..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, August 24, 2011

..Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku..

Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Menangis dan mengadu
Tentang dunia yang penuh sendu
Di kala mata-mata sedang lesu beradu
Akan ku seru namaMU
Di penghujung waktu yang sunyi dan sayu


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Sekalipun tanganku penuh debu
Sedang pintu itu seputih susu dan salju
Kerana ku tahu
Tuhanku tak pernah menghalau tamu
Yang datang bertemu dan menyeru
Sekalipun dosa memenuhi angkasa
Namun keampunanNYA meliputi segalanya


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Tanpa jemu tanpa malu
Selagiku memanggilNYA
DIA maha tahu
Aku hanya seorang hamba
Ada dosa ada pahala
Namun DIA Maha Mulia
Limpahan kemaafan tiada tepian
Kerana DIA Tuhan ar-Rahman
Sedang aku insan penuh kedaifan


Akan ku terus ketuk pintu Tuhanku
Mengadu dalam sayu dan sendu
Merintih tentang dunia yang letih
Janganlah aku dikau sisih
Dalam kurniaan nikmat kasih
Diri yang kotor pohon dibersih
Terimalah istigfarku
Terimalah tasbihku




Sumber : FB