SHAHS Mosque, IIUM
Recall Scene 1
4.00pm
Abis kelas kul 3.30 kaki menapak terus gi cafe, lapo lak la time ujan tu..alkisah dari pagi duk bertapa dalam bilik je, kelas first kul 2 memang relax je la..huhu tak de la bangun kul 11pagi, pas subuh gi amik angin keliling UIA jap..hoho panjang plak la introduction ni..
singgah cafe tapau nasi, ada gap nak tunggu kelas kul 5 tu selalu memang malas nak balik, nanti bertambah malas nak gi kelas kul 5 tu kang..kaki terus menapak gi masjid, tak rasa nak gi mana2 dah..masuk kat bahagian tempat rehat sister tak ramai sangat student, cari port nak bersila..tenang je menikmati rezeki yang dapat masuk dalam mulut..toleh kiri kanan sikit ada paper kosmo..sedih tengok berita muka depan kosmo hari ni..
"Ya Allah, sebagaimana KAU perelokkan rupa ciptaanku, perelokkanlah juga budi pekertiku."
Semoga diri ini dipelihara dan dijauhkan dari perbuatan yang dimurkaMU..
tiba2 rasa terganggu..dengar bunyi lagu omputih dan tambah terganggu bila tambah satu lagi suara orang menyanyi sama..bila toleh diri sendiri yang rasa malu..2 orang gadis melayu duk main hp..kalau setakat bunyi hp ada call masuk tu tak menjadi masalah, tapi yang tak patutnya bila memang sengaja buka lagu, boleh nyanyi lagi tu..tak sedar ke kat mana diorang duduk time tu..kat MASJID cik adik..yang duk jauh boleh dengar nyanyian yang memang tak merdu tu, lagi la yang ada kat dalam ruang solat sebelah je dengan diorang..bila tengok keliling ada lagi 2 orang sister tak jauh dari ika tengah buat discussion yang sama2 terganggu gak la..ika pandang dia, dia pandang ika balik..masing2 hanya mampu senyum je, senyuman yang kami je faham maksudnya..
tak rasa nak duduk lama lagi kat situ..habiskan baki nasi yg tinggal..bangun cuci tangan, g amik wudu' sekali..lalu sebelah 2 cik adik tadi pun tak ad effect ap2 kat diorang..nak kata tak cukup matang adik junior yang paling muda pun 19 tahun..tak nak malukan sape2, jalan terus je la..
Recall Scene 2
Solat Asar
Naik kat bahagian solat muslimah kat atas, cari port sesuai duk diam2 buat apa yang patut. tak lama duduk dengar azan asar..bilal iqamat bangun la buat saf..dah ada kat masjid rugi tak manfaatkan peluang yang ada kan..elok berdiri sebelah 2 sister yang ika pun tak sure asal dari mana, muka ada arabian..uniknya masjid UIA ni bila dapat himpunkan umat dari seluruh dunia tak kira warna kulit, bahasa pertuturan dan mazhab juga berbeza..masa mula2 masuk UIA 4 tahun lepas agak terkejut gak la dengan suasana kat masjid UIA.kompius kompius.tapi sekarang nampak ada muslimah yang solat tak pakai telekung tu perkara biasa, cara solat, cara kiam..datang masjid UIA kalau nak tau =)
nak cite pasal solat asar petang tadi, elok tengah khusyuk solat something distract ika..huhu bangun masuk rakaat ke2 time kiam tiba2 sister yang sorang ni depakan tangan dia tolak sikit sister yang sebelah ika ke belakang sikit. nak bagi faham sister yang sebelah ika ni macam dah terkedepan sikit masa bangun dari sujud..seriously absolutely time tu memang agak terkejut sebenarnya..bayangkan sendiri la..dan tentu kat sebelah ika, tipu la kalau ika tak nampak..hilang terus khusyuk solat ika time tu =( time solat asar bacaan imam kan tak perlu didengar, jadi sumber nak dapatkan khusyuk tu datang dari diri sendiri..lain bila solat yang kita dengar bacaan imam..Ya Tuhan, terimalah ibadahku..
apa yang jadi tu buat ika teringat kisah ustaz masa ika gi kursus kawen hari tu..pengalaman dia hilang khusyuk dalam solat..ustaz pun boleh terganggu lagi la ika ni..heee ustaz tu cerita kisah sorang makmum ni punye la nak naikkan jari telunjuk masa bacaan tahiyat tapi tak tau dari mana dia belajar apa yang dia buat tu..dia guna tangan kanan dia garu kepala, pas tu dia ganti dengan tangan kiri letak kat kaki kanan masa bacaan tahiyat tu n siap naikkan jari telunjuk kiri gak..boleh bayangkan tak??=P mulenye kitorang agak blur gak tapi bila ustaz sendiri buat demo dia garu kepala pakai tangan kanan, then letak tangan kiri kat kaki kanan, naikkan jari telunjuk kiri, satu dewan gelak habis..pengalaman yang bukan senang nak dapat tu..
entri ni tak de niat nak jatuhkan sape2..cumanya semua tu hakikat kehidupan seharian kita..benda yang kita tak jangka tak mustahil berlaku..yang kisah 2 cik adik tu..even kat UIA pun terjadi perkara macam tu..nama UIA bukan lesen nak nampakkan segalanya baik je kat sini..bagi ika sendiri, ika sentiasa cuba berusaha untuk memperbaiki diri..kadang2 rasa berat gak nak bawak nama UIA tu.bila ada yang tanya study kat mana, bila ika sebut UIA..persepsi yang biasa ika terima, "OOooo, nak jadi ustazah la ni.." kerdil sangat rasa time tu. ilmu yang ada cetek sangat..yang pasti ika bersyukur sangat bila dapat peluang untuk jadi sebahagian dari keluarga UIA..tak mampu nak diluah dengan kata2..
No comments:
Post a Comment