..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Wednesday, January 25, 2012

Celoteh Orang Johor : "Tol Pengantin" Membebankan ke?

Dalam banyak2 tol yang wujud kat Malaysia ni, tol yang satu ni takkan jumpa kat negeri lain. Ada kat Johor je.hehe Bukan tol PLUS, tol KESAS or whatever plaza tol yang wujud kat Malaysia ni, tapi tol yang satu ini adalah satu budaya yang melambangkan adat dan tradisi masyarakat Johor. [Ayat sedikit skema, harap maaf..hihi]

Semenjak 2 menjak 3 menjak ni kan..kan..kan.. sensitip lak bab2 kawen ni..haha Abaikan ayat ini. Meh nak cite pasal majlis kawen kat Johor. Dalam banyak2 hal kawen, satu perkara yang menjadikan majlis kawen kat johor special sebab ada "Tol Pengantin". Pernah dengar tak? Biasanya ada kat majlis "terima menantu" sebelah perempuan. Pada kamu2 yang bakal isterinya orang Johor kena tau yang ni.hehe 

Pada yang bernasib baik selamat la kalau kena 1 tol je, tapi pada yang kurang bernasib baik memang berpeluh ketiak si pengantin lelaki yang kena sampai 3 tol.huhu 1 kat jalan masuk rumah pengantin perempuan, 1 kat depan pintu dan yang last part paling wajib dah pasti tol depan pelamin.

Balik dari KL sabtu lepas, bila selamat sampai Johor tak sempat nak bersenang-lenang ayah terus bagi kunci kete drive ke Kota Tinggi, majlis kawen cousin ika. Amik berkat la ni senang cakap.haha Husband cousin ika memang tak berapa nak bernasib baik, yang duk jage tol tak nak bangun selagi ada lagi sampul 'ang pau' kat poket. Dan melihat kepada sejarah majlis kahwin keluarga ika, bakal suami ika nanti pun pasti akan kena sama wajib 3 tol cam ni kot.huhu

Barisan "Tol Gate Girls n Boys" yang dah bersedia.

Muka para ibu nampak lebih 'eksaited' dari anak2..huhu


Pandang dari sudut lain plak. Apa pandangan korang pasal 'tol pengantin' ni? mungkin ada sesetengah yang fikir buat cam ni membebankan dan menyusahkan pengantin lelaki. Tapi ika TAK SETUJU!!..huhu Tol pengantin ni tak pernah ada harga tetap macam tol PLUS, tak menjadi masalah pun berapa nak isi dalam sampul ang pau tu, 20sen pun boleh je. Bila ada tol pengantin ni la buat majlis kawen tu jadi meriah. Lawak bila tengok muka pengantin yang merah padam kena sakat, gurau senda dari saudara-mara, biasanya proses tawar-menawar tu la yang best. Ada sentimentle value kat situ tau.. ^_^ 



Saje nak tepek muka tuan blog ni..hihi 
Pipi kami sama bulat tak?? ^_^


Tapi yang 1 ni ika tak setuju. "Tol Mak Andam". Yang ni bagi ika memang membebankan dan patut dimansuhkan je!! Seyes ni O_o 

4 comments:

dayah SnoW Heuka said...

igt g dulu tolong akak andam.. daya y join skali tol2 org niyh haha :D mmg da adat johor kan.. mmg kene tol :P

kai said...

org johor kalo x de tol mmg x sah..
wajib tu...
org kate gurauan pihak perempuan untuk terima pihak lelaki..
ala ape salah standby singgit...
kalo mak andam tu memey kene lebih..

=Jom Join!=
http://www.kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/kenapa-kai-akihiro-kene-kasi-saya.html

~ClassicDreamNanieAmanda said...

cmni..aku xnk kawen dgn org Johorlh..hahahaha

kayrul-shah said...

sesekali tol pengantin apa salahnya..lagi pun johor kan takde Tol PLUS..hehehe