..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Tuesday, March 20, 2012

Missing In Action : Kena BUANG universiti

Mood sedih sedang berleluasa..Perlukah?? Perlu kalau ikut tema tittle entri ni.. Tapi yang betulnya air mata sedih dan gembira mengalir seiring.. =)

Ini ceritera minggu lepas. Entri dah mula jarang2 dan rasanya akan lebih kerap jarang nak update pas ni..

Reflection of life. Biasa buat by day tapi ni ika sum up seminggu lalu punye kisah. =) 

Kita selalu harapkan hari ini akan jadi lebih baik dari semalam tapi tiada yang indah selamanya. Semakin DIA sayang kita, semakin DIA duga tinggi mana kasih kita.

-------------------------------------------------------------

Minggu lepas kembali naik bus ke KL, Gombak yang spesifiknya. Nak uruskan apa yang masih belum selesai, langsaikan segala hutang piutang yang masih tergendala. Dalam nak melancarkan urusan tu ada gak kecacatan yang timbul. Dan bila kembali muhasabah diri untuk sepanjang seminggu yang berlalu, 2 pengajaran penting ika ajar pada diri sendiri..

HUKUM KARMA TUHAN
Tuhan Maha Adil. DIA hadiahkan ganjaran untuk setiap kebaikan dan DIA datangkan balasan untuk setiap keburukan. Kadang kita tak de niat nak buat benda buruk tu. Tapi bila dah buat, even TERbuat tanpa sengaja, menyesal pun tak guna. Kadang benda yang buruk tu nampak kecik je, tapi kecik atau besar tetap akan ada balasannya.

EXPECT THE UNEXPECTED
Always be prepared with Plan B. Kadang apa yang kita rancang tak semuanya ikut macam yang kita nak, rasanya selalu kan. Lagi2 bila sesuatu perkara tu kita tak pasti. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan bekal sebelum lapar, sediakan duit lebih dalam poket sebelum kena cas lebih =P Pejam mata je hulur duit time tu.. -_-


Ni ha sebab ika kena BUANG. nak tuntut dia ni ika kena makesure name ika kena CLEAR dan diBUANG. Dalam sedih tetap ada gembira. Alhamdulillah =) 

--------------------------------------------

Untuk sesuatu perkara yang kita suka, kita akan berusaha untuk cari jalan. Dan alasan demi alasan akan kita cipta untuk perkara sebaliknya. Realiti kehidupan, perkara yang membuat kita berdiri teguh dan jatuh sentiasa ada dekat dengan kita. 

SAYA SAYANG MAK SAYA!!! SAYANG SANGAT!!

Mungkin akan hilang lagi untuk minggu seterusnya. Next entri pun tak tau bila akan terbit.hoho Gonna have a long journey.
[ Johor-KL-Kelantan]
Lame dah plan nak jejak sana tapi tak kesampaian, InsyaALLAH plan kali ni jadi. Pray for me k. t ika belikan oley2 ek..hikhik

1 comment:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Hek eleh. Tu kena buang cara baik tu. Ingatkan kenapa. Buat cuak je. Oh oh. Ika pangkat kakak. Beza setahun jep kita ni ;)

Sakan berjalan nanti. Fi hifzillah ;D