. Jangan biar langkah kita tempang. dan dugaan paling besar yang paling dekat dengan kita,hati kita sendiri. dugaan untuk berdepan dengan diri sendiri. mulut kita mampu menipu, tapi hati kita takkan pernah berdusta. 

aku hanya insan kerdil, ilmu yang ada masih terlalu cetek.berbekalkan pengalaman hidup yang ada, hari demi hari aku cuba manfaatkan sebaiknya. belajar dan terus belajar apa sebenarnya kehidupan.pengalaman hidup itulah cikgu terbaik dan kita akan betul2 menghargai pengalaman yang kita ada bila kita sedar apa erti kehidupan.

Untuk setiap saat yang berlalu, kita takkan ada peluang nak kembalikannya. hargai apa yang masih kita miliki. sentiasalah ingatkan diri sendiri, jangan harapkan orang lain untuk mengingatkan kita, mungkin satu masa peringatan tu dah tak berguna.


SESALAN..bila aku tak menghargai apa yang pernah aku miliki sebelum ni. usia remaja yang aku sia2kan. andai dapat diputar kembali masa tapi semua tau itu mustahil. jalan menuju cinta DIA tak pernah mudah, tapi cinta DIA tak pernah sepi.


Kesedihan pasti hadir seiring dengan setiap perpisahan yang berlaku, tapi tak perlu seksa diri untuk terus bersedih. bila emosi mengatasi segalanya, hati akan mempertikai ketentuanNYA tanpa kita sedar hakikat nikmat yang akan hadir selepas kesedihan tu. Life is to short to hold back. setiap orang ada jalan cerita kehidupan sendiri. dan pasti kita berusaha untuk pergi jauh dari kisah silam yang pahit, yang buat kita terluka. dan dalam kita tak sedar juga, ada tingkah laku kita yang akan melukai orang lain.

If we never thank ALLAH for every  smile, then why should we blame HIM for every tear??~

Terasa sangat hina bila selama ni bagai tak bersyukur dengan kurnian DIA. perpisahan itu pasti. bila dan bagaimana hanya Allah yang tahu. dari setiap pertemuan akan ada perpisahan dan dari perpisahan akan ada pertemuan yang baru. dan pertemuan yang baru tu akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik..

Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next success. Only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly. So don't give up if you failed!!!!!.....~

Hati manusia sangat rapuh dan manusia memang mudah lupa, selalu lupa untuk menghargai apa yang mereka miliki. setiap keputusan yang kita ambil pasti akan merubah kehidupan kita, sama ada itu yang kita harapkan atau mungkin jadi yang sebaliknya. biarkan kaki untuk terus melangkah, kutip pengalaman yang baru, cipta perjalanan yang baru dengan semangat yang baru..

Jangan sesekali meratapi kegagalan yang ada. yang pasti dalam setiap langkah perjalanan kehidupan kita akan ada DIA. kebahagiaan hakiki adalah keredhaan dariNYA. gapai setiap peluang yang masih kita ada..~



Terima kasih kerana sudi menemani setiap langkahku..~

3 comments:

dayah SnoW Heuka said...

seyes! suke entry niyh.. izn share keyh ^_^ salam kenal :D

sherah said...

owuh Allah :'(

cik ery said...

setuju :)