..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Friday, August 6, 2010

..senyuman masih ada..

Mata masih enggan lena dan minda terus ligat berfikir..kembali merenung perjalanan kehidupan aku sepanjang 22 tahun aku bernafas..baru 22 tahun..angka 22 nampak cam sikit tp hakikatnya sepanjang 22 tahun ni,aku lalui kehidupan yg penuh liku..pengalaman hidup yg cukup dengan pahit manisnya, pengalaman yg sgt2 bermakna dlm membentuk ika yg ada kini..

Ibaratkan seperti budak baru bertatih, jatuh sekali akan jatuh lagi sampai akhirnya kaki yg ada cukup kuat utk menapak sendiri..dalam mencorak kehidupan yg baru bermula, pertama kali jatuh kesakitan yg dirasai hampir2 memakan diri..seakan segalanya musnah..mengharap ada yg akan pimpin semula tangan utk bangkit lagi, tp tetap jatuh juga..bila seakan2 tiada lagi harapan, aku kutip semula semangat yg masih ada tanpa mengharap sesiapa buat aku sedar diri aku cukup kuat utk berdiri sndiri..

Utk seketika aku pernah ada rasa cemburu pd kakak2 aku yg sgt brtuah bila diorang jumpa seorang yg boleh diletakkan harapan untuk membimbing ketika bermula perjalanan mengenal dunia sebenar, bila ada tangan yg memimpin di kala kehidupan menjengah dewasa..aku??kenapa aku tak senasib mereka??kenapa tak ada tangan yg memimpin ketika aku sgt2 perlukn??bila difikir mana silap percaturan hidup aku, aku sedar aku sendiri bertanggugjawab utk segalanya..tak perlu menunding jari kpd sesiapa, tak perlu menyimpan dendam yg hanya akan merosakkan lagi hati..

Kpd mereka2 yg pernah aku sakiti, ampuni khilafku..  

Pengalaman memang pasti cikgu terbaik di antara yg terbaik dan setiap kebangkitan yg baru pastinya akan didatangi dugaan yg lebih berat..Tuhan itu maha adil..kita tak dapat apa yg kita mahukan tp dia berikan apa yg kita perlukan..di kala kekecewaan demi kekecewaan hadir, hati pasti merintih tanpa kita sedar rintihan demi rintihan hanya akan buat kita makin jatuh..

Di sebalik setiap dugaan yg datang aku merasai kemanisannya.bila kita dekatkan diri kita dengan perkara2 positif, isikan minda kita dengan fikiran positif, atur tutur kata kita dengan kata2 positif, setiap dugaan dan kejatuhan yg kita rasakan ibarat beban yg mencacatkan kehidupan akan bertukar jadi batu loncatan utk kita berubah kepada sesuatu yg lebih baik..


HATI..
Kunci kpd segalanya..tanya pd hati dan biarkan hati berbicara..kita boleh tutup mata kita dari melihat apa yg kita tak nak lihat, tp kita takkn mampu tutup hati kita dari merasai apa yg kita taknak rasa..kita selalu mencari dan mengharap yg terbaik utk diri kita tp diri kita cukup terbaik ke?? terima hakikat tiada yg sempurna dan belajar hargai apa yg kita miliki..


syukuri apa yg ada..
hidup adalah anugerah.. 
tetap jalani hidup ini..
melakukan yg terbaik..

Bila kita mahukan sesuatu, kita akan berusaha untuk mandapatkannya..sukar utk meluahkan ap yg trbuku di hati, sukar lagi utk difahami..penat utk mencari dan mengharap cinta dunia, aku bangun semula utk mengejar cintaNYA yg lebih bernilai dari segalanya..

YA ALLAH..
KeampunanMU kudamba..
KasihMU kupohon..
Layarkanku ke arah cintaMU..
Kurniakanku redhaMU..


ika..hapuskan air mata yg ada dan senyumanmu akan terus mekar..~ 

2 comments: