..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Monday, July 12, 2010

..dari BUKIT JALIL ke UIA..

selamat sudah kembali menjejakkan kaki di bumi gombak..huhu
kembali kepada kehidupan sebenar yg belum aku capai kemuncaknya..
malam yg suram sebelum muncul hari 1st semester baru..
semangat ika semangat..
chaiyok!!aja..aja..fighting!!!

something tak best jadi hari ni, tp tak nak sedih2 la..
yg tu aku story len kali la..
kali ni aku nk share sikit info..
(yg betulnya aku nak menambah ke"expert"an aku sendiri..hihihi)

sejak hentian puduraya kena tutup utk peng"upgrade"an, aku ni antara yg kena tempias gak la sebab aku ni "muka pudu" kalau nak balik kampung..pak cik drebar bus la yg selalu tolong hantar aku balik kampung..huhu masa mula2 puduraya tutup, konon2nya pindah kat Stesen Bus Hang Tuah..tp tup2 kene pindah Bukit Jalil..adoyai la...sebelum ni aku bernasib baik je terselamat nak kene turun bukit jalil bila time cuti raya puasa..tp sekarang ni kire raya ke tak, kene selamatkan diri sendiri drpd ulat-ulat yg membiak dengan berjaya..hoho bila dah pindah Bukit Jalil, orang stesen Hang Tuah bising lak sebab tak laku..jadinya Stesen Hang Tuah sekarang khas utk trip [KL--->TANJUNG MALIM] & [KL--->SEREMBAN]

sebelum ni, nak balik kampung direct je 1 bus sampai pudu..
sekarang fikir nak turun Bukit Jalil dah buat kepala serabut..
penyakit "sakit rumah" yg meronta2 nak kena dapatkan penawar pun jadi terbantut je..haha

ni aku sediakan beberapa option yg boleh dipertimbangkan untuk trip BUKIT JALIL-->UIA (oleh sebab aku student UIA la..huhu) 




Option 1
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Masjid Jamek [RM1.90]
(LRT PUTRA) Masjed Jamek ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 2
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Bandaraya (SOGO) [RM1.90]
(METROBUS 91) SOGO ---> UIA Gombak [RM2.50]

Option 3
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Tasik Selatan [RM]
(KOMUTER) Tasik Selatan ---> KL Sentral [RM]
(LRT PUTRA) KL Sentral ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 4
(LRT STAR) Bukit Jalil ---> Hang Tuah [RM1.90]
(MONORAIL) Hang Tuah ---> KL Sentral []
(LRT PUTRA) KL Sentral ---> Terminal Putra [RM2.40]
(BUS RAPID T321) Terminal Putra ---> UIA Gombak [RM1.00]

Option 5 nek transpot sendiri..huhu
aku tak jumpa lagi la, jumpa kang aku update..
bila dah terbiasa guna public transpot ni aku dapat rasa advantagenya bila aku kurang masalah nak tahu mana aku nak gi, yg mana 1 nak kena naik..
apa pun kita tak boleh malu bertanya..
ikut suka sendiri, sendiri tanggung la kalau tak sampai tempat yg di tuju..huhu

* ad yg lopong lagi info aku bagi tu.t aku update la yek..hihi

Friday, July 9, 2010

..mengubat jiwa lara..




Tiada seorang pun yang terlepas dari rasa duka lara biarpun hanya seketika.  Setiap yang dinamakan makhluk pasti akan merasa perasaan ini dalam sepanjang laluan kehidupannya.  Samada ia sekejap atau lama… hanya itu yang membezakan dari seorang individu ke individu yang lain.  “Hidup ini tidak ubah seperti putaran roda” kata orang, ada kala di atas ada kala di bawah.  Namun satu perkara yang kita juga kurang memberi tumpuan adalah perasaan kita.  Perasaan kita juga saling tidak tumpah seperti roda.  Makanya kita sebenarnya mempunyai dua roda dalam kehidupan.  Satu roda kehidupan yang dapat kita lihat dengan mata kasar dan satu lagi roda perasaan yang hanya kita ketahui tanpa ada yang menyedari.  Kita mungkin mudah mendapatkan bantuan fizikal apabila duduk di roda kehidupan yang terendah kerana ramai yang mungkin kasihan melihat keadaan kita tetapi kita begitu sukar mendapatkan bantuan jiwa jika roda perasaan yang berputar di bawah kerana tiada siapa yang dapat merasakan apa yang kita rasakan.  Putaran arah kedua-dua roda ini mungkin sama dan mungkin tidak sama bahkan sering berlaku putaran roda kehidupan lebih perlahan perubahannya dari putaran roda perasaan.
Secara fizikalnya kita mungkin mempunyai banyak wang tetapi secara perasaannya kita mungkin sedang berduka.  Kedukaan dalaman ini tidak mampu dirasai oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.  Kita mungkin bercakap yang kita berduka tanpa menyedari orang lain juga sedang berduka.  Itulah yang dikatakan jiwa lara.  Jiwa lara adalah satu bentuk kesedihan tanpa ekpresi yang tidak dapat diolah dengan kata-kata melainkan dengan keluhan.  Jiwa lara adalah satu dari penyakit yang memberi kemudaratan secara jangkamasa panjang.  Adakalanya dalam mengharungi keadaan jiwa lara ini kita tidak tahu kepada siapa harus kita luahkan.  Jika kita duduk dalam keadaan jiwa lara, ubat paling bagus adalah meluahkan apa yang terbuku di hati.  Luahan itu akan dapat menyembuhkan jiwa lara biarpun anda kurang mempercayainya.  Namun mengapa kadangkala luahan kita menyebabkan kita lebih berduka dari ceria.  Saya banyak bertemu kes-kes jiwa lara dan ada diantaranya sudah menampakkan kesan negatif yang jelas dalam kehidupan.  Jiwa lara tidak boleh dipendam tetapi harus diingat jiwa lara juga tidak boleh diluahkan bukan kepada ahlinya.  Jika ianya diluahkan bukan kepada ahlinya, kemungkinan untuk perkara itu diketahui orang adalah cukup besar kerana mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia biar kecil susah untuk diam.  Apabila masalah anda tersebar, jiwa yang lara akan bertambah lara kerana mungkin timbul geram dan mungkin juga timbul rasa segan.  Pendengar yang baik tidak akan mendedahkan rahsia yang membuatkan jiwa anda lara bahkan penyelesaian yang sesuai dengan anda akan diberikan.  Jika punca jiwa lara diceritakan pada bukan ahlinya, kemungkinan untuk mendapat penyelasaian yang tidak tepat akan ada dan seandainya penyelesaian ini yang anda ambil maka bertambah lah lara yang ada.
Hanya ada satu ahli sahaja untuk penyembuhan jiwa lara.  Jika anda adukan jiwa lara yang anda alami nescaya hilang lah lara terbitlah ceria.  Dalam keadaan jiwa lara hanya ada Allah swt untuk kita mengadu dengan sepenuh hati.  Indahnya mengadu dengan Allah swt. Pertama kita tidak perlu takut akan kebocoran rahsia.  Rahsia anda pasti terjamin kerana Allah swt tidak akan mengaibkan sesiapa yang berkehendak kepadaNya.  Keduanya, anda tidak pula perlu menyusun ayat untuk difahami sebagaimana anda perlu mengadu kepada manusia.  Mengadu kepada manusia perluka susunan ayat yang betul kerana jika tidak membawa salah tafsiran.  Mengadu kepada Allah swt cukup dengan kata hati walaupun dengan ayat yang tidak tersusun.  Mengadu dengan manusia perlukan masa tertentu kerana mereka mungkin mempunyai masalah lain yang belum mereka atasi tetapi mengadu kepada Allah swt tidak kira waktu kerana Allah swt tidak pernah tidur jauh sekali lalai dalam mendengar keluh kesah hambaNya.  Mengadu kepada manusia berulangkali hanya mendatangkan kebosanan pada pendengar dan anda dilihat sebagai manusia bermasalah yang lemah dalam menangani hidup tetapi hebatnya mengadu kepada Allah swt, tiada istilah bosan kerana Allah swt suka hambaNya mengadu kepadaNya.  Mengadu kepada manusia mungkin luahan kita didengar tetapi tidak dibantu namun mengadu kepada Allah swt tidak pernah tertolak permohonan bantuan yang diminta.
Apa yang selalu berlaku adalah apabila kita berada dalam keadaan jiwa lara, kita mungkin lebih suka mendengar lagu-lagu sedih untuk mengimbau kenangan atau menonton cerita sedih yang mungkin sama jalan ceritanya dengan laluan kehidupan.  Apabila kita melakukan hal sedemikian sebenarnya jiwa yang lara tidak mampu pulih bahkan ianya akan tersemat menjadi satu memori dalam kotak minda yang akan diingati hingga bila-bila.  Penyembuhan singkat jiwa lara hanya berlaku apabila kita menjauhi elemen-elemen sedih yang dapat dilihat, didengar atau dirasa.  Tambah hebat lagi apabila kita meluahkan apa yang dirasa tanpa henti kepada Allah swt.  Kita perlu mengalih pengaduan kita hanya kepada Allah swt kerana hanya Dia pengubat luka terbaik, hanya Dia sebaik-baik tempat mengadu seperti mana yang dikatakan dalam An-Nahl: 53“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”  Biar kita letih mengadu, jangan putus asa kerana aduan kita bukan sahaja didengar tetapi luahan itu akan cepat mencernakan kedukaaan hati.  Jiwa lara juga adalah satu penyakit perasaan yang cukup bahaya hingga ia mampu mengganggu ibadah yang lainnya.  Apabila kita meluahkan perasaan kepada Allah swt maka jiwa kita akan tenang dan tenteram kerana luahan itu juga satu bentuk mengingati Allah swt.  Jika ada yang bertanya apakah ubat jiwa lara, katakanlah… ubatnya cukup mudah, tidak langsung membebankan; luahkanlah perasaan kepada Allah swt sejujur-jujurnya kerana kita tidak mampu menipuNya walau sesaat.  Keduanya, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran kerana ianya adalah kalamullah yang sentiasa memberi kesejukan hati dan sentiasa memberi penawar sengsara.  Orang yang kuat pasti akan mampu membaca hingga 100 ayat.  Justeru yang dikatakan kuat itu bukan orang boleh mematahkan besi melainkan kuat jiwanya.  Apabila kita kuat jiwa, setiap titik duka akan berubah menjadi cahaya hati yang dapat memberi inspirasi hidup yang lebih terang tanpa ada yang tersembunyi.  Mudah bukan mengubat jiwa lara… hanya perlu kembali kepadaNya tanpa ragu.

something yg best utk dikongsi bila baca artikel ni                             ---> http://aku-ok.com/blog/

..JAWATAN KOSONG!!!..



KEKOSONGAN JAWATAN: 
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal. 
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga. 


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A): 
1. Nikmat kubur. 
2. Perlindungan di Padang Mahsyar (Mendapat Syafaat Nabi). 
3. Keselamatan meniti Titian Sirat. 
4. Syurga dan Kesenangan yang kekal abadi buat selamanya. 


EMPAT GANJARAN TIDAK LUMAYAN (khas untuk jawatan B): 
1. Seksa kubur. 
2. Kepanasan di Padang Mahsyar. 
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat. 
4. Seksa dan keperitah hidup yang kekal abadi selamanya dalam Neraka. 


EMPAT GANJARAN AGAK LUMAYAN (khas untuk jawatan C): 
1. Seksa kubur. 
2. Kepanasan di Padang Mahsyar (terpulang kepad amal sama ada mendapat Syafaat Nabi atau tidak). 
3. Terjatuh ketika meniti Titian Sirat tetapi akan dapat naik semula selepas tamat tempoh di Neraka. 
4. Di seksa sementara kemudian di angkat dan di bersihkan barulah di masukkan ke dalam Syurga selamanya. 

*Terpulang kepada anda untuk memilih Jawatan A atau B atau C. 


TARIKH TEMUDUGA: 
Bila-bila masa sejurus bermula dari saat membaca iklan ini. 


LOKASI TEMUDUGA: 
Di dalam kubur (alam barzakh). 


TEMAN KETIKA TEMUDUGA (salah satu daripadanya): 
1. Haiwan yang melata. 
2. Para Malaikat di iringi wangian Syurga. 


KELAYAKAN: 
*Khusus untuk semua makhluk terutamanya yang bergelar Manusia keturunan Nabi Adam 'Alaihis Salam. 
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. 
*Anda tidak perlu bawa pingat dan pangkat, Ferrari McLarren, Alphard 3L atau kad kredit. 
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. 
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. 
*Sila bawa dokumen asal iaitu: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan. 


PANEL PENEMUDUGA: 
Mungkar dan Nakir. 


ENAM SOALAN BOCOR: 
1. Siapa Tuhan anda? 
2. Apa Agama anda? 
3. Siapa Nabi anda? 
4. Apa Kitab anda? 
5. Di mana Kiblat anda? 
6. Siapa Saudara anda? 


ENAM JAWAPAN BOCOR: 
1. Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 
2. Islam. 
3. Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. 
4. Al-Quran Al-Karim. 
5. Ka'bah. 
6. Orang-orang Islam. 


CARA MEMOHON: 
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. 

Ia diberi nama Izrail. 



Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini. 

Wednesday, July 7, 2010

..kesusahan itu cikgu terbaik..




kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin, basah dan lembab dan tidak disukai..
tetapi sesudah musim sejuk itulah akan tumbuh bunga-bunga yg harum dan buah-buahan yg subur..~

Tuesday, July 6, 2010

..[laporan rasmi cuti sem yang tak berapa nak rasmi]..

cuti aku tak habis lagi pun..
saje buat rajin je ni..haha

2 minggu yg dah berlalu..
tiada langsung istilah boring...yeeaah!!huhu
dalam 2minggu yg dah berlalu ni macam2 gak aku buat..
cuti start jun 19hb..
planning asal kene balik tumpang pak cik drebar bus 21hb..
tp tiba2 dapat panggilan balik naik kete..
jimat duit tambang aku..haha

awal2 cuti tu excited yg teramat sangat la bila dapat jejak kaki kat kampung halaman yg jauh di mata..hoho
tanpa apa2 planning nak merayap mana2, aku duk rumah je jadi anak dara mak..huhu
tp rutin aku yg sudah pasti bila cuti adalah menjadi drebar tak bertauliah yg rasmi kepada ibundaku tercinta..
cuma cuti ni aku ada assistant sebab adik aku pun cuti sama...hihi


di kala malas nak jalan mana2 k.ngah ajak ikut balik serdang..
ku gagahi jua jasad ku yang malas waktu itu.haha..
baru tinggalkan kl dah kene balik kl semula..adoyai~
ikut pun bukan saja2..
tu pun sebab ada tugas untuk aku.. =P


sebelum sampai rumah k.ngah, singgah jap makan kat Kedai Makan Teh O Beng..
name cam gempak je..
beng beng boom...huhu
aku tak pernah rasa lagi apa yg spesyel kat Teh O Beng tu..
makanan kat situ ok la..
sok paginya k.ngah bawak bekfes kat kedai ni gak..
saje nak try roti canai kat situ..
sedap gak masuk tekak..


ni gambar laici kang yg sempat aku curi snap..=P
nak posing amik gambar lain kang orang cakap aku buang tebiat....haha


hari sabtu kene hantar a.ngah g KLIA..
dr KLIA gerak terus balik johor..
time ni la khidmatku bermula...hoho
excited pun ada sebab tu kali 1st aku dapat drive balik kampung...
tercapai gak impian..
kalau nak tunggu ada kete sendiri tahun bila la nak tunggu..huhu
tapi sikit tak best sebab kete tu auto, tangan dah biasa manual la katakan...ahaha
dan dengan pengalaman yang bermakna itu aku kini dengan yakinnya mengaku aku seorang pemandu yang berhemah dan berjaya...haha


masuk 2nd week cuti..
apa aku buat??
minggu ke2 cuti adalah waktu untuk berbakti kepada feldaku yg tercinta...ahaks...
kebetulan aku tengah cuti..
bila khidmat diperlukan apa salahnya kan..cehh haha
kerjanya pun seronok..
men conteng2 dinding..
aku suka!!aku suka!!hoho


hari pertama bekerja..
buat background wallpaper dulu ye..
hasilnya still in progress..haha

dalam sibuk dengan projek menconteng ni ada plak panggilan kene jadi comittee..
ada program sehari bersama komuniti felda..
aku pun duk la join nyibuk..
ada pertandingan mewarna,menaip pantas,badminton,petangnya ada sukaneka..
cukup penyertaan dari kanak2, belia dan tak tertinggal warga peneroka/wati..
terasa kelainan bila compare dengan program yg selalu aku nyibuk..
apa pun memang happening sampai aku pening lalat main ujan hari tu..huhu
yg bestnye aku nyibuk join pertandingan menaip pantas untuk belia..
walaupun sedar diri ni tak hebat mana dapat gak no3..huhu
oleh sebab terlalu bizi pada hari kejadian, 1 gambar pun tak sempat nak snap..haha

[projek coklat k.ngah]
jeng jeng jeng..huhu
aku ni lebih kepada duk menyibuk je..haha
cuti ni dapat gak tengok dengan mata sendiri proses menghasilkan coklat..
tolong tengok je k..huhu
coklat ni hasil air tangan k.ngah..
aku ni nak kate kreatif, jauh sudu dari mangkuk.haha..
memang tak jadi hasil apa2 kot..

nanti aku promote betul2..
yg ni masih dalam percubaan.. =)


masuk 3rd week..
apa planning?
masih dalam pertimbangan lagi la..=P
yg jadi rajin ni sebab kene tinggal kat rumah..huhu
aku stop dulu la report ni..
apa yg berlaku dalam minggu ke3 ni to be continued la ye..huhu