kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku.
kerana aku wanita,
ingin disayangi itu fitrah diriku.
kerana aku wanita,
mudah untuk terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki.
kerana aku wanita,
emosiku selalu mengatasi logik akalku.
kerana aku wanita,
air mata peneman setiaku.
kerana aku wanita,
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi.
DAN..
kerana aku wanita,
aku damba pertolongan darimu Adam.
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
kerana aku wanita,
akhlakmu ukuran dimataku.
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita,
maka peliharalah susunan kata-katamu.
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita,
peliharalah dirimu dari mencemuhku.
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita,
aku memang sangat peka.
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami.
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
Sumber : iluvislam
No comments:
Post a Comment