Dear Diary..
Hari ni hari ahad. Hari ni 19 Feb 2012. Hari ni aku duk umah je. Hari ni aku tolong mak aku masak, menunya ikan masak singgang dengan sayur goreng. Masakan mak aku paling The Best dalam dunia ni!!..
Bila last tulis diari? 15 tahun sudah kot. Zaman hingusan dulu2 ada la meluah perasaan kat dalam diari, zaman sekarang semua benda luah kat FB. ye tak?
Hari ni rasa macam nak privatekan blog tukar jadi diari peribadi. ada yang bangkang tak? kompem tak de punye. siapa peduli blog picisan ni..=P rasa macam dah banyak sangat yang tepu dalam kepala otak ika yang amat2 perlu dicairkan. perlukan "someone" untuk berkongsi tapi siapa atau apakah si someone itu? bila tak jumpa kata2 yang tepat nak meluahkan, bila jari jemari terus kaku.
*start entri ni dari pas maghrib tadi. plus main dengan anak buah, plus bancuh milo, plus tengok tv then plus termenung macam mimpi je nak dapat publish entri ni.. O_o
tapi apa yang buat ika masih boleh tenang, masih mampu tersenyum, masih ada gelak tawa bila ika sedar kita sebenarnya punya tempat paling istimewa untuk mengadu. tanpa perlu susunan kata2 puitis, cukup dengan "bahasa istimewa tanpa penjelasan" bahawasanya DIA tahu segalanya.
Ketika ALLAH SWT mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah di hati mereka. Kerana di situ ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka. Kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Seolah hati kita berbisik ~ "Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, apabila aku membenci segala kejahatanku."
"Ada impian dan ada harapan yang tidak perlu dikhabarkan kepada orang lain. Cukuplah hanya DIA yang tahu."
Tanggungjawab sebagai hamba.
Tanggungjawab sebagai anak.
Tanggungjawab sebagai adik dan kakak.
Tanggungjawab sebagai sahabat.
Tanggungjawab sebagai sahabat.
Tanggungjawab sebagai tunangan orang.
Istilah "darah manis" yang agak menakutkan, dan benar sememangnya benar segala perkhabaran yang ika dapat sebelum ni. tengah darah manis ni kena jaga diri elok2, dugaan kuat.
tak mampu dinafikan bila diri sendiri melaluinya. yang paling hebat sebenarnya dugaan berperang dengan emosi sendiri. mungkin hal yang timbul kecik je, tapi effect dan impaknya di luar dugaan.
"Bersyukurlah andai memiliki hati yang dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai."
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari KESENANGAN
Belajar MENANGIS dari sebuah KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
2 comments:
Alaa~ Kang Shag kurang tempat nak membaca pulak bila blog ni di privatekan huhu.
Dugaan memantang dan menguatkan kita ;)
tak payahlah private. Janji eh?
Post a Comment