..Di Sini..

Daisypath Anniversary tickers

..meh jadi kawan ika..

Saturday, January 14, 2012

Welcoming The New Chapter Of Life

Ika gi outing jap tengahari tadi tanpa teman setllekan satu urusan yang masih lagi pending. Alhamdulillah, settle dah. Hampir dua minggu pencarian dari Ampang Park ke Jalan TAR ke Tesco ke Jusco, then finally balik semula ke Ampang Park hari ni.hoho  


Kuar sorang? Ika ni tak de kawan ke??huhu Pelik ke kalau kuar sorang?? Kawan ika ramai je, ad je yang boleh teman kalau ika minta tolong. Tapi sekali sekala tu perlu gak survive sendiri. Tak pernah kuar sorang? Ce try test. heee


Bila kuar sorang ni banyak yang kita boleh jimat. Satunya masa. Bila kuar sendiri ni biasanya kita ada dah tujuan, apa kita nak buat and mana tempat kita perlu pergi. Ika kuar dari bilik dalam kul 11 dan sampai balik kat bilik kul 1 lebih. Tu masuk sekali masa tunggu bus, tunggu LRT, sampai tempat mana nak gi, setlekan apa yang patut. Pastu, terus balik. Cepat tak??hehe 


Keduanya, boleh jimat duit. Kuar sorang ni kuar duit tambang je, duit makan jarang kuar sebab kita malu nak makan sorang2..hikhik Tadi pun belum rasa lapar lagi, nak tapau makanan luar pun malas. Compare bila kita kuar dengan kawan, duit makan kat luar dah mesti wajib ada. Makan paling tak mesti set KFC yang 10hinggit tu. Sekarang waktu berjimat dan DIET, jadinya kene kurangkan fastfood..huhu


Selalu bila kita kuar berteman, memang la satu yang pentingnya bagi kita yang perempuan ni ada kawan dengan kita kot2 ada apa2 jadi. Tapi selalunya bila dengan kawan2, dunia kita macam terhad sesame kita je. Beza bila bergerak sendiri ni, bila tak de teman kat sisi mulut kita akan jadi diam, yang bergerak hanya kaki yang melangkah dan mata kita yang memerhati.


Kuar pintu gate mahallah tadi follow belakang segerombolan jejaka2 kiut miut adik2 junior yang baru daftar masuk last week. Dan setiap bustop akan ada sekumpulan adik2 junior yang naik. Jadinya, bus penuh dengan muka2 junior yang sangat teruja nak meng"explore" dunia luar. Dalam diam memerhati mereka2 yang happy dengan dunia mereka buat ika ingat balik cam ne ika masa baru2 masuk gombak 5 tahun lepas. ^_^ 


Pengalaman hampir 5 tahun yang memang cukup mendewasakan. 


Just sikit pesanan untuk adik2 junior. Selamat mengharungi satu lagi bab baru dalam kehidupan. Bab yang pasti akan mengajar apa erti sebenar kehidupan. Persiapkan diri untuk cabaran dan dugaan serta tanggungjawab yang menanti. Apa jua tindakan dan keputusan yang akan di ambil kelak, letak ibu bapa kita pada tempat teratas. Dan pastikan bekalan yang dibawa di pegang kemas supaya tak goyah andai datang badai nanti. Power tak ayat ika?? hohoho 


Orang selalu cakap bila dah menyesal nanti tak berguna, tapi selalunya dari penyesalan tu baru kita belajar sesuatu. Tul tak?






Dah hujung sem ni memang tak jumpa muka2 senior sebab kebanyakkannya dah pun bercuti kat kampung. Officialnya sok hari last semester ni dan ika masih lagi cool tanpa rasa ketidaksabaran nak balik kampung macam tahun2 sudah..haha Kalau ikut pada jadual exam yang dah abis rabu lepas, patutnya memang sekarang ika dah kat kampung, tapi terpanggil join program terakhir kat bumi gombak ni next week. [next week = minggu terakhir bertapak di bumi gombak] sebelum rasminya ika pulangkan kunci bilik, rasminya ika bergelar "graduan". Alhamdulillah. Bersedia untuk masuk fasa baru kehidupan. Chaiyok ika!!




Seminggu terakhir yang tinggal. Barang pun tak packing lagi ni. Macam tak nak balik je..huhu Baca satu status member ika kat wall FB hari ni. 


"Yakinlah! Tulang rusuk takkan bertukar pemiliknya..~" 
sweet kan ^_^




Panjang celoteh ika hari ni..
Thanks sudi baca ye..
Tepuk tangan untuk diri sendiri..
wink.. wink..~

3 comments:

Iffah Afeefah said...

tang tulang rusuk sweet sgt k

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag memang suka jalan sorang kalau memang tujuan nak beli barang. Kalau nak melepak yela baru kua ramai ramai. Ni nak beli barang satu je, nak ajak kawan temankan segan jugak. HAHA :D

akuamir said...

pergh,, mendalam tuh tulang rusuk tukar pemiliknye, pandai tol,,haha